✳️✳️
❇️ Bila Yang Buli Dibuli❇️
✳️✳️Kehidupan sebagai seorang outcast bukan satu perkara yang seronok buat mereka yang terlibat. Tidak cukup dengan layanan invisible, mereka juga terpaksa menghadap cemuhan dan buli dari mereka yang gemar untuk menyakiti.
Bukan tidak kuat hendak melawan secara fizikal, tapi tidak kuat secara mental untuk elakkan diri dari dibuli.
Kesan marker dan liquid paper coretan bahasa carut bercontengan di pintu lokar.Tulisan besar lagikan jelas itu menghiasi lokar tersebut. Ada kesan seperti digores tapi sepertinya tuan lokar mengalah untuk membersihkan kerana setiap kali dibersihkan, coretan itu akan muncul semula keesokan harinya.
Hari itu, para penuntut yang lalu lalang di situ berkumpul lagi di depan pintu lokar tu. Ingin mengambil gambar lalu mempostkannya di laman social masing-masing. Hendak memperbesarkan hal itu demi mendapatkan perhatian orang lain dan memviralkan kejadian tersebut kerana merasa superior.
"Oo...tengok Si Fatty Patty lah"tunding mereka ke arah penuntut perempuan yang berbadan besar dan perut berlipat tiga lapis. Setiap kali pelajar itu berjalan, perutnya bergerak mengelendut. Membuatkan mereka yang ada di situ ketawa mengejek saat melihat dia.
Pelajar perempuan malang itu berhenti di depan pintu lokar dia nak tak nak. Dan bila dia pandang lokarnya yang telah diconteng dengan perkataan kotor, air mukanya yang sedia mendung menjadi keruh, dengan malu dia tunduk memandang ke lantai.
"Kenapa?Malu?Kalau malu kecik kan sikit badan tu?Siapa suruh jadi gemuk sangat? Tak Nampak niberlipat-lipat dah!"
"Hahahaha...Fatty Patty? Dah macam set sofa lama nenek aku pulak..."
"Hahahaha..."Gelak mereka dengan sakan.
Ekoran terlalu malu gadis berbadan besar itu terhambur menangis sampaikan pipinya yang tembam itu berona kemerahan. Walaupun sudah hadapinya berkali-kali, ianya tidak pernah buatkan dia kebal dan lali. Malah ianya buatkan dia semakin tertekan dan kesedihan. Sambil tersedu-sedu menangis gadis itu membuka pintu lokar tersebut untuk mengambil buku.
"Tengok...tangan dia sebesar pintu lokar tu sendiri...memalukan betullah dia ni...masih lagi berani nak jalan tunjuk muka dekat sini.."ujar Nadia, gadis berambut kerinting yang sejak tadi tidak berhenti memberi komen tidak elok kepada gadis tersebut. Ketua yang suka membuli pelajar peremuan tu.
Semua di situ kembali ketawa namun terhenti apabila bunyi sesuatu dihentak kuat kedengaran. Mengejutkan mereka semua yang ada di Lorong lokar di situ.
Dengan serentak semua kepala berpaling ke kanan masing-masing. Mata mereka semua terbutang taktala bertentang mata dengan gadis yang berkemeja flennel belang hitam putih, skinny hitam koyak di bahagian peha dan mengikat rambut tinggi ke belakang sedang berdiri di sebelah lokar dengan kaki terangkat tinggi di atas pintu lokar yang telah remuk.
The heck?
Mulut Nadia ternganga luas setelah melihat pintu lokar yang dicat khas kepada warna pink itu sudahpun kemik ke dalam. Waktu itu barulah dia sedar semasa Reeya menurunkan kaki perlahan-lahan ke bawah.
"NO! My baby..."rintih Nadia sewaktu mendekati pintu lokarnya itu. Sepakan padu dari gadis tadi membuatkan pintu berwarna pink tersebut melekuk ke dalam sehingga tertanggal dari engsel pintu tersebut. "Dengan berang Nadia palingkan kepala dengan marah pada si pelaku. "Grrr!Apa masalah kau perempuan tak guna!!"bentak Nadia mengepal kedua-dua tangan dalam genggaman dengan erat.
Dan...dan waktu itulah nasib bertuah menyebelahi Reeya.
Booming dengan reaksi ceria dan senyuman manis di bibir. Reeya pandang belakang Nadia lalu beri tundukan kecilnya. "Selamat pagi Sir Ryan..."sapanya dengan bersahaja. Langsung tidak mempedulikan Nadia di depannya itu sedang bercemberut marah.
Mereka yang lain pun apalagi, terus membutangkan mata dan cepat-cepat undur ke belakang hendak menjauh dari kawasan kejadian. Meninggalkan Nadia bersama dengan Reeya dan pelajar dibulinya tadi.
Encik Ryan, pensyarah tahun ketiga itu terpaksa berhenti bila melihat sekitar koridor itu penuh dengan kerumunan pelajar. Dengan riak ingin tahunya dia pandang kanan dan kiri seketika sebelum memandang lokar yang kotor dengan kesan contengan tu.
"Apa yang sedang berlaku di sini?"soal Encik Ryan. "Dan kenapa lokar kamu kotor begini Amy?"keningnya berkerut tidak suka dengan apa yang dilihat pada lokar tu. Lukisan dan bahasa lucah yang tertera di situ cukup untuk beritahu dia situasi di situ.
Berderau pucat wajah Nadia waktu itu. Dia pandang akan Reeya lalu ke Encik Ryan dengan gelabah. Genggaman dia semakin erat hingga menyebabkan kuku manicure dia tajam menusuk telapak tangannya.
Reeya menjungkit bahu tidak tahu. Dia memberi renungan penuh maksud pada Nadia. Hujung bibirnya terjungkit sinis. Cuba mencabar Nadia mengatakan sesuatu yang tidak sepatutnya depan pensyarah mereka itu.
"Tiada apa-apa sir..."
Reeya tersengih sendiri melihat reaksi menikus Nadia tu. Tadi bukan main berani, nampak sir terus takut? What a coward! Heh!
Encik Ryan lirik akan Reeya sekejap sebelum silih ganti memandang Amy dan Nadia selepas itu. Dia cuba analisis situasi di situ dalam diam.
Dengan muka hendak menangisnya Nadia memandang Reeya sambil mengetap gigi menahan diri. "Tak ada apa-apa...saya tak sengaja rosakkan lokar saya"ngaku Nadia dengan renungan mengalahnya.
"Sudah cukup. Dismissed ke kelas masing-masing. Jangan berkumpul begini."arah Encik Ryan menyedari bahawa tiga orang penuntut depannya ini baru sahaja bertelingkah! Disebabkan ianya tidak berlaku depan matanya, dia tidak dapat mengambil sebarang tindakan kepada sesiapa.
"Baik!"sambut mereka semua yang kemudiannya mencicit pergi dari situ dengan tergesa-gesa.
Buat kali terakhir Encik Ryan mengerling akan mereka bertiga sebelum beredar dari situ. Meninggalkan Amy yang masih tersisa menangis dan Nadia berwajah kemerahan menahan sabar.
Sementara Reeya yang sedikit pun tidak mengatakan apa-apa sejak tadi beri renungan amaran kepada Nadia semasa berlalu pergi ke arah bertentangan.
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...