20.

449 50 1
                                    

✳️✳️
❇️ MISS DIVA ❇️
✳️✳️

Kesibukan pada hari itu seperti biasa. Para penuntut dengan angin mereka untuk hadirkan diri ke kolej. Kalau kelas pagi memang ada yang grumpy. Ada jugak yang terpaksa hadirkan diri kerana hidup bergantung pada keputusan pelajarannya. Selain tu mereka ada berlegar-legar ke sana sini untuk ke destinasi masing-masing.

Di dalam salah sebuah bangunan di situ....

             "Auw! Apa ni! Buta ke! Ada mata empat pun jalan tak reti nak pandang depan!"dengking pelajar perempuan senior yang telah dilanggar secara tidak sengaja oleh pelajar junior tahun satu yang kebetulan waktu itu hendak membelok ke kanan.

Tapi disebabkan kotak yang dibawanya melebihi ketinggian dan jarak pandangan dia, entah macam mana dia terlanggar pula miss diva kolej mereka ini. Miss Ashlin Nova. Gadis yang perasan dirinya istimewa setelah Keith Fraser lelaki yang jarang sekali kelihatan menegur mana-mana pelajar perempuan di dalam kolej itu menegur dirinya.

          "Maafkan saya senior...saya tak perasa-"

PANG!

Bunyi tamparan itu membuatkan seluruh ruang koridor itu senyap.

         "Itulah jawapan kau..tengok sekarang apa kau dah buat dekat beg tangan aku. Kau tahu tak ini Prada! Bukan sebarang beg. Habis calar!"tengking Ashlin sekuat hati. Sedaya upaya hendak malukan pelajar lelaki di depannya waktu itu.

Pelajar lelaki berkaca mata itu tunduk memandang ke lantai dengan kedua-dua tangan di depan perut.

         "Duit biasiswa tahunan kau tu belum tentu lagi dapat bayar semula beg aku ni! Macam mana lah budak lembab macam kau ni boleh ada dekat sini"komen Ashlin sambil menyelak rambut panjangnya ke belakang bahu tanda kerimasan. Dengan kasar Ashlin menolak pelajar lelaki itu ke belakang sehingga pelajar junior itu jatuh terduduk di atas lantai. Tepat di depan sepasang kaki yang mengenakan highcut boot combat.

Mata Ashlin yang terarah pada budak junior tadi beralih pada kasut kemudian naik ke kedua-dua kaki seterusnya ke seluar hitam pangkal peha lalu naik ke badan yang mengenakan t-shirt hitam lengan pendek dan jaket hitam di bahagian luar sebelum berhenti di wajah yang tidak mengenakan sebarang solekan berat kecuali lip tint merah sakura dan celak.

Riak muka marahnya berubah serta merta!

          "Tell me...why you people keep pushing me to my limit? Are you guys stupid enough?" soal Reeya sambil melentokkan kepalanya ke kanan. Memandang judging akan Ashlin waktu itu.

          "Siapa kau panggil bodoh hah perempuan!" marah Ashlin. Reeya berkerut kening lalu membuat muka seperti orang bersalah, terus tangannya di bawa ke dada. "I'm sorry I hurt you feelings when I call you stupid."ucapnya dengan nada orang bersalah. Namun begitu air mukanya terus berubah dengan senyuman sinis di bibir. "Aku ingat kau memang dah tahu?"dengan kasar Reeya mencekau kolar belakang baju pelajar lelaki itu dan menarik pelajar tersebut bangun.

          "Jangan nak masuk campur budak hingusan. Kau jangan berani nak lawan aku! Kau tak kenal siapa aku!"arah Ashlin dengan tegas, tetapi melalui renungan mata Ashlin gadis itu kelihatan teragak-agak.

Pelajar lelaki lelaki itu mengecilkan badan ketakutan saat tangan Reeya hinggap di bahunya. Nak dibandingkan Reeya dengan Ashlin, pelajar lelaki itu lebih takut pada Reeya! Gadis ini adalah masalah!

             Reeya tunduk memandang muka pelajar lelaki itu lalu berkata. "Jadi orang yang lembut hatinya dalam dunia ni ada limitnya kau tahu...yang mana kau tak boleh langkau atau kau akan di ambil kesempatan ke atasnya samaada pada diri kau atau orang lain...Hidup dekat sini, jangan jadi macam tu. Sini umpama padang peperangan. Umur dan saiz tak penting...apa yang penting siapa kuat dia hidup..siapa lemah diinjak. Ingat tu."kata Reeya yang cuba memberi kesedaran pada junior itu.

Pelajar lelaki itu pandang ke lantai dengan renungan penuh ketakutannya. Dia dalam diam memegang hujung bajunya mencari kekuatan.

Semua yang ada di sekitar koridor itu mendiamkan diri. Masing-masing rasa tertarik dengan scene yang sedang berlaku di depan mereka.

Rahang Ashlin berketik kerana hendak hilang sabar saat itu. Dia berasa tercabar dengan kehadiran dominan Reeya di situ.


✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now