58.

421 53 6
                                    

✳️✳️
❇️ HUKUMAN❇️
✳️✳️

"Kenapa kamu lakukan semua ni Reeya?Memangnya kamu ni lelaki ke perempuan sampai nak pukul orang begitu tanpa fikir kesan dan akibatnya?"

"Bukan salah Reeya!Kalau budak lelaki tak cuba nak pegang Reeya, Reeya takkan tumbuk muka berlagak bagus dia tu.."

"Tak bermakna kamu perlu buatkan dia masuk ke hospital kerana patah tangan."

"Gosh!Old man please! Berhenti boleh tak. Papa ada dekat tempat Reeya ke masa hal tu berlaku?Tak ada kan?Papa tak tahu apa Reeya hadap masa tu.."

"Kamu tu datang sekolah untuk belajar Reeya. kalau begini ceritanya apa papa nak buat dengan kamu!" Sejak Reeya sedar dari koma, sikap anak gadis dia ini begitu ektrem dan sukar dibendung apalagi dikawal. Hampir hari-hari tekanan darah dia naik.

"Sudah la tu Reeya. Kau dengar aje la papa cakap. Nak melawan kenapa?"tegur Rain.

"Kau diam!Kau tak nampak apa budak lelaki miang tu cuba buat pada aku. Dia nak raba aku ikut suka dia. Kalau Ikutkan hati bukan tangan aje aku patahkan tapi dengan kaki dan tengkuk dia sekali biar tak bangun terus!"

"Cukup kamu berdua."

"Kau memalukan aku dekat sekolah tahu tak. Mana ada budak perempuan berusia 17 belas tahun hari-hari kena panggil ke bilik disiplin sebab masalah tingkah laku?Orang semua cerita yang bukan-bukan pasal kau!"

"Berapa kali aku nak beritahu!Kalau bukan aku mulakan dulu. Aku takkan patahkan tangan lelaki tak guna tu!"

Sambil memicit dahinya yang sedang berdenyut, Encik Hill buat muka kesalnya semasa memandang wajah marah Reeya. Tanpa berlengah dia pegang kedua-dua belah bahu itu. Memaksa anak bongsu kesayangannya pandang tepat ke muka. "Sayang..dengar sini."

Kening Reeya berkerut waktu itu. "Kenapa?"

"Berhenti hukum diri kamu begini Reeya. Papa tahu papa salah...kalau kamu mahu marahkan saja papa. Pukul papa. Maki papa semahu kamu. Selama yang kamu nak. Tapi berhenti...tolong berhenti sakiti diri kamu sendiri. Berhenti salahkan diri kamu untuk perkara yang bukan salah kamu."

"Kalau macam tu kenapa Reeya boleh hilang ingatan?"

"Kan papa dah beritahu sebab kamu kemalangan..."

"Itu aje?"

"Iya sayang. Maafkan papa sebab tak dapat nak jelaskan lebih lanjut mengenainya. Apa yang kamu kena tahu, ianya salah papa kamu hilang ingatan. Jadi kamu nak bencikan papa...nak marahkan papa. Buatlah sayang. Papa terima dengan berlapang dada..."

Bersama linangan air mata turun ke pipi Encik Hill tenung lama wajah Reeya yang terlantar dalam bilik ICU. Disebabkan keadaan kritikal yang dialami Reeya. Mana-mana pelawat luar tidak dibenarkan untuk masuk ke ruangan tersebut atas alasan keselamatan dan kebersihan. Jadi nak tak nak terpaksa Encik Hill perhatikan melalui dinding kaca ruangan tersebut.

Hampir dua jam selepas dia pulang dari penerbangannya, Encik Hill luangkan masanya di situ.

Tangannya mengepal erat jari jemari kerana tidak tahu hendak bagaimana lagi atasi perasaan remuk redamnya melihat keadaan anak bongsu dia terlantar untuk kali kedua.

Esak tanggisnya semakin lama semakin menjadi-jadi. Elok tiada suara yang keluar, akhirnya dia mula tersedu-sedan. "Maafkan papa Reeya...maafkan papa nak..."ucapnya dengan perlahan sebelum tunduk bercangkung di depan dinding kaca tu dengan sebelah tangan memegang rel besi untuk menyokong diri dari terduduk di situ.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa berkecainya hati dia melihat satu-satunya anak perempuan yang dia tatang bagai minyak yang penuh terlantar tidak berdaya di atas katil untuk kali kedua.

"Ianya bukan salah awak...."Puan Haley di sebelah Encik Hill ikut bercangkung.Memeluk belakang badan itu sebelum kepalanya di sandarkan ke bahu itu.

"Saya tak kuat Haley...sumpah. Saya tak kuat lihat Reeya terlantar sekali lagi macam ni. Kenapa Reeya...apa salah dia pada dunia ni sampaikan dia ditimpa kemalangan sekali lagi..."nangis Encik Hill dengan tidak berdayanya. Dia peluk tepi lengan Puan Haley penuh terdesak.

Ekoran tanggisan Encik Hill itu, Puan Haley turut menjadi sebak dan mengalirkan air mata. "Bersabar la Hill...setiap kejadian yang berlaku ada sebabnya.."

Encik Hill menggeleng kepala. "Tak kali ni...doktor beritahu Reeya mungkin takkan dapat sedarkan diri lagi. Dan dia mungkin akan terlantar sampai bila-bila..."nangisnya tersedu kuat. Sukar sekali untuk dia mengatur ayatnya waktu itu.

Kata-kata doktor tadi masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.

Bersama bibir terketar-ketar Puan Haley pegang muka Encik Hill lalu di bawa ke depannya. Bila mereka saling bertentang mata, barulah air mata Puan Haley lebat turun ke pipi. Dia begitu sedih melihat wajah devastated suaminya yang telah banyak berkorban demi anak bongsu lelaki itu. Nampak sangat yang Encik Hill sangat mencintai Reeya.

"Kita bawa Reeya ke hospital yang lebih maju...kita dapatkan rawatan disana. Jangan putus asa. Awak kena tahu Reeya seorang anak yang kuat. Kalau dia boleh tempuh koma selama 2 tahun, dia pasti boleh tempuhi untuk kali ni..okay?"angguk Puan Haley memberi semangat kepada suaminya itu.

"Saya tak kuat...sumpah...saya tak boleh tengok Reeya jalani proses tu lagi...cukup sekali. Tolong la..cukup sekali aje..jangan lagi."air mata Encik Hill deras mengalir di pipi tua itu tanpa henti.

Puan Haley mengangguk kepala sambil menyeka air mata dari pipi Encik Hill. "Saya tahu...saya tahu Hill...kuatlah. Demi Reeya. Demi keluarga kita.."nangisnya di situ sebelum menarik Encik Hill ke dalam pelukan.

Encik Hill kembali memeluk Puan Haley sebelum menyambung nangisnya yang tidak berlagu.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now