✳️✳️
❇️ Daughter ❇️
✳️✳️Seperti berada di majlis funeral, meja makan depan mereka waktu itu senyap yang amat kekok. Sebab semuanya kelihatan teragak-agak hendak bersuara. Terutama sekali lepas lihat apa yang berada di depan mereka.
Hampir semua yang ada di dalam restoran di situ kehairan taktala melihat gadis tergantung dalam keadaan terbalik di atas bahu seorang lelaki mendekati sebuah meja makan di mana pasangan suami sedang duduk berbual di ruangan itu.
Rain orang pertama yang bersuara sebaik saja melihat papanya, Encik Hill dan mama tiri mereka, Puan Haley di meja situ.
"Maafkan kami kerana lewat.."sapa Rain sewaktu memeluk kejap tubuh papanya lalu beralih ke arah mama tirinya yang sedang tersenyum senang.
Mata Encik Hill melirik akan Reeya yang sedang di turunkan lalu di dudukan ke atas kerusi secara paksa menghadapnya. Tak habis-habis dengan sikap tantrum tu. Dari dulu sehingga sekarang, sikit pun tidak berubah. Menyesal pula dia biarkan Reeya tinggal berasingan dengan mereka. "Tak mengapa. Asalkan kamu berdua datang. Jemputlah duduk Rain. " pelawanya tanpa berhenti dari memandang anak bongsunya.Reeya di situ sudah bersedia hendak bangun dari situ tetapi bahunya di pegang dari belakang. Tangan yang ada di bahunya menolak dia supaya tidak bangun dari situ. Langsung tidak memandang ke arah Encik Hill walaupun dia perasan orang tuanya itu memandang dia sejak tadi.
"Ish!"jelingnya tidak puas hati ke arah pengawal di belakangnya.
Namun pengawal itu sedikit pun tidak memandang Reeya. Dia berdiri di belakang kerusi tu sehingga menunggu arahan dari tuannya sendiri.
"Hai Reeya..apa khabar?"sapa Puan Haley dengan ceria, dia tidak terganggu dengan sikap anak tirinya yang satu itu. Bukan kali pertama dia hadapi situasi Reeya diheret secara paksa semata hendak berjumpa dengan mereka.
Reeya memalingkan kepalanya pada Puan Haley sebelum menjuling mata kejengkelan.
"Reeya...don't roll your eyers. It's rude." beritahu Encik Hill kerana dia perhatikan saja Reeya di sebarang mejanya. Sepatutnya mereka bertemu di rumah, tapi dia tahu Reeya akan behave sekiranya di tempat umum. Kalau di rumah pasti anaknya dengan mudah buat perangai tidak sopan tu. .
Setelah itu mereka dimeja makan itu mulakan sesi makan. Pelayan-pelayan bertugas menghidangkan set hidangan makan malam di situ satu persatu.
Dan sepanjang masa itu. Reeya langsung tidak berminat hendak menjamah sebarang makanan. Dia melepaskan dengusan tidak puas hati sebelum menyilang kedua-dua tangan ke dada. Sama sekali membisu di situ sepanjang masa Rain, Encik Hill dan Puan Haley berborak.
Sekalipun bila mereka menanyakan soalan kepadanya, Reeya tetap mendiam sehingga makanan mereka siap di hidangkan. Taktala semua yang ada di meja telah makan. Pinggan Reeya sahaja yang tidak tersentuh. Gadis itu protes enggan makan kerana tindakan Rain memaksa dia untuk ke situ menemui Encik Hill.
"Reeya...ada sesuatu yang papa nak bincangkan dengan kamu.."maklum Encik Hill sambil menolak sekeping fail coklat ke depan pinggan Nadine.
Mata mencerun Reeya serta merta gerak terarah akan fail tersebut. Keningnya semakin mencerlung tajam. Apa lagi pulak ni!?
"Apa bendanya?"soalnya saat memandang curiga ke arah fail tersebut.
Puan Haley berhenti makan hanya untuk mencapai tangan Reeya. Wanita itu cuba hendak menenangkan Reeya supaya tenang di situ.
"Ianya merupakan keputusan peperiksaan pertengahan semester kamu. Dan keputusan itu sangat tidak memuaskan Reeya..papa sangat tidak puas hati dengan keputusan yang papa dapat dari pihak kolej kamu..."maklum Encik Hill.
Rain di sebelah Encik Hill pandang ke arah Reeya dengan resah. Risau sebenarnya dia mengenangkan baran adik perempuannya dia. Sudah lah mereka berada di depan public. Kalau Reeya hilang kawalan, tak tahu la dia apa yang Reeya bakal lakukan nanti.
"Papa...tak ke lebih baik kita bincang hal ni di rumah?"bisiknya di situ dengan perlahan.
"Itupun kalau adik kamu akan berada di rumah sekiranya papa mahu menemuinya." balas Encik Hill sambil memandang Reeya.
Kening Reeya berkerut, dia terus menarik tangannya dari sentuhan Puan Haley untuk mencapai fail coklat tersebut. Bila dikeluarkan helaian kertas dari fail tu, berketik rahang dibuatnya.
Rain memerhati tingkah Reeya saat adiknya memeriksa isi fail tersebut dengan kening berkerut.
"You spying on me?" Reeya mengangkat kepala. Memandang tidak percaya ke arah Encik Hill.
"I have to...you are my only daughter." tenang sahaja Encik Hill menjawab."Disebabkan abang kamu telah dewasa dan tahu apa yang dia perlu buat dan tak perlu buat. Papa tidak ambil kisah sangat dan sentiasa sokong apa yang dia mahukan...tetapi bukan kamu. Lagi-lagi lepas papa dapat tahu kamu timbulkan masalah dan berniat hendak berhenti dari kolej dengan melanggar peraturan?"maklum Encik Hill sambil mengerat daging ayam belanda di pinggannya. "Kalau kamu nak tahu, tak kira apa sekalipun kamu buat, kamu akan kekal di situ sehingga kamu tamat belajar dan untuk keputusan kamu itu, papa telah daftarkan kamu ke kelas tambahan untuk naikkan kredit kamu."maklumnya dengan bersahaja saat menyuap potongan daging ke dalam mulut.
Rain yang dengar mengerling ke arah Reeya dan Encik Hill silih ganti. "Papa ianya bukannya perkara serius. Reeya, dia..-"Rain cuba memberi penjelasan. Tetapi Encik Hill malah memberi renungan amaran kepada Rain supaya jangan berani-berani back up Reeya. Menyebabkan Rain tunduk menutup mulut tidak meneruskan kata-katanya.
"Berapa kali Reeya nak beritahu pada papa. Reeya tak berminat hendak sambung belajar. Rasanya papa tak pekak lagi untuk faham apa yang Reeya cakapkan ni?"
"Reeya...jangan la begitu."Puan Haley cuba memegang Reeya.
"Jangan sentuh aku!"sentap Reeya terus menampar tangan tu. Dia pandang ke Encik Hill semula. "Tak kira apa sekalipun yang papa lakukan, ianya takkan bawa sebarang perbezaan. Tolong la.."
"Selagi kamu tidak berkelakuan yang selayaknya. Selagi tu papa takkan cuba fahamkan kamu."beritahu Encik Hill dengan tatapan penuh amarannya.
Bertentang saja mata mereka berdua, Reeya di situ tidak dapat membalas apa-apa lagi kerana begitu bengang dengan ugutan Encik Hill. Dalam diam dia mengepal penumbuk dalam genggamannya.
Serius!Dia bencikan hidupnya ini!
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...