39.

400 58 7
                                    

✳️✳️
❇️ TRAUMA ❇️
✳️✳️

Dia baru pulang dari sekolah dari basnya semasa dia Nampak beberapa buah kereta polis tersusun di hadapan rumahnya. Dalam keadaan bingungnya dia perlahan-lahan dekati kumpulan pegawai polis yang berdiri di situ bercakap sesama mereka atau berbisik dengan riak serius mereka.

          "Apa yang dah berlaku Rain?"tanya Noah di sebelah Zen waktu itu. Sama seperti Rain mereka juga kebingungan.

          "Ramainya polis?"gumam Zen sendiri.

         "Aku tak tahu.."geleng Rain semasa dia nampak pintu rumah terbuka lalu muncul papa dia dengan wajah devasted dan basah dengan air mata.

Dari situ dia dah tahu apa yang berlaku!

Sesuatu yang dia fikir takkan pernah terjadi akhirnya terjadi juga!

Serta merta air mata bergenangan di empangannya. Rain jatuhkan beg latihan bola sepaknya lalu berlari ke arah Encik Hill di pintu masuk itu.

Tak!

Tak mungkin!

          "Papa mana Reeya?"tanya Rain memegang lengan ayahnya itu.

Encik Hill pandang wajah Rain saat air mata turun ke pipi dengan deras. Kemunculan Rain di situ telah menyebabkan lelaki itu jatuh terduduk ke bawah dan menangis teresak-esak dalam keadaan tidak berdaya.

         "Papa!Apa yang dah berlaku?Mana Reeya?"panggil Rain cuba mencari jawapan mengenai adik perempuannya. Jantung di dalam tulang rusuk menghentak kuat ibarat mahu meledak waktu itu juga.

Lantas pegawai polis yang berdiri di hadapan remaja berusia 15 tahun itu bersuara.

         "Mama kamu, Puan Tiana telah menculik adik kamu dari sekolahnya siang tadi. Di bawah pengaruh dadah dan alcohol dia juga telah memandu dalam keadaan berbahaya hingga menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas melanggar pembahagi jalan raya. Adik kamu Reeya tercampak dari kenderaan dan kini dalam keadaan kritikal. Puan Tiana meninggal dunia di tempat kejadian.."

Menggigil seluruh badan Rain waktu itu. Nafasnya naik turun hendak di serang panik. Wajah menakutkan mama dia terus muncul di depan mata. Wajah yang selalu buatkan badan dia berlebam dan berluka!

Ya!

Papa mereka cuba selamatkan mereka dari mama mereka yang abusive dan drug addict itu. Tapi tanpa di duga mama mereka berjaya temui mereka di tempat baru mereka di situ! Kenapa semua ni berlaku! Kenapa mesti Reeya! Adik dia telah hadap cukup dengan perbuatan mama mereka itu. Kenapa!

            "Tak!Papa semua ni tak betulkan?Reeya dia tak apa-apa kan!"nangis Rain sewaktu melutut di depan Encik Hill. Dia goncang badan itu. "Reeya tak apa-apa kan!Papa beritahu!!!!"

           "Maafkan papa Rain. Salah papa sebab datang lambat ke sekolah Reeya. Papa patut datang awal. Kalau tidak semua ni takkan berlaku.."nangis Encik Hill dengan tersedu-sedu kuat.

           Rain cengkam rambutnya sebelum menjerit sekuat hatinya di situ. Dia berlari hendak pergi Namun pegawai polis di situ sempat menangkap badannya dan menjatuhkanya ke atas rumput laman rumah tu. "Lepaskan aku!REEYA!!!!!ARGHHHH!!!!!!!!"

Hal itu telah menyebabkan Noah dan Zen berlari mendapatkan rakan baik mereka itu untuk di bantu.

           "Rain berhenti!"minta Zen.

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now