✳️✳️
❇️ BILA MASA DIA MULA❇️
✳️✳️"Baiklah...pelajar tahun pertama, kamu boleh mula perkenalkan diri masing-masing mengikut kreativiti kamu. Sama ada intro dengan menyanyi atau membuat skit. Terpulang kepada kamu..." beritahu emcee dia depan pentas kepada pelajar-pelajar kemasukan baru kolej sempena hari orientasi.
Sejajar dengan pengumuman itu seorang demi seorang penuntut maju ke depan dan mula memperkenalkan diri mereka. Ada yang menyanyi, ada yang membuat stunt, tak lepas juga yang menari serta berlawak sebelum memperkenalkan diri mereka.
Dan bila ramai-ramai pelajar memperkenalkan diri, dia yang menunggu sejak tadi bangun dari dalam barisan lalu bergerak ke arah pentas dan mencapai mikrofon yang di suakan kepadanya.
"Nama di beri Keith Fraser. Selamat berkenalan."ucapnya dengan nada biasa seakan tidak berminat.
Masa itu la mereka di bawah bertepuk tangan dan memberi sorakan yang gemuruh...
"Jaaa...jaaa.nampaknya gadis-gadis di bawah pentas teruju melihat jejaka kacak di hadapan ni...ya. Terima kasih Keith Fraser sebab sudi datang menyambung pembelajaran di sini. Kirim salam dekat atuk nanti ya." beritahu emcee tu bernada gurau.
Tidak menghiraukan komentar itu, Keith turun dari tangga itu semasa giliran pelajar seterusnya naik ke pentas, dan pada masa itu la dia bertembung dengan seorang gadis yang ringkas mengenakan t-shirt blackmental dan seluar jean koyak-koyak di bahagian lutus dan peha.
Keith terpegun melihat wajah tu kerana tidak menyangka dia akan menemui gadis tersebut di kolej yang sama.
"Wahh...siapa di sini?Perkenalkan diri awak.."
"F*ck this?Memangnya dekat sini ada 300 orang pelajar...dan kena perkenalkan seorang demi seorang?Memangnya dah tak idea lain ke?"komen suara lembut dari mikrofon.
Keith yang dengar tersenyum lebar sebelum memalingkan kepala. Memandang ke arah gadis berambut hitam ikal paras dada berdiri di atas pentas.
"Tak payah kenal siapa aku. Tak penting. Apa yang penting, kau tengok muka aku ni?Jauhkan diri kau orang dari aku dan jangan cuba cari pasal?"tanpa memperkenalkan diri terus gadis tu menyerahkan mikrofon semula kepada emcee.
Masih tersenyum Keith ambil tempat di kerusinya lalu mengerling ke arah Reeya Summer yang turut ambil tempat di kerusi barisan depan dia duduk. Dengan minat dia pandang belakang kepala tu sehinggalah sesi orientasi pada hari itu tamat.
Semasa para pelajar bersesak-sesak dalam dewan makan pada tengah hari itu, Keith yang tenang bersahaja jalan mencelah mereka di situ memerhatikan kawasan ruang makan tu dengan renungan dingin. Niat dia kesitu hanya satu. Iaitu mencari kelibat Reeya kerana ingin berbual dengan gadis yang sudah bertahun lama dia cuba temui.
Namun baru sahaja dia hendak ke ruang tengah dimana meja-meja tersusun, Keith dikejutkan dengan satu kekecohan dari sebelah kanan barisan meja di situ.
"Kyaaa!Perempuan gila!Kau dah kenapa!"
Mendengar kekecohan itu Keith terus memalingkan kepalanya ke kanan. Lantas ternampak seorang gadis sedang bergelut hendak melepaskan rambutnya yang sedang dicengkam oleh-'
"Bukak baju kau dan bagi dia baju kau untuk ganti oakaian dia yang kau baru aje kotorkan." Reeya berdiri dengan sebelah tangan merenggut rambut pelajar perempuan yang perangnya mengalahkan warna emas.
"Apa aku pulak. Dah perempuan mata empat ni jalan tak pandang depan!"
"Kau sengaja langgar dia untuk malukan dia. Kau rasa bangga buli orang yang tak berdaya nak melayan. Wah!Taniah!Sebab kau patut layak dapat anugerah perempuan paling terbaik bab memalukan orang lain.."
Keith tersenyum sambil menyilang tangan ke dada. Well...well...tengok siapa yang dah besar. Dulu dan sekarang perangai masih sama. Masih cuba nak pertahankan orang lain yang tertindas. Itu Reeya yang dia kenal!
"Kau siapa hah perempuan!Kau sedar tak kau tengah cakap dengan senior!"
"Senior tak senior kalau adab dekat lutut otak dekat kaki better kau duduk dalam tong sampah dengan rakun sana. Kau nak tahu siapa aku?Nama aku Reeya. Ingat nama ni!"
Keith keluarkan telefon dari dalam poket seluarnya. Lalu mendail nombor dekan melalui senarai panggilannya. Masuk sahaja panggilan dia berkata. "Apa khabar uncle..ada perkara yang saya nak minta tolong ni.."
"Tuan muda Keith..ya saya. Boleh saya bantu?"
Mata Keith melirik ke arah Reeya. "Uruskan saya tentang masalah disiplin pelajar bernama Reeya Summer. Pastikan semua kes dia off record tak kira seberat mana sekalipun kes yang dia terlibat."
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...