61.

492 56 1
                                    

✳️✳️
❇️ MOVE FORWARD ❇️
✳️✳️

Begitu la kehidupan yang seterusnya selepas masuk bulan kelima.

Seakan tiada apa-apa yang berlaku. Semua orang jalani kehidupan masing-masing dengan cara yang mereka kehendaki.

Rain sibuk dengan latihan pasukan bola keranjangnya. Sambil itu dia fokus pada pembelajarannya kerana peperiksaan akhir semesternya semakin hampir. Dari satu pertandingan ke satu pertandingan Rain cuba juarainya. Dan setiap kali dia menang akan dia bawa piala dan pingat yang diperoleh untuk diceritakan kepada Reeya di hospital. Kalau hendak hilangkan kebosanannya, Rain pilih untuk mengulang kaji di dalam bilik rawatan tu setiap kali dia melawat.

Noah juga sibuk dengan latihan besbol lelaki itu. Impian menjadi pemain professional buatkan tekas Noah semakin berkobar-kobar setiap hari. Dan dengan sokongan Reeya dalam kepala dia telah lulus pusingan kelayakan dan temu duga untuk ke univerisiti suka keinginan dia. Dari situ Noah sibuk dengan latihan dan rutinnya sebagai pemain besbol.

Zen tak lupa jugak. Lelaki tu yang mengambil jurusan perundangan banyak luangkan masa dengan assignment dan pratikal dia di syarikat guaman keluarga lelaki itu. Dari kuliah, kuiz dan exam. Jadual dia sepadat rakan-rakannya yang lain.

Dibalik kesibukan itu mereka bertiga manage untuk bertemu dan lepak bersama disamping berkumpul sama di dalam bilik rawatan menemani Reeya di situ. Berborak seakan gadis itu sedar dan boleh balas semula perbualan mereka itu. Mereka lakukan hal yang biasa mereka lakukan untuk kurangkan kekosongan yang bersarang dalam hati masing-masing.

Walaupun dalam kesedihan, mereka cuba gagahkan diri untuk bina hidup yang lebih baik. Supaya bila Reeya sedar nanti, mereka boleh bekalkan Reeya perhatian dan keselamatan yang lebih baik lagi.

Selepas kemalangan Reeya, Rain telah berjumpa sendiri dengan bos tempat kerja Reeya. Memaklumkan akan kejadian yang menimpa Reeya untuk makluman mereka kenapa Reeya tidak akan lagi bekerja di situ. Berita itu disambut penuh sebak oleh Amanda. Rakan sekerja Reeya selama itu. Gadis itu menangis tidak berhenti sampaikan hampir hendak pengsan akibat terkejut.

Siapa sangka kan...ramai-ramai dalam kolej tu ada jugak yang perasan bila Reeya tidak lagi ke situ...

       "Keith!"panggil Ashlin dari arah belakang.

Tersentak dengan panggilan itu, Keith berpaling. Dia toleh memandang ke kanannya sebelum melihat Ashlin sedang berjalan cepat mendekatinya.

         "Gosh!Laju betul awak berjalan."mengah Ashlin sebelum tersenyum cantik pada Keith.

Dengan renungan tidak berminatnya. Keith tenung laman akan Ashlin. Menunggu gadis itu sampaikan apa saja yang Ashlin mahukan dari dia.

           "So...awak sendiri aje?Mana Reeya?Bukan ke awak selalu berkepit dengan dia?"

           "Kenapa kau nak tahu?"tanya Keith dengan mendatar.

           Ashlin ketawa kekok. Dia memandang kanan dan kiri mereka cuba nak cari ayat sesuatu sebelum berkata. Well...memang la dia bermusuhan dengan Reeya sejak awal lagi, tapi tak bermakna dia tak pedulikan. "Yalah...aku perasan senjak dua menjak ni kelibat perempuan tu tak ada langsung?"

Dengan senyuman nipis Keith mengangguk kepala faham. Ingatkan tiada siapa akan tanya.

           "Reeya ada dekat hospital sekarang ni. Dia koma sejak kemalangan berantai yang berlaku beberapa minggu yang lepas"beritahu Keith.

Air muka Ashlin berubah serta merta.

           "Ko-koma?"ulangnya terkejut.

           "Kau mesti happy kan...musuh kau dah tak akan ganggu kau lagi."senyum Keith.

            "Awak ingat saya ni sekejam tu ke?"cebik Ashlin dengan kening mencerlung tak puas hati.

             Mata Keith turun memandang ke lantai di tepi lengan Ashlin. "Aku bagi pihak Reeya...minta maaf. Kalau selama ni dia sakitkan hati kau...sukarkan hari kau. Maafkan dia.."ajunya.

             Sentap Ashlin bila dengar. Dia sedar selama ni bukan Reeya yang buat jahat padanya. Dia hanya cemburu pada Reeya. Jadi yang bersalah sekarang adalah dirinya. "Teruk sangat ke keadaan Reeya?"

            "Aku tak boleh nak cakap apa-apa. Yang aku boleh beritahu, Reeya mungkin takkan bangun lagi lepas ni. Sebab tu aku mewakili dia harap kau akan maafkan setiap salah silap dia.."

            Tercebik bibir Ashlin kerana dia berasa sedih tiba-tiba dengan ucapan Keith. "Kau ni...Reeya koma aje. Dia boleh sedar bila-bila masa.."

           "Mm...aku harap dia sedar."angguk Keith. "Kalau tak ada apa-apa aku pergi dulu."

            Ashlin berdiri kaku di situ tidak bergerak memerhatikan langkah Keith menjauh darinya. Semakin lama dia perhatikan semakin menjauh kelibat lelaki itu. "Aku pun minta maaf.."ucapnya sendiri di situ dengan perlahan sebelum mengetap gigi menahan diri dari bersedih. Perempuan gangster macam Reeya tu takkan mengalah dengan mudah. Dia yakin, musuhnya itu akan sedar tak lama lagi.

✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now