✳️✳️
❇️ Adik Beradik dan Kawan Baik ❇️
✳️✳️Suasana rumah itu selagi tak tidur penghuninya selagi tu la ada bunyi. Kalau dalam sehari tu memang susah nak dengar rumah tu senyap.
Ada aje yang dibisingkan.
Ada aje yang dikecohkan.
Suara dua orang lelaki yang sedang bersila membelakangkan dua beradik bergaduh itu hanya diperhatikan dengan renungan letih. Mana tidaknya sudah seharian kuliah terpaksa pula kerja sambilan dari waktu petang sehingga malam. Ini pun baru pulang ke rumah kena hadap pasangan anjing dan kucing pula.
"Kau ingat tak esok kita kena jumpa papa?soal Rain dengan kedua-dua kaki berehat di atas riba Reeya.
Masa itu jugaklah ada yang nak kecoh.
"Wei...kau main tu biar adil boleh tak?"marah Zen tiba-tiba di depan sofa tu.
"Sekejap..kau yang tak reti nak main jangan nak salahkan orang pulak.."balas Noah.
Dua orang itu adalah rakan sewa rumah Reeya dan Rain. Disebabkan mereka hanya tinggal berdua sejak Rain berumur 20 tahun dan Reeya 18 tahun, mereka telah pelawa dua orang rakan baik Rain untuk duduk menyewa bersama. Memandangkan jarak rumah dan kolej tempat mereka dekat. Jadi hari-hari lah kena hadap perbalahan dua orang yang sudah dikenali sejak sekolah rendah lagi.
"Umm.."balas Reeya menguap letih saat mata kuyunya memandang ke skrin tv dimana dua buah kereta saling berlumba di atas litar.
"Aku nak beritahu kau-"belum sempat Rain menghabiskan kata-kata Reeya mengangkat tangan ke depan muka abangnya. Menghalang lelaki itu dari terus bercakap. Memang terkatup terus la mulut Rain masa tu. Dia pandang Reeya dengan kening berkerut.
"Jangan kau nak ingatkan aku..."arah Reeya dengan renungan mencerun tidak puas hati. Dia tak suka tau kalau abang dia mula menceritakan soal keluarga mereka terutama sekali mengenai papa mereka tu. Walaupun kisah dah lama berlalu, kesan dan efek kejadian yang di alami terlalu trauma untuk dia handle.
Rain melepaskan keluhan letih. Dia sendiri pun tak kuasa nak bergaduh dengan Reeya tentang hal yang sama setiap kali mereka ada perjumpaan dengan keluarga papa mereka berdua.
Nak tak nak sebagai seorang abang dia kena jugak lakukannya. "Aku cuma nak beritahu jer...tak boleh ke kau cuba dengar?" pintanya.
Ish!
Nak mula la ni!
Reeya memalingkan kepala yang bersandar malas pada sofa itu ke kanan. Memandang jengkel ke Rain di sebelahnya tu. Dada dia dah mula berdenyut sakit setiap kali teringat akan wajah orang tuanya. "Kenapa ya kau selalu jer back up papa lepas apa dia buat dekat hidup kita?"soalnya bernada perlahan tapi jelas kedengaran marah.
Rain mengeluh.
"Please Reeya. Berapa kali aku nak jelaskan dekat kau. Aku tak back up papa...aku cuma nak kau respect orang tua... tak kira lah itu papa kita atau orang lain. Respect itu je aku mintak...susah sangat ke?"soal Rain dengan bernada rendah.
Kening Reeya mencerlung marah saat dia memberi renungan mencerun tidak puas hati ke Rain. Senangkan jadi lelaki, tahunya cakap aje!
"Senang lah kau cakap...kau boleh lah. Bukan kau yang hidupnya di tentukan papa. Apa kau nak buat kau boleh buat. Aku?"Reeya menunding jari ke dada sendiri. "Kolej tempat aku belajar tu bukan yang aku nak, course yang aku ambil bukan minat aku, benda yang aku belajar bukan yang aku cita-citakan...semua benda yang aku buat di kongkong. Kau?Bebas. tak ada siapa nak control kau..."luahnya begitu defastated.
"Sebab papa buat semua tu demi kebaikan kau jugak..."
Reeya berdengus tidak percaya. Saat itu dia pandang kesal ke Rain. "Demi kebaikan aku atau kebaikan dia?Beritahu aku?"soalnya kembali memandang ke depan.
Zen dan Noah yang sudah terbiasa dengan perbualan dua beradik itu hanya dengar tak dengar. Bukan urusan mereka untuk masuk campur apalagi menyampuk. Terutama sekali bila Rain yang mulakan. Memang tidak berani mereka hendak bersuara.
"Reeya...dah bertahun lama sejak mama meninggal dunia. Tak boleh ke kau bersikap terbuka pada papa...bukan kau seorang aje yang terjejas dengan apa yang terjadi...aku pun rasa benda yang sama.."Rain beritahu dengan renungan mengalahnya. Hendak dibahas berapa kali pun dia tak tahu dah. Sikap keras kepala adiknya ini buatkan dia sukar untuk tangani perselisihan mereka ni.
"Rain kau-"
"Sekurangnya kau janganlah kurang ajar dekat papa dengan isteri dia. Dia orang dah cuba sebaik mungkin untuk berikan segalanya dekat kau...senangkan hati kau..."potong Rain yang membuatkan Reeya meradang.
"Stop! Just stop okay!"tegas Reeya selepas itu. Dia begitu tak terkata dengan cara Rain bercakap tu. Abang dia buat macam dia yang jahat dekat sini. "Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau!"kaki Rain di ribanya di tolak jatuh sewaktu dia bangun dengan marah dari sofa tu.
"Reeya!"panggil Rain apabila adik perempuannya itu berlalu naik tangga tingkat atas untuk masuk bilik. Bila dia mengerling ke arah lain, waktu itu Rain bertentang mata dengan Zen dan Noah. "Jangan kau orang pandang aku macam tu."katanya semasa bersandar letih ke belakang.
"Well...It's going smoothly..."seloroh Zen sebelum memandang skrin televisyen semula.
Noah tidak mengatakan apa-apa. Dia pandang ke arah anak tangga dimana Reeya menghilang tadi.
✳️✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...