40.

416 55 2
                                    

✳️✳️
❇️ KEITH FRASER ❇️
✳️✳️✳️

Tiga orang lelaki berpakaian suit berjalan masuk ke dalam ruangan office tapi seakan penthouse itu sambil membawa barang berbeza di tangan masing-masing. Seorang lelaki datang dengan dulang berisi minuman. Seorang dengan sampul surat di tangan dan seorang lagi berjalan masuk dengan fail bersama.

Dan bila lelaki memegang dulang itu tunduk meletakkan minuman di atas meja depan dua orang bos mereka di situ, seorang lagi lelaki yang memegang sampul surat dekati lelaki berjambang kemas dan duduk dengan kaki bersilang gaya bos di situ.

          "Ini maklumat yang tuan minta itu."beritahu pekerja kedua semasa menyerahkan sampul surat saiz A4 kepada Encik Dominic dengan sebelah tangan di depan perut.

          Lelaki berwajah dingin namun murah dengan senyuman itu capai sampul tersebut. "Terima kasih Eric. Bagus kerja kamu. Baru semalam saya minta dah dapat terus hari ni ya."Encik Dominic buka sampul surat itu lalu mengeluarkan isi kandungan darinya. Dan bila dia baca butiran di dalam kertas itu dia tersengih meleret. "Son...maybe you want read this by your own."pandangnya akan anak lelakinya yang sedang duduk di sofa bersebelahan sofa dia berada.

Keith mengangkat mata dari memandang skrin ipad yang dipegangnya.

          "Ayah tak tahu sama ada ayah boleh bacakannya secara terang kepada kamu memandangkan laporan siasatan ini sedikit brutal dari yang diduga."Encik Dominic isyaratkan kepada Eric supaya serahkan kertas itu kepada Keith.

Mata Keith bergerak memerhatikan pembantu ayahnya itu gerak mendekatinya.

Dengan gugup Eric yang gentar di tenung Keith begitu hulur kertas itu dengan kedua-dua tangan. Dia macam tak percaya aje, lelaki muda di hadapannya ini adalah waris Utama keluarga berpengaruh Dominic. Baru sahaja berusia 20 tahun sudahpun menjadi Pengarah Syarikat. Terkenal dengan sikap tegas yang menakutkan, dia risau kalau maklumat yang dia bekalkan tu tak menepati citarasa tuan mudanya itu.

          Pegang sahaja kertas itu Keith jeling ke Encik Dominic. Rahangnya berketik. "Susah sangat ke nak baca?"gerutunya sebelum mengerling ke kertas itu.

           Encik Dominic berdengus kecil. "Kamu baca la dulu baru kamu tahu."sengihnya meleret saat sondong ke depan mencapai cangkir berisi kopi hangat dari meja kecil depan kaki dia.

Mata Keith meneliti gambar serta artikel akhabar di situ dengan kening mencerun. Ianya adalah berita mengenai kemalangan yang berlaku kerana pemandu itu di bawah pengaruh dadah dan alcohol.

          "Seorang wanita berusia 32 tahun di dapati telah menculik anak perempuannya di sekolah selepas melanggar larangan mahkamah. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan bekas suami yang telah menceraikan secara paksa, wanita 32 tahun itu nekad hendak membawa lari anak perempuannya. Namun kenderaan yang dipandu hilang kawalan sebelum suspek meninggal dunia dan anak perempuan suspek cedera parah di tempat kejadian..."selesai dia membacanya Keith termenung saat meneliti gambar kereta yang ranap dan kesan darah serta keadaan tempat kejadian.

Ya.

Ianya bukan sahaja brutal malah meyayat hati.

Keadaan kereta itu terbelah dua, sebahagian tepi kereta itu sudahpun terpisah dua.

Keith memejamkan mata seketika untuk menenangkan diri dia dari marah untuk perkara yang terjadi. Tak terbayang dia waktu itu Reeya tanggung sakit sendiri dan menderita atas tindakan cuai ibu kandung Reeya tu. Dan dia tak sangka selama ini dia bencikan Reeya hanya kerana gadis itu hilang ingatan!

          "Sepertinya pada hari Reeya dibawa pergi secara paksa oleh Encik Hill 7 tahun yang lalu adalah hari dimana Encik Hill dan Puan Tiana bercerai. Mereka pindah dari situ untuk jauh dari Puan Tiana dengan bantuan ahli keluarga Malique yang dikatakan peguam bela untuk kes penceraian dan kes penderaan yang terjadi pada dua beradik Rain Storm dan Reeya Summer disebabkan oleh Puan Tiana yang alcoholic dan drug addict."beritahu Encik Dominic meneliti helaian kertas yang lain dari sampul itu. "Tapi sayangnya sikap obsessive Puan Tiana berjaya mengesan keberadaan Reeya terlebih dahulu."

Keith berkerut kening sebelum merenyukkan kertas yang ada di tangannya. Dia nak marah, tapi orang yang bersalah dah lama mati! Rasa macam tak guna aje! Dia pandang akan lelaki ketiga yang sedang berdiri dengan fail di tangan.

           "Macam mana dengan permintaan Keith tempoh hari?Adakah ayah telah uruskannya dengan Encik Hill?"

Encik Dominic ketawa kecil lalu meletakkan helaian kertas tadi di tepi sebelum hirup minumannya sedikit. Mata terarah pada wajah serius Keith.

            "Encik Hill berada di luar negara untuk beberapa minggu ni. Jadi ianya mengambil masa untuk aturkan pertemuan keluarga dengan lelaki tu. Tapi kalau kamu mahu uruskannya dengan serta merta, mungkin ayah boleh buat satu panggilan untuk panggil Encik Hill pulang dengan segera."

           "Tak perlu."Keith lalukan tangan memanggil lelaki yang memegang fail tadi. "Keith nak ayah lakukan sesuatu sebelum tu.."

           "Apa dia tu?"

          "Keluarkan artikel mengenai pertunangan Reeya bersama Keith. War-warkan kepada pihak media yang waris tunggal Industri Samsong bakal bertunang dengan anak bongsu usahawan terkenal Hill Witherspoon."

Pekerja lelaki tadi berdiri di tepi sofa itu saat menyerahkan fail kepada Keith.

          "Perlu ke sampai ke tahap itu kamu mahu balas dendam pada keluarga Hill?Kan sudah jelas bahawa perpisahan kamu dengan Reeya adalah disebabkan keadaan kecemasan yang dihadapi oleh Encik Hill pada masa itu?Dia bawa Reeya secara paksa kerana hendak lindungi anak perempuannya dari isteri berbahayanya itu. "beritahu Encik Dominic. "Lagipula..kamu dah baca artikel kemalangan tu?Puan Tiana iaitu ibu kepada Reeya waktu itu telah menjadi punca kenapa Reeya lupa tentang kamu...?Bukan Encik Hill atau keluarganya."

          Keith buka fail itu dan mula membelek isi kandungan kertas di situ dengan renungan seriusnya. "Siapa cakap Keith nak balas dendam. Keith hanya lakukan hal yang sepatutnya untuk tuntut apa yang dirampas dari Keith aje."ujarnya semasa hulur tangan ke tepi. Tanpa menunggu dia katakan apa-apa lelaki tadi meletakkan sebatang pen ke atas tangannya.

           "Tapi kita belum berbincang secara rasmi mengenai pertunangan kamu ni dengan keluarga perempuan. Tak apa ke?"tanya Encik Dominic.

            "Kenapa perlu bincang kalau boleh bertindak terus. Lagipula, Encik Hill takkan kisah sebab lelaki tu tahu syarikat kita pegang saham terbesar dan pengaruh dalam perniagaannya. Kalau nak bantah, mungkin Encik Hill perlu fikir hal tu dua kali sebelum buat keputusan.."beritahu Keith saat memberi tandatangan di atas kertas itu.

Tanpa mengatakan apa-apa lagi Encik Dominic menggeleng kepala memerhatikan tingkah Keith yang saling tidak ubah seperti datuk Keith, iaitu ayah mentuanya. Nekad dan tegas. Dia sebagai ayah kandung Keith sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menidakkan kata-kata Keith.

Selesai memberi tandatangan Keith menyerahkan semula fail dan pen itu kepada pekerja tadi sebelum sandar ke belakang saat memegang ipad.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now