49.

378 49 2
                                    

✳️✳️
❇️ DING! DONG! ❇️
✳️✳️✳️

Bunyi bising dari loceng pintu membuatkan orang bersinglet putih separa meniarap atas katil dengan sebelah tangan memeluk erat bantal hangat di sebelah mengerang tidak puas hati sebelum mengeratkan pelukan tersebut pada bantal dan membawanya rapat ke badan.

Ding!Dong!

Bunyi loceng kedengaran sekali lagi pada pagi hujung minggu itu. Oleh kerana hujung minggulah kebanyakan orang tidak bangun awal. Biasanya mereka semua akan membuta sampai ke tengah hari. Lagi-lagi penghuni rumah dua tingkat dengan halaman berkolam renang itu.

Kepala Reeya terangkat terkejut dari tidur, mata kuyu bangun tidurnya dipaksa buka.

         "Ummph?"sambut Reeya yang sepertinya mengingau. Dia ingat bunyi loceng itu ada yang memanggil dia. Gadis itu dalam keadaan meniarap sepenuh di atas katil.

Dia salah dengar ke?

Ding!Dong!

Oh god!

Please la!

Dengan bengang Reeya meraup rambut yang berada di mukanya ke tepi sebelum bangun dari baringnya. Tetapi gagal apabila dia merasakan sesuatu yang berat berada di belakang badannya. Dia memalingkan kepala ke kanan yang mana Noah sedang baring.

Ya tak ya!

Terlupa pulak!

Malam tadi Noah langsung tak nak lepaskan dia.

Sikit pun tak nak lepas! Dia tarik tolak!Sepak!Gelut,..balik-balik lelaki tu dapat tangkap dan heret dia ke katil semula sampailah dia tertidur dalam pelukan lelaki itu. Sotong agaknya Noah ni masa hayat lepas lelaki tu!

Ding!Dong!

Like seriously!

         "Siapa pulak pagi-pagi dah memekak ni...tak reti ke nak berhenti.."ngerang Noah dengan mata terpejam. Kening lelaki itu berkerut tidak puas hati. Lelaki itu mengesot rapat ke Reeya sebelum menyembamkan muka di tepi lengan Reeya.

Well...well...

Look at this sleeping beauty!

Reeya pandang funny ke Noah!Lelaki ini pasti akan malu sepanjang hari kalau sedar apa yang berlaku pada mereka ketika itu.

Reeya menyucuk pipi Noah. Cuba hendak buatkan lelaki itu terjaga dan sedar akan situasi yang sedang berlaku ketika ini. Malam tadi menangis tak berhenti. Tak tahu la sebab alkohol ke bukan, tapi confession Noah malam tadi nampak real sangat. Sampai dah bangun tidur pun dia masih terfikirkannya. Kalau Rain tahu pasti teruk Noah dikerjakan.

Cucuk!

Cucuk!

Cucuk!

Pipi tu di cucuk dengan jari telunjuk Reeya beberapa kali hingga buatkan kening Noah berkerut-kerut.

          "Wake up you fat butt...."arah Reeya dengan suara serak bangun tidurnya.

          Terus terbuka mata Noah seluas alam. Kepalanya di jarakkan dari lengan Reeya selepas mendengar suara gadis itu dekat dengannya. "What the f*ck!"seru Noah memandang cemas akan tangan dia yang masih melingkar erat sekeliling pinggang Reeya. Bila sedar apa yang berlaku dengan lekas dia terus menarik tangannya dari badan Reeya dan bangun dari baringnya. Masa itulah baru rasa pening dia bertandang.

Reeya mengusap belakang lehernya saat turun dari katil. Sambil itu dia melarikan jari jemarinya ke rambut bangun tidurnya. Huarghhh!Sakit badan dia sebab tak bergerak satu malam gara-gara di peluk Noah!

          "Kenapa kau boleh ada dekat sini?"tanya Noah yang tunduk memandang badan sendiri. Menyedari dia hanya mengenakan singlet dan seluar boxer hitam. Apa yang dah berlaku?Kenapa Reeya sekatil dengan dia!Apa dia dah buat pada Reeya?Oh god!Apa yang dia dah cakapkan malam tadi?Panah berbahang leher dan telinga dia rasakan saat itu.

           Reeya menguap, dia menggaru belakang kepalanya saat toleh memandang Noah yang sedang kebingungan. Comel aje muka blushing Noah! "Kalau saya beritahu awak mesti tak percaya.."beritahu dia mengurut lehernya. Lenguh bawa Noah dan Rain malam tadi baru terasa.

           "Apa maksud awak?"tanya Noah yang sudah cuak gelabah tahap gaban.

            "Awak bertiga malam tadi mabuk teruk...jadi saya bawa awak semua balik. Dan masukkan seorang demi seorang ke bilik... tapi awak orang terakhir yang saya bawa masuk. Sepanjang masa tu awak merengek dekat saya...jangan tinggalkan awak lah apa lah...dan awak peluk saya sampailah saya tertidur sekali dekat atas katil dengan awak...."cerita Reeya yang tidak sepenuhnya. Tak mungkin la dia nak cerita tentang confession Noah tu! Malu bhai!

             Kening Noah berkerut, lelaki itu memegang kepala yang sedang berpusing pening itu. "Saya tak ingat pun..."

              Reeya berdengus kecil. Dia tersengih funny semasa pusing ke arah pintu bilik tu. "Of course awak tak ingat...."balas Reeya sebelum berjalan keluar dari bilik itu.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now