24.

452 50 5
                                    

✳️✳️
❇️ TAK INGAT ❇️
✳️✳️

Bergerak kanan dan kiri rambut yang diikat satu itu apabila Reeya sibuk tunduk mengemop lantai. Sementara pengurus dan pekerja lain buat closing di bahagian dapur dan kaunter, Reeya pula bertugas untuk menyapu dan mengemop lantai sibuk di situ. Sejak dia buat kerja tu, Amanda hanya sibuk bercakap aje. Kerja tak siap-siap.

Cerita pasal datuk dia kerja dekat perkapalan la, mak dia seorang peguam la...teman lelaki la. Itulah yang Amanda sibuk borakkan.

Reeya yang dengar hanya acuh tak acuh aje melayan. Yalah macam la dia kisah sangat. Bukannya boleh kenyangkan perut dia yang sedia lapar ni.

         "Aku tak pernah dengar kau cerita tentang family kau Reeya??Memangnya parents kau kerja apa? Ada berapa orang adik beradik?Hari tu lelaki handsome yang datang jemput kau..tu siapa namanya Zen..boyfriend kau ke?" Amanda bertenggek di depan meja yang sepatutnya dia lap. Tapi tak dilap langsung. Spray air dekat tangan tu cuma jadi hiasan aje sejak tadi.

Reeya tidak menghiraukan pertanyaan itu. Dia berubah ke tepi meja pula. Membelakangkan Amanda supaya dapat habiskan kerjanya di situ dengan cepat.

        "Ke kau ni datang dari keluarga miskin yang tak cukup kasih sayang parents?Sebab itu tunjuk perangai menyakitkan hati dan tak peduli ni?"tambah Amanda lagi.

Sebenarnya Reeya tidak mahu mulakan dulu.

Tapi kan. bila ada orang jenis yang tak pandai nak baca situasi atau keadaan ianya buatkan dia terdetik nak maki dan mencarut masa tu jugak tau!

        "Kau tak ada kerja ke nak buat?"tanya Reeya semasa berpaling memandang gadis berambut perang beralun-alun depannya itu.

        "Dah siap pun.."jawab Amanda dengan muka tak kisah. Lagipun esok pagi nak kena lap jugak. Sama je. "So?Apa cerita kau?"

Memang tak faham bahasa betul la Amanda ni. Reeya mengeluh panjang sebelum pandang ke arah luar tingkap kafe tu.

Pada waktu malam yang sama, hidup dia berubah 360 darjah sekelip mata.

Kalau la dia boleh putar balik semula masa, kan bagus.

Tapi tak.

Sekalipun dia mati dan hidup semula, tak ada apa-apa dia boleh lakukan.

       Kepala Amanda terlentok saat dia cuba pandang muka Reeya bila dia perasan air muka itu berubah menjadi mendung. "Reeya?Kau dengar tak ni?"panggilnya semula.

         Dengan perlahan Reeya palingkan mukanya ke Amanda semula. Dia pandamg wajah itu dengan kosong. "Aku tak ingat.."jawabnya dengan jujur. "Apa aku tahu, aku ada seorang abang, seorang ayah dan mama tiri. Dan aku, yang rosak minda dan hatinya kerana tak dapat tahu apa yang berlaku dengan hidup aku sebelumnya."

Kening Amanda berkerut.

        "Hah?Apa maksud kau?Tak ingat?"

Tidak menjawab soalan itu, Reeya kembali menyambung kerja semula. Dia tidak mahu cuba mengingatkan perkara yang dia sendiri tidak tahu apa yang perlu diingatkan. Apa yang pasti hanya rasa sakit aje yang dirasai setiap kali dia cuba ingat semula ingatan yang tidak jelasnya itu.

Tepat jam 11 malam, Reeya tiba di rumah banglo dua tingkat itu. Dan seperti biasa la. Penghuni rumah yang tidak ubah seperti kelawar gua masih berjaga saat dia sampai rumah. Buka sahaja pintu dah dengar bunyi game dari ruang tamu.

Sambil jalan menyeret kerana kepenatan, Reeya singgah sekejap di depan pintu ruang tamu tu. Melihat suasana rutin yang selalu dia lihat sejak duduk sebumbung dengan tiga orang lelaki ni.

Seorang dengan sikap protective tapi pada masa yang sama suka menyakitkan hati.

Seorang dengan sikap kaki sinis yang kelihatan seperti jenis tidak kisah sedangkan dalam dia ambil berat.

Seorang lagi yang selalu bercakap lembut kepadannya tak kira apapun yang dia tuturkan, sekalipun tak pernah di marag mahupun melawan dengan dirinya.

       "Hei!Itu pizza terakhir aku!Kau dah makan berapa keping tadi!Aku baru makan tiga!"gelut Zen semasa menampar belakang badan Noah dengan bantal sofa di situ.

       "Siapa cepat dia dapat...simple rule dude!"

       "Kepala kau!Memang patut la perut tu buncit!Makan tak ingat dunia!"

       "Wei...kau orang nak memekak ke nak main!Tengok skrin tu!Aku hampir aje nak masukkan gol dalam gawang kau orang!"beritahu Rain.

Tiga orang itu duduk di lantai membelakangkan sofa dengan kotak pizza dan cawan minuman air pepsi bersepah sekitar mereka.

Biawak-biawak hidup depannya ini memang jenis tak faham bahasa.

       "Kau orang tak ada kelas ke esok?"tegur Reeya saat sandar pada dinding di situ menghadap ruang tamu tu. Tangannya berseluk dalam poket hoodie oversize milik Rain.

Tersentak tiga kepala tu dengan serentak lepas dengar. masing-masing pandang Reeya. Baru la ada yang nak tersenyum. 

      "Hai..Reeya. Selamat pulang."sambut Noah dengan senyuman di bibir. "Dah makan belum?"

Mata Rain melirik wajah letih Reeya. Nampak sangat yang Reeya penat. Tapi Rain tidak memberi sebarang komen mengenainya. Yalah..orang kalau baru balik kerja ni jangan cuba cari pasal tau. Penat ora g bekerja ni kalau balik rumah ibarat periuk api di minefield.  Salah sebut gempar serumah. Tidak lama selepas itu Rain pun melepaskan hela nafas panjangnya.

      "You looks like zombie..Reeya. "komen Zen turut sedar wajah letih Reeya waktu itu.

        Reeya menjuling mata menyampahnya. NK mengutuk ke memuji ni? "Mujur bukan vampire. Kalau aku vampire..sekoq..sekoq aku keringkan tinggal kulit je..."selorohnya.

         "Dah la. Pergi naik bilik sana."arah Rain saat lelaki itu kembali menyambung mainnya. Tidak memandang Reeya. Kalau boleh dia nak leteri Reeya dan bertanya banyak pada adik kecilnya itu. Tapi bila Nampak muka penat dan mendung Reeya niatnya serta merta terbatal.

         "Kemas balik nanti ya. Kalau esok pagi aku Nampak sepah-sepah. Semua sampah tu aku sumbat masuk bilik masing-masing."pesan Reeya saat berpusing ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas.

         "Good night Reeya!"ucap Noah pada masa yang sama.

Rain termenung memandang skrin televisyen tidak fokus apa yang dimainkan.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now