✳️✳️
❇️ TERTANGKAP ❇️
✳️✳️Seawal enam pagi Reeya sudahpun bersiap untuk menjalankan rencana dia bersama dengan lapan beg berisi kertas yang telah dicarik-carik tempoh hari. Dengan bantuan partner in crime Zen, sekali lagi sebab hanya lelaki itu saja yang reti hendak tutup mulut dan tak bercakap banyak untuk menyeludup masuk kesemua plastik itu. Susah lah jugak kerana ianya plastik besar, kereta Merceders Sport GT Zen kecil. Tak dapat nak memuatkan semua tu dengan mudah. Sebagai upah, Zen diberikan kupon pizza kegemaran mereka dengan Reeya. Dah tak ada modal lain nak bagi kan, kebetulan dalam poket dia ada kupon tu. Gasak je la!
Selepas mengayuh basikal di waktu yang matahari belum muncul Reeya tiba di perkarangan kolej. Gadis yang mengenakan hoodie oversized warna putih dan skinny hitam menyanggul malas rambutnya dengan tinggi berjalan masuk ke dalam bangunan seperti seorang pencuri.
Dia kemudiannya masuk ke bilik janitor dimana barang-barang yang dia seludup di simpan. Dua beg pertama di bawa keluar lalu di bawah ke dalam pejabat utama Miss Luisa. Gadis itu menuang semua isi carikan kertas itu ke dalam pejabat tersebut. Menutupi seluruh ruangan itu sepenuhnya dengan dua beg kertas yang bercarik-carik itu.
Habis bersepah bilik yang awalnya dalam keadaan kemas dan tersusun dengan carikan kertas di sana sini. Lagi-lagi di meja kerja Miss Luisa, mengunung timbunan kertas tersebut setelah Reeya memberi sentuhan akhir pada meja tersebut.
Setelah selesai Reeya kembali ke bilik janitor. Mengheret dua lagi beg seperti membawa bungkusan mayat sepanjang koridor sebelum masuk ke dalam bilik persalinan pasukan ragbi kolej. Dengan kasar plastik pembungkus kertas itu di robeknya. Membuatkan semua isi plastic tersebut tersembur keluar dari terbang di serata ruangan tersebut. Memang seronok waktu itu. Ibarat seperti sedang bermain dengan salji, Reeya melemparkan semua kertas-kertas dari dalam dua beg plastic itu ke seluruh ruangan itu. Bersepah-sepah dibuatnya.
Tiada satu ruang pun tertinggal dari sentuhan Reeya. Seluruh lantai tempat mandi pelajar lelaki itu sudah di selimuti dengan carikan kertas. Reeya yang lihat menarik senyuman puas dengan hasil kerjanya. Dia pasti rancangan dia ini pasti akan berjaya dan lelaki menyakitkan hati itu tidak akan dapat menghalang dia sekali lagi.
Namun begitu Reeya menyambutnya terlalu awal. Dia fikirkan semuanya akan berjalan lancar rupa-rupanya langit hanya cerah di siang hari, petang mendung tak ke sudah! Taktala dia tiba di depan bilik janitor langkahnya terus mati setelah melihat lelaki yang umpama saka itu sedang berdiri di tepi pintu janitor. Tangan bersilang di dada.
Like seriously?
"Apa yang- kenapa awak boleh ada dekat sini Keith?"tanya Reeya bernada mengalah. Kenapa ya?Semua rancangan dia tak pernah nak berjalan lancar?Macam tak guna aje tau!Lagi satu macam mana Keith boleh tahu?Dia dah rancang sebaik mungkin dengan senyap dan teliti supaya tidak ketahuan?
Keith mengangkat kepala memandang Reeya dengan kening berkerut.
"I have my eyes on you?"balas Keith sebelum jalan mendekati Reeya.
Dalam keadaan cemas, mata Reeya naik turun sambil undur ke belakang hendak jauhkan diri. Apa maksudnya tu?
"Awak ni apa sebenarnya?Macam mana awak boleh tahu setiap kali saya laksanakan rancangan saya?Awak stalk saya eh?"tuduh Reeya sambil menunding jari ke depan muka itu.
Mata Keith waktu itu pandang akan jari yang terarah pada wajahnya sebelum dia memegang jari telunjuk Reeya lalu menurunkan tangan tersebut dari mukanya.
"You'll never give up, don't you?"soal Keith sambil menggengam jari jemari Reeya dalam celah cengkamannya. "Apa aku nak buat dengan kau ni Reeya?"keluhnya semasa menarik Reeya keluar dari situ.
Eh!
Eh!
Nak ke mana ni!
Kening Reeya berkerut tidak faham saat memandang belakang kepala tu. Serius dia betul-betul bingung dengan kemunculan tiba-tiba Keith ke situ. Macam mana lelaki ni boleh tahu?
"Apa yang awak nak dari saya sebenarnya Keith?Berapa kali saya beritahu jangan masuk campur urusan saya!"gelutnya hendak tarik tangan yang dipegang Keith. Namun tindakannya hanya itu hanya membuatkan Keith mengeratkan cengkaman pada tangannya.
Keluar sahaja dari bangunan itu, Keith bawa mereka berdua ke tempat parkir. Waktu itu kawasan tersebut lengang. Tidak mempunyai banyak kenderaan kerana masih awal. Jadi hanya kereta White Maserati yang terparkir di situ.
"Let me go you freak!!"Reeya cuba merentap tangannya dengan kuat.
Pintu kereta seat sebelah pemandu di buka, lalu Keith tarik Reeya untuk di sumbat masuk ke dalamnya dengan paksa. "Get in now!"
"Tak nak!Lepaskan saya sekarang Keith!Sebelum saya jerit!"ngerang Reeya saat memukul lengan dan dada itu sebagai cubaan untuk melepaskan diri.
"Hentikannya sebelum aku buat perkara yang kau akan bencikannya Reeya!"Keith menarik tangan Reeya hingga menyebabkan gadis itu melanggar depan badannya dengan kasar.
Terkedu dengan tindakan itu Reeya pandang akan Keith bersama dada naik turunnya. Keningnya mencerlung tajam kerana begitu bengang dan marah kerana tindakan Keith saat itu.
"Buat la!Saya memang dah bencikan awak sejak awal saya nampak awak Keith!So apa beza-"kata-katanya terhenti apabila tangan Keith naik memegang belakang kepalanya dan kakinya berjengket secara paksa apabila lelaki itu memagut bibirnya dalam sekelip mata.
✳️✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...