54.

382 49 2
                                    

✳️✳️
❇️  MINIONS  ❇️
✳️✳️

Inilah dia. Rutin setiap kali dia berada dalam kafe ini. Selain buat kerja biasa sebagai staf, tugas dia di sini juga adalah untuk mendengar rakan sekerjanya bercerita dengan megah sekali betapa bagusnya dan sempurnanya hidup dia.

Waktu rehat tak ubah macam waktu kerja. DIa nak ambil nafas pun tak boleh gara-gara Amanda dekat depannya.

Waktu itu kafe lengang dari pelanggan sebab sudah lepas waktu tengah hari. Jadi kebanyakan pelangan sudah pun berada di tempat kerja masing-masing. Amanda dan Reeya sedang berdiri di belakang kaunter sedang mengilap gelas dan sudu garfu.

          "Kau tahu...aku rasa adalah wanita paling bertuah dekat dunia ni sebab dapat teman lelaki macam dia..."ujar Amanda dengan over, sampaikan dia menekap kedua-dua tangan ke dada dan memejamkan mata.

          Di dalam hati Reeya dah mengutuk-ngutuk. Yalah...Amanda nak menunjuk dekat dia kenapa?Bukannya dia peduli pun. "Oh ya?Kenapa?Dia buat apa pula kali ni?"tanya Reeya dengan muka funny. "Macamlah dekat dunia ni kau seorang jer ada teman lelaki."detiknya.

         Amanda menyinsing lengan bajunya untuk menunjukkan gelang tangan yang berada di pergelangan tangan. "Dia belikan ada dua set gelang tangan Chanel edisi terhad. Ianya hanya ada tiga di dalam satu negara..."tunjuk Amanda dengan bangga.

Reeya pandang gelang di tangan Amanda dan membuat muka tertarik walaupun dia tak rasa apa-apapun masa tu.

           "Wow...cantiknya. Bertuahnya kau kan dapat boyfriend romantik macam ni"komen Reeya dengan muka dibuat-buat macam dia berminat dengan perbualan mereka itu. Ikutkan hati memang dia tidak peduli, tapi nak jaga hati punya pasal dia angguk-angguk gelengkan aje apa yang Amanda ceritakan.

Amanda menarik senyuman bangga saat membelek gelang tangan itu dengan minat.

Waktu itu bunyi kerincing kedengaran, menandakan pintu kedai terbuka. Amanda yang terlebih dahulu mengangkat kepala bersuara. Selamat da...kata-kata Amanda terhenti di situ taktala matanya terarah pada lelaki kacak lampai yang berjalan masuk ke dalam kafe itu sebelum memandang ke arah kaunter dimana Reeya dan Amanda sedang berdiri ketika itu.

           "Hai selamat datang."ucap Amanda dengan ceria.

Sapaan itu membuatkan Reeya mengangkat kepala memandang ke depan kaunter sebelum bertentang mata dengan mata yang sepasang persis seperti miliknya.

Penampilan Rain yang sentiasa ibarat model keluar dari majalah telah menyebabkan Amanda dumbstruck dengan kemunculannya di situ. Efek sama seperti mana peminat Rain selalu kena bila bertemu dengan jejaka hot itu.

Melihat Reeya di belakang kaunter itu, Rain angkat tangan memberi sapa.

Sementara itu Reeya hanya pandang tidak berminat akan Rain sehinggalah abang dia tiba di hadapan kaunter itu. Serta merta bau minyak wangi kegemaran lelaki itu menerpa hidungnya.

          "Kau bawa kereta apa, Rain?"tanya Reeya serta merta sebaik saja Rain berdiri di depannya.

           "Kau pakai kereta aku. Nanti Noah tumpangkan aku...."

           "Kau orang nak ke mana ni?Memang jenis tak reti nak duduk rumah ke?"bebel Reeya di situ. Haih...nak suruh tumpangkan dia balik pun susah. Ada saja la halnya.

Sementara dua beradik itu berborak, Amanda di sebelah Reeya pandang silih ganti akan Rain dan kawan sekerjanya itu. Hairan dan tertanya-tanya. Yalah, hari tu,Noah kemudia  Zen...sekarang Rain?Memangnya lelaki kali ni siapa pulak? Matanya berkedip-kedip kerana berasa di pinggirkan dekat situ sewaktu Reeya tidak bergerak hendak memperkenalkan dirinya kepada jejaka lampai di hadapan kaunter waktu itu.

           "Kita orang nak ke kelab.."jawab Rain sambil menyerahkan kunci kereta pada Reeya.

            Kening Reeya berkerut saat dia melihat kunci yang diletakkan atas tapak tangannya. "Minyak dah isi belum?Entah kenapa aku rasa macam ada udang sebalik batu sekarang ni....."dia mengecilkan mata saat perhatikan wajah Rain.

             Tersengih goofy, Rain ketawa. "Well...minyak tu cukup untuk bawa kau ke stesen petrol terdekat. So...top up kan untuk aku ya."beritahunya.

Reeya buat muka hendak mencarut bila dengar. Dah agak punya. Bukan dia tak tahu perangai Rain ni. Abang dia kalau tak tapao duit dia untuk isi minyak kereta dalam sehari tu bukan Rain Storm namanya!

           "Kau memang sengajakan!"kain lap yang dipegangnya di pukul ke Rain. Geram denga Rain kerana susahkan diri dia untuk driver dan parkir kereta dekat petrol pam tu sebab dia lemah sikit bab isi minyak kereta ni! Kalau bukan kerana malam nanti akan hujan dia tidak mahu berjalan kaki balik seorang diri, Reeya terpaksa minta Rain bawakan kereta ke kafe supaya dia dapat pulang dengan selamat. Tapi ianya tak semudah yang dia mahukan!

             "Okay la. Aku gerak dulu...and also thank you...nanti drive elok-elok. Kita orang balik lewat malam. Kau kunci pintu..dengan tingkap semua.."pesan Rain sebelum menarik kepala Reeya lalu mengucup dahi adiknya sebelum berpaling dari situ dan keluar dari situ tanpa mengerling sedikit pun.

Reeya melepaskan keluhan malas sebelum menyeluk kunci itu ke dalam poket seluar skinny jeannya. Seronok jadi Rain. Lelaki tu nak berhibur ke nak buat aktivit lasak atau melancong semuanya tak ada halangan. Sementara dia itu tak boleh ini tak boleh. Itu bahaya, ini tak elok! Pening jadi Reeya Summer ni!

                "What the hell?Siapa abang hot tadi?Kereta?Rumah?"soal Amanda bernada terkejut.

Reeya memandang pelik ke arah Amanda. Matanya naik turun judging akan reaksi Amanda.

          " Abang hot?"celah mana hotnya. "Aku rasa kau kena check mata kau tu.."kenapa orang yang berjumpa dengan mana-mana tiga minion tu dikatakan hot?Please la. Dia dah duduk sebumbung dengan setiap seorang tu tak boleh nak brain bila orang puji macam tu. Tiga minion tu dah macam orang gua ada la. Suka tak berbaju. Menjerit terpekik terlolong macam orang tak bertamadun terutama sekali masa nak makan atau main game? Itu yang dikatakan hot?

            "Kau tinggal dengan lelaki?Satu bumbung dan  saling berkongsi kereta?Kau tak pernah beritahu aku pun kau ada boyfriend?"soal Amanda dengan beria-ria. Teruja betul dia sebab Reeya akhirnya seperti gadis normal. Selama ini dia ingat Reeya suka menyendiri kerana sikap dingin gadis itu!

Tidak memberi sebarang respon Reeya menggeleng kepala. Dia tak berapa gemar sangat bercerita hal peribadi atau sesiapa yang berkaitan dengan hidup dia kepada orang.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now