✳️✳️
❇️ KENAPA ❇️
✳️✳️Baru sahaja pintu lokar itu ingin di buka, satu tangan muncul dari tepi lantas menghentak kuat pintu lokar itu hingga menyebabkan ia tertutup semula dengan kasar sebelum tuan punya tangan itu menghadang lokar tersebut. Menghadap empunya lokar!
Keith di situ sedikit pun tidak tersentak apalagi terkutik. Dia malah dengan tenang tunduk memandang Reeya di depannya saat itu.
Bersama muka mencebik marah, dada Reeya naik turun hendak hilang sabar. Keninya mencerlung tajam.
Keith dengan bersahaja sondong ke depan saat meletakkan tangannya di tepi kepala Reeya. "Ada apa?"tanya dia di depan muka tu.
Kening Reeya berkerut-kerut. Nampak sangat dia tidak puas hati dengan Keith. "Awak tanya saya ada apa?Saya yang patut tanya ada apa dengan awak!Apa masalah awak hah?" ketapnya kegeraman.
"Apa maksud kau?"kepala Keith terlentok ke kiri.
Reeya berdengus menyampah, dia menyilang tangan ke dada sebelum sandar pada lokar di belakangnya. Pandangan matanya dia terarah pada lokar di depan koridor tu. "Buat-buat tak tahu pulak..." cebiknya.
Hujung bibirnya terjungkit sinis, Keith tilik wajah Reeya dalam-dalam kerana cuba nak cari tahu kenapa ya Reeya ni beria sangat nak dikeluarkan dari kolej ni?Dari awal lagi dia perasan, Reeya suka langgar peraturan dan melakukan hal yang tidak sepatutnya di buat sebagai seorang penuntut di kolej ni.
"Apa benda sebenarnya ni?Kau sendiri yang datang sini kemudian nak menyentap dengan aku...bila tanya marah-marah...cuba cakap tu biar jelas. Baru aku faham."
Dengan nafas naik turun menahan sabarnya, Reeya memandang Keith semula. Dada itu di tunjal sambil berkata. "Siapa suruh awak?Siapa yang izinkan awak untuk masuk campur urusan saya?Siapa suruh awak yang mengaku?Si-"
Tanpa diduga, Keith memegang tangan Reeya yang mencucuk dadanya sebelum digengam kemas saat di bawa turun ke bawah. "Kau sedar tak kau tengah cakap dengan siapa sekarang? Dalam kolej ni tak ada sesiapa berani sentuh aku...dan kau-"
"Eh dengar ya...saya tengah marah dekat sini okay. Bukan nak dengar awak banggakan diri. Awak tahu tak awak dah rosakkan rancangan saya...dan sekarang ni saya nak awak jelaskan dekat saya kenapa awak mengaku prank tu adalah perbuatan awak?"potong Reeya serta merta.
Keith ketawa kecil, renungan mata lelaki itu kelihatan kagum saat menatap wajah marah Reeya.
"Ketawa pulak....orang tengah marah ni...ada buat lawak dekat sini ke.."Reeya menarik tangannya dari di genggaman Keith, tapi jari jemari runcing milik Keith mengemaskan lagi cengkamannya di celah jari jemari setiap kali dia hendak melepaskannya.
Keith mendekatkan lagi wajahnya ke depan muka Reeya. Memaksa gadis itu supaya bersandar ke lokar di belakangnya. Namun sangkaannya meleset...Reeya langsung tidak berganjak. Malah gadis itu tenang di situ membiarkan jarak mereka rapat begitu.
"Kalau kau beritahu aku kenapa kau buat semua...baru aku beritahu sebab kenapa aku mengaku."aju Keith berbisik di depan bibir Reeya.
Pertanyaan itu dibalas dengan dengusan mengejek Reeya. Gadis itu pandang funny akan Keith.
"Bukan urusan awak untuk tahu..."
"Kalau macam bukan urusan kau jugak untuk tahu kenapa aku mengaku depan Miss Luisa tadi."
Reeya memalingkan muka ke kiri dengan kening berkerut. Geram sebab pelan dia telah di gagalkan. Lagi-lagi Keith...agaknya lelaki ni sudah tiada perkara lain apa selain hendak menyibuk hal orang lain?
"Kau buat semua ni sebab nak keluar dari kolej ni kan?"duga Keith separa berbisik.
Mata Reeya terbutang luas saat gadis itu berpaling pantas memandang ke depan semula. Membuatkan mata mereka saling bertentangan.
"I guess it's right..."Kieth menjarakkan dirinya dari Reeya dan melepaskan cengkamannya pada jari jemari gadis itu.
Reeya menyilang tangan ke dada.
"Ya atau tidak ianya bukan urusan awak. Jadi jangan masuk campur macam tadi. Saya buat saya tanggung..."tegas Reeya.
Keith menjungkit bahu. "What ever you say."
"Saya serius Keith..saya tak tahu apa masalah awak dengan saya. Apa saya nak awak tahu jangan kacau pelan saya..."arah Reeya sewaktu hendak berpaling pergi dari situ.
Keith pandang langkah Reeya untuk seketika sebelum dia kembali membuka pintu lokar dan mengambil buku serta barang yang diperlukan untuk kelas seterusnya nanti.
✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...