✳️✳️
❇️ REFRESH ❇️
✳️✳️"So macam mana dengan blind date kau semalam?Aku dengar dari Rain yang Encik Hill aturkan kau sekali lagi dengan anak kepada kenalan kaya dia tu?"soal Zen sambil menggigit besar burger ke mulut.
Noah yang duduk di sebelah kiri Rain mengangkat kepala. Memandang Reeya dengan renungan tidak dapat ditafsirkan. Dengan perlahan dia mengacau minuman dalam gelasnya dengan straw.
"Huh?Lagi sekali?Lelaki tu tak apa-apa ke?"soal Noah yang lebih peduli akan orang yang dijodohkan dengan Reeya memandangkan dia masak sangat dengan perangai Reeya ni. Nampak jer Reeya ni lembut dan normal seperti gadis biasa. Sedangkan hanya orang yang berurusan dengan Reeya aje tahu macam mana Reeya ni sebenarnya.
Zen yang duduk di sebelah Reeya di cafeteria kolej menopang pipi dengan tangan kanan saat dia memandang gadis itu di sisi. Tepi wajah itu di tenung penuh nanti. Menunggu Reeya bersuara.
Mata Reeya melirik ke Rain di hadapannya. Tak adalah teruk sangat. Seperti dating biasa, Keith berkelakuan normal cuma sekejap-sekejap tu cuba nak ngurat dia. Selain tu semuanya okay. Tapi dia takkan beritahu pada mereka hal sebenar sebab tak nak di jadikan bahan gelak mereka.
Yalah..semua orang tahu perangai gangster dia macam mana. Kalau mereka tahu betapa girly perangai dia semasa keluar dengan Keith, sampai 7 keturunan sekalipun mereka takkan berhenti membahan.
"Im flip him off..."jawab Reeya dengan ringkas tanpa memandang tiga lelaki di depannya. Dia lebih fokus pada sandwich di tangannya.
"Kau buat apa dekat dia?"soal Rain dengan kening berkerut. Tak dinafikan dia faham sikap Reeya, Tapi entah kenapa dia rasa macam Reeya mengelak.
Noah yang dengar menggeleng kepala kesal.
Zen pula hanya tersenyum meleret sebaik mendengarnya, dia memberi renungan berminatnya. "Kalau kau berterusan macam ni, tak ada lelaki yang berani nak dekati kau Reeya.."selorohnya semasa menyuap sisa burger ke mulut lalu mengunyah dengan berselera.
Reeya berdengus kecil. Hujung bibirnya terjungkit sinis. Lagi dia suka kalau hal tu terjadi!
"Aku ingat lagi masa kau keluar date dengan seorang lelaki tu.."beritahu Rain termenung sekejap semasa menyuap macaroni cheese ke mulut. Dia pandang Reeya sambil tu. "Budak tu menangis depan papa lepas apa yang kau buat pada dia.."
"Hahaha...aku dah lupa. Apa yang berlaku eh?"Noah pandang Reeya semasa menyedut minumannya dengan straw.
Waktu itu kawasan kafeteria di situ sangat sibuk dan bising dengan suara penuntut lain. menikmati makan tengah hari selepas berjam lama dalam bilik kuliah. Tempat itu la mereka berborak dan meluahkan segala perkara yang berbuku dalam diri mereka.
Reeya, Rain. Zen dan Noah duduk di meja empat kerusi bawah aircond di situ pun lebih kurang saja dengan pelajar lain di situ.
"Well...kau tahulah aku macam mana kan.."Reeya menurunkan sandwich ke dulang makanan sebelum mengesat mayonis yang tersisa di tepi kedua-dua belah bibirnya guna ibu jari dan jari telunjuknya. "Mulanya aku berlagak macam aku ni clumsy..timbulkan bising di sana sini dan pecahkan gelas bagai...rasanya dia tak tahan malu dia pun melenting. Aku pun apa lagi...lawan lah cakap dia..sampailah satu tahap tu..dia nak pergi."cerita Reeya sambil membuat muka sedang berfikir. "Kau tahu kan aku tak suka orang pergi sebelum aku..so aku cakap something untuk lengahkan dia dari pergi...lepas aku cakap tu aku bagi last touch up dekat dia..."Reeya tunduk mencapai sandwichnya lalu di gigit sampai habis. Aku siram air dekat kepala dia sebelum aku blah..."ujarnya sambil mengunyah.
"Ahh...baru aku ingat."angguk Zen. "Budak tu anak CEO syarikat papa kau orang labur."
Mulut Noah terbuka sedikit taktala wajah tergamamnya terpapar. Ya dia pun baru teringat.
"So apa kau buat semalam dengan mamat sengal tu?"'tanya Rain dengan grumpy. Dia geram-geram ratah french fries dari pinggan makan.
Zen dan Noah tersentak dengan serentak. "Mamat sengal?"soal mereka berdua.
Reeya buat muka. Dia pandang menyampah ke Rain sebab abang dia tidak mahu tutup mulut.
"Siapa?"tanya Noah sedikit terganggu.
"Keith Fraser. Anak kepada owner syarikat Samsong. Cucu pada owner kolej kita ni hah."beritahu Rain bernada tidak suka. Ya dia ada buat study tentang Keith Fraser lepas lelaki muka mintak penumbuk tu suruh dia ingat. Tak sangka pulak dia yang Keith orang berpengaruh dalam kolej ni. Tak dapat la dia belasah muka tu!Risau dia end up dalam penjara kalau sentuh anak orang kaya tu.
"Tak ada apa-apa yang istimewa pun."cebik Reeya. "Dia ajak makan kemudian jalan-jalan sebelum balik. Tu je."
"Dia ke lelaki yang kita orang jumpa hari tu?"tanya Noah.
Reeya mengangguk kepala.
"Kau tahu...aku teringat something pulak bila dengar nama tu."Zen pandang Rain lalu ke Reeya. Cuba berfikir semula apa yang dia fikirkan tadi, tapi dah lupa!
"Kan...aku pun rasa perkara sama. Tapi tak sure la bila dekat mana aku pernah dengar nama tu."Rain pandang Zen dengan bersemangat.
Noah terdiam di situ. Dia pandang wajah Reeya sebelum termenung memandang ke satu arah kerana teringatkan sesuatu. "Mungkin kita kenal dia masa kita kecik dulu agaknya. Benda dah lama kan...memang normal la kalau lupa.."
Kenyataan itu buatkan Reeya pandang ke Noah dengan kening berkerut. Kawan masa kecik?
"Ahh...peduli la pasal mamat tu. Apapun Reeya. Kalau dia cuba macam-macam dengan awak.. awak belasah aje dia."beritahu Noah.
Rain memberi renungan mencerun ke Noah. "Bro...jangan kau galakkan dia.."tegasnya.
Noah duduk tegak lantas ketawa kecil. "What?Betul la aku cakap. "soalnya sambil membuat muka tak bersalah. "It's call as self defense. Kan Reeya. "
Reeya mengunyah makanan di dalam mulutnya saat memandang Rain buat muka tidak puas hati. Mula la tu!
"Eh..Reeya. Kau dengar sini."Zen merangkul bahu Reeya lalu membawa Reeya rapat ke rusuknya. "Kalau kau dating dengan mana-mana lelaki and if only want your breast,legs and tighs send him to KFC..." selorohnya dengan muka serius yang dibuat-buat.
Reeya yang dengar ketawa kecil. Dia pandang funny ke Zen sebelum menggeleng tak percaya.
"Zen...kau ni pun satu bukannya tegah dia malah galakkan lagi.."gerutu Rain.
Rain menggeleng kepala, dia dah tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan kawan-kawannya itu.
✳️✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...