✳️✳️
❇️ Maafkan aku ❇️
✳️✳️Setiap waktu makan tengah hari, pelajar biasanya balik ke rumah atau hostel, paling tidakpun luangkan masa di cafeteria atau beriadah bersama rakan-rakan di sekitar kolej.
Ada juga yang keluar makan di luar bersama pasangan masing-masing ke kafe atau restoran makanan segera berdekatan dengan kampus tu.
Tapi terdapat juga para penuntut yang lebih gemar luangkan masa untuk mencuci mata mereka melihat abang-abang senior bersukan di padang atau gym bola keranjang. Lagi-lagi sukan paling popular di kolej itu adalah kelab bola sepak, ragbi dan bola keranjang. Bukan sahaja terkenal dengan ahli pasukan yang kompetitif dan berkualiti, sukan tersebut terkenal disebabkan ahli pemain pasukan sukan itu sendiri. Hampir semua yang terlibat dalam pasukan, bola sepak, ragbi dan bola keranjang itu kelihatan para model dan mempunyai rupa paras yang kacak. Memang rambang mata la kalau sesiapa yang berminat!
Suara sorak dan hiruk pikuk di tepi gelangang kedengaran sewaktu dua belas orang pelajar lelaki berbaju serba serbi dedahkan lengan bicep berotot mereka berlari ke sana sini mengejar bola berwarna oren. Ada yang beri arahan ada yang ternganga melihat kehebatan rakan pasukan sendiri.
"Wohoo! Rain!! Rain!"sorak pelajar perempuan dengan playcard yang tertera nama Rain di bangku penonton saat lelaki berambut hitam gelap menutupi dahi itu berlari merentasi gelangang dengan kaki panjangnya.
Lelaki itu yang kelihatan kacak sewaktu serius bermain membuatkan pelajar perempuan yang ada di bangku penonton seakan diserang histeria. Ada yang hampir hendak menangis gara-gara terlalu teruja melihat lelaki itu.
Itulah Rain Storm. Berbeza dengan Reeya Summer. Rain lebih socialize. Seorang yang aktif dalam sukan dan bijak dalam pembelajaran. Seorang penuntut yang popular kerana sikap yang ramah serta hormat pada semua orang tidak kira usia. Malah para pensyarah juga gemari Rain. Namun tidak semua mengetahui bahawa Rain adalah abang kepada Reeya Summer, si troublemaker kolej mereka itu. Bukan Rain tidak war-warkannya, tetapi kerana Reeya sendiri yang enggan membesarkan hal tersebut. Risau kalau imej buruk dia mempengaruhi nama baik Rain di kolej tersebut.
Dalam kesibukan di dalam gym bola keranjang itu, kelihatan gadis berwajah masam mencuka berdiri di tepi luar petak gelangang tu. Memandang tidak berminat akan lelaki-lelaki berjersi merah biru depannya.
Dengan tangan bersilang di dada, Reeya berdiri di tepi gelangang melihat abangnya berlari ke sana sini sejak tadi. Hairan dia...apa yang seronoknya kejar bola oren tu merentasi gelangang semata hanya untuk dirempuh sampai jatuh?
"Rain!"panggilnya setelah tidak sabar untuk pergi dari situ!
Kebetulan pada waktu itu, Rain melintasi kawasan berdekatan. Dia yang dengar berhenti berlari, lelaki itu berdiri tegak memandang ke arah Reeya saat bola oren yang muncul entah dari mana melayah tepat ke arah Rain.
Reeya perasan tapi tak sempat hendak beri reaksi apabila dengan cekap rakan Rain berada berdekatan berlari mendapatkan bola itu sebelum mengenai Rain.
"Time out!"laung Rain beri isyarat kepada mereka di situ sesaat kemudian.
Lantas semua yang ada di situ pun menurut kerana kapten mereka yang beri arahan. Dan bila mereka semua beredar ke arah yang bertentangan, Rain jalan mendekat ke arah Reeya.
"The f***?"Reeya memandang letih ke arah Rain. " Asal kau tak bawa baju dari rumah lagi dan susah kan aku untuk bawakannya kepada kau?"rungutnya sambil menyua beg kertas berisi pakaian bersih milik lelaki itu.
Sambil mengesat peluh dengan tangannya dari dahi, Rain menarik sengih meleretnya.
"Aku malas nak drive kereta. Alang-alang tu kau ada dekat rumah..senang sikit. Lagipun rumah kita bukannya jauh mana pun.."balas Rain sambil mencapai tali beg kertas itu dengan dada naik turun termengah-mengah.
What ever la! Reeya menjuling mata kejengkelan sebelum berpaling dari situ.
"Eh sekejap!"halang Rain tidak semena yang memegang rambut Reeya yang diikat satu itu.
Tersentak ke belakang kepala Reeya disebabkannya.
"Auw!"sentak Reeya sambil memegang rambut apabila Rain menarik rambutnya ke belakang secara mengejut. Dengan lekas dia pusingkan badannya semula menghadap Rain. "Kau kenapa gila! Lepaskan aku!"marahnya
Rain yang dengar tersengih nakal. Dia menarik rambut tu supaya adik perempuannya kembali mendekat kepadanya.
Nak tak nak Reeya terpaksa undur semula ke belakang dan kembali berdiri menghadap lelaki lampai tersebut. "Asal dengan kau?"kerutnya tidak puas hati. Menggosok kulit kepala yang kesakitan dibuat tindakan Rain tadi."Kau dah makan belum?"tanya Rain selepas Reeya menghadapnya. Sejak balik dari makan malam semalam, Reeya tidak menegur dirinya. Sebab itu dia sengaja hendak temui Reeya memandangkan hari ini dia tidak sempat jumpa atau tegur Reeya, kerana terlalu sibuk dengan kelas dan latihannya.
"Itu je?Kau tarik rambut aku semata nak tanya aku dah makan ke belum?"Reeya agak tak percaya dengan soalan itu. Dia mencekak pinggang memandang Rain dari atas ke bawah. "Beritahu aku...apa sebenarnya udang di sebalik batu kau hah?"
Rain tersengih meleret. "Mana ada apa-apa..saja nak ajak borak."
Reeya pukul tepi lengan tu kerana geram. "Kalau kau panggil aku semata sebab nak borak. Ni...tapak kasut aku ni tengah free aje nak melayah dekat muka orang..kau tau.."
"Damn girl!Why so serious...calm down.."Rain angkat tangan. Hendak rangkul bahu Reeya. Tapi Reeya mengundur jauhkan diri kerana enggan dipeluk dengan tangan yang likat dengan peluhnya.
"Tak payah pegang-pegang aku la. Marah peminat-peminat kau dekat belakang tu.."Reeya berdengus jijik saat pandang ke seat penonton. Dia agak aje...sekali bila dia toleh, rupa-rupanya mereka di situ memang sedang pandang ke arah mereka.
"Kau takut dengan dia orang?Bukan aku?"Rain saja-saja buat seakan dia terasa hati. Lelaki itu meletakkan tangan di dada seperti orang patah hati.
"Dah la kau!Kalau nak merepek aku blah."Reeya menggeleng kepala tak percaya mahu berpaling dari situ.
"Hey sis!"panggil Rain saat silang tangannya ke dada. "Kau masih marahkan aku pasal papa lagi ke?"
Reeya berhenti semula. Dia melepaskan keluhan mengalahnya sebelum pusing menghadap Rain semula. "Kenapa?"
"Aku minta maaf, okay."ucap Rain dengan ikhlas. "Kalau aku mampu aku cuba bantu kau dari biarkan papa control semuanya. Tapi aku tak boleh. Maafkan aku sebab gagal jadi abang yang baik."
Bersama perasaan sedihnya Reeya menjuling mata dengan ucapan itu sebelum melangkah pergi tanpa mengatakan apa-apa pada Rain. Abangnya memang begitu. Selalu salahkan diri atas perkara yang papa mereka lakukan. Sepatutnya yang minta maaf bukan Rain tapi papa mereka itu.
✳️✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...