17.

468 55 6
                                    

✳️✳️
❇️ TIADA ❇️
✳️✳️  

        "Apa maksud kau tak ada?"soal Reeya sambil menolak leher Robert dengan kuat saat menyandarkan badan lelaki itu di dinding.

        "Auw..auw..sakit-sakit..."aduh Robert sambil memegang lengan Reeya yang berada di bawah lehernya. "Ya...rakaman video CCTV tu dah dipadam sepenuhnya. Tak ada salinan tak ada yang asal...semua tu dah tak ada..." tak seorang..seorang datang hendak terror dia. Penat betul.

Kening Reeya berkerut.

           "Apa maksudnya?Dah tak ada?Macam mana semua tu boleh berlaku?Mana mungkin, benda boleh tak ada melainkan-"kata-kata Reeya terhenti setelah dia menyedari sesuatu yang menyebabkan dia menahan nafas dan menolak diri jauh dari pengawal keselamatan depannya.

Tak mungkin la kan!

            "Siapa!?"Reeya memandang ke Robert sambil undur ke belakang. "Siapa orang yang padam rekod rakaman cctv malam tu?"sesuatu buatkan dirinya menjadi awas dan cuak tiba-tiba.

Pada masa yang sama, Pengawal Keselamatan itu pandang kejung di belakang Reeya saat gadis itu bertanya. Memang tak la dia nak bersuara. Dia kejung kerana orang yang sama sedang berdiri dekat dengan Liana saat itu.

            "Aku."jawab orang dibelakang Reeya dengan mengejut.

Reeya tersentak.

Berpaling sahaja ke belakang, wajahnya menyembam tepat ke dada tu.

Keith pandang Robert dengan renungan dingin untuk seketika sebelum menundukkan pandangan ke bawah. Bertentang mata dengan Reeya.

Serta merta gadis itu mengepal penumbuk menahan sabar. Sementara itu, Robert tunduk mengusap lehernya sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Meninggalkan Reeya dengan orang yang bertanggungjawab memadam segala bukti mengenai kesalahan yang Reeya lakukan.

           Cepat-cepat Reeya menolak Keith ke belakang. Menjarakkan diri mereka berdua serta merta kerana. "Get away from me, you freak!"lafaznya sambil tu.

Tersandung ke belakang Keith waktu itu kerana tidak menjangka akan tindakan Reeya tadi. Dia yang masih tidak menunjukkan sebarang emosi di wajah, diam di situ perhatikan Reeya sedang gelabah.

        "Awak ni jadi orang memang tak faham bahasa atau sengaja buat-buat tak faham bahasa?Hah?Nak saya cakap bahasa biar awak faham?Jangan masuk campur urusan saya Keith Fraser!"bentak Reeya saat jalan maju ke depan lalu menolak dada lelaki itu beberapa kali.

Keith mengundur selangkah ke belakang setiap kali dadanya di tolak, tetapi air muka sama sekali tidak berubah. Hanya kaku tanpa perasaan sehingga belakang badannya tersandar pada rak di situ.

       "Mind your own business!!"deram Reeya mencerun tajam saat cuba membaca emosi pada wajah Keith. Tapi gagal kerana lelaki depannya saat itu sedikit pun tidak memberi reaksi.

Keith berdengus kecil. Dia melentokkan kepala sedikit untuk menilik wajah Reeya pula. Dia langsung tidak terkesan.

       "Aku hairan dengan kau..."

       "Saya lagi hairan dengan awak!"

       "Kalau boleh semua  orang dalam kolej ni nak stay belajar, sementara kau bertungkus lumus untuk keluar dari sini?Kenapa?"

       "Sebab saya bukan semua orang dekat dalam kolej ni...ada masalah ke?Dan awak tu!Berhenti libatkan diri dalam masalah saya.
Jangan acah cuba nak jadi hero boleh tak!?Saya tak perlukan bantuan sesiapa dekat sini. So back off and leave me alone!"

        Bersandar di situ, Keith silangkan tangannya ke dada, menghadap Reeya yang berdiri betul-betul di hadapannya. "Reeya.... Reeya... ramai-ramai perempuan dalam kolej ni kalau boleh nak dekati aku, sentuh aku. Ada kaitan dengan aku..malah ada yang sanggup serah diri mereka asalkan mereka dapat miliki aku...tapi kau... sebaliknya. Nekad suruh aku jauhkan diri, jangan libatkan diri malah bencikan aku sedangkan aku tak buat salah apapun dekat kau...kenapa?Did I'm not good or handsome enough for your satisfaction?"

Reeya buat muka kengerian. Dia tilik Keith dari atas ke bawah dengan mula ternganga dek terlalu tercengang dengan ayat self confident Keith itu.

            Dia ketawa mengejek. "Eww...please lah. Jangan nak perasan sangat yang saya ni jenis perempuan yang mudah melutut pada lelaki. Especially untuk lelaki macam awak ni."balas Reeya. Bersama sengih meleretnya, Reeya hampiri Keith lantas merapatkan wajahnya di depan muka lelaki itu lalu berbisik lembut."Awww..."agahnya seakan dia bersalah sedangkan tidak. "Sorry kecewakan awak sebab saya bukan perempuan-perempuan dekat luar tu Keith...."

Tidak menolak atau mengelak, Keith malah tunduk merapatkan lagi jarak wajah mereka waktu itu, malahan dia dengan selamba pegang pinggang Reeya untuk sokong gadis tu kerana Reeya berjengket semata hendak sama tara kan pandangan mereka waktu itu.

           "Not need to be sorry... just tell me why you hate my gut?"balas Keith senada dengan Reeya.

           Terkutik dengan tindakan Keith itu, Reeya menahan nafas dalam diam, namun dia kekal tenang. Tak nak tunjuk sangat yang sentuhan Keith tu beri efek pada dirinya waktu itu. "Well...kalau awak nak tahu kenapa saya bencikan, ianya kerana  lelaki seperti  macam awak ni hanya akan berakhir dengan berita buruk.. nothing good coming from man like you only trouble."jelas Reeya dengan nada benci.

          "Macam mana kau tahu aku adalah lelaki yang kau maksudkan?Kau tak kenal aku lagi..."soal Keith sambil menarik sengih meleretnya. 

           "Duhh...obviously!" Reeya menjuling mata menyampah."Tak payah kenal pun saya dah hafal perangai orang..especially lelaki. So...jangan tanya macam mana saya tahu... Yang cantik kacak selalu perendahkan yang hodoh, yang kaya dan terkenal sering perlekehkan orang yang miskin, yang pandai dan hebat akan perkecilkan orang yang lemah..."beritahu dia. "Nak saya tambah lagi!?"

            Keith yang dengar tersenyum. "Jadi kau prefer orang macam aku sepatutnya berkelakuan macam mana?"

            Kening Reeya berkerut. "Dah kenapa tiba-tiba nak tanya benda merepek ni."

           "Saja nak tahu."

          "Saya tengah marahkan awak sebab awak dah musnahkan rancangan saya untuk keluar dari kolej ni tahu tak..."Suka hati nak tukar topik! "Dan sekarang di sebabkan masuk campur awak..saya kena duduk dalam kelas akaun yang memang saya tak tahu satu perkara pun mengenainya! Jadi saya ingatkan awak...jangan masuk campur hal saya lagi. Atau saya akan buatkan awak susah...!"ugut Reeya dengan jengkel. Gadis itu mencekak pinggang tanda tidak puas hati.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now