27.

412 45 3
                                    

✳️✳️
❇️ MASA LAMPAU ❇️
✳️✳️

Geram-geram pintu lokar itu di tutup setelah buku teks untuk kelas seterusnya di ambil oleh Reeya.

Serius! Apa masalah Keith tu!

Gadis itu baru sahaja berpaling hendak berjalan tersentak apabila melihat tiga lelaki lampai jalan ke arahnya dengan derap langkah seperti mahu menginjak kepala sesiapa yang menghalang laluan mereka. Terutama sekali lelaki merenung ke arahnya dengan renungan membunuh.

Oo!Oo!

Lupa pulak pasal yang satu ni!

         "Where the f*ck have you been?"tanya Rain dengan keras saat dia jalan mendekat lalu merentap lengan atas kanan Reeya dengan kuat ke arahnya. "Kau tak reti ke nak jawab call atau balas mesej aku?"

Tidak bergerak dari situ, Reeya hanya diam di situ memandang wajah tegang Rain. Ni lagi seorang!

Serius tak kira berapa kali dia pandang muka abangnya ini tiada secebis ingatan yang tersisa dalam kepalanya dia mengenai kehidupan masa kecilnya bersama Rain. Buatkan dia tertanya-tanya. Betul ke Rain ini abang dia!?

         "I'm worry sick of you Reeya!Macam mana kalau sesuatu berlaku pada kau?"Rain goncang lengan Reeya yang dicengkam itu.

Noah dan Zen di situ tidak masuk campur.

           "I'm fine Rain."renggus Reeya menarik lengannya dari cengkaman itu. Tali begnya di bawa naik ke bahu selepas itu. Kalau dia lupa tentang zaman kanak-kanak dia, itu bermakna pasti dia telah lupa orang yang dia sayang dan pernah suka pada waktu yang sama.

            Kening Rain mencerlung marah. Dia pegang bawah dagu Reeya lalu di tilik wajah itu dengan kasar. "Kenapa dengan kau?"bila dia perasan mata Reeya kelihatan sembab dan merah, kening itu semakin mencerun tajam. "Kau menangis?"

           Ya. Menangis sebab tertekan hendak ingatkan semula memori yang hilang.  "Mana ada."Tidak kuasa hendak bertekak mahupun cipta scene di koridor yang sibuk dengan pelajar lalu lalang di situ, Reeya gerakkan kepalanya ke tepi untuk bebas dari cengkaman di dagunya itu. "Aku tak apa-apalah.."

Zen yang mendiamkan diri sejak tadi perasan ada yang tak kena pada Reeya. Adakah pelan Reeya gagal lagi?

           "Reeya...mana kau dah pergi?Aku tengok kau dah tak ada dalam bilik awal pagi tadi...call tak angkat. Mesej tak reply!"

           "Kau nak apa cari aku?Macam la tak dapat jumpa aku langsung.."Reeya sandar di lokar itu. Menghadap tiga orang lelaki yang sedang mengelilinginya waktu itu. Tangannya di silang ke dada.

           "Aku dapat tahu bilik persalinan pasukan ragbi kena prank. Dia orang tuduh kumpulan aku untuk tu. Teringat kau yang suka cari pasal...aku cuba cari kau..nak tamya pasal ni..."tanya Rain dengan mimik muka orang marah tapi kedengaran risau yang amat sangat. "Kau cuba buat hal lagi ya?"

Imbasan wajah marah Keith serta merta terlintas di depan matanya. Aish!Semuanya salah Keith dia jadi begini! Apa maksud Keith tu!?Dia pura-pura?Pura-pura apa?

Reeya pandang ke arah lain.

         "Aku keluar awal pagi tadi lepas jogging...tak balik rumah, aku terus ke sini.."jawab Reeya dengan mendatar. Dia masih tidak habis fikir, perkara penting apalagi yang ingatan dia telah hilang?

         Zen mencekak pinggang sebelah tangan saat tangan sebelah lagi menguak rambutnya ke belakang. "Habis tu tak boleh nak jawab call...takpun sekurang-kurangnya beritahulah kau ada dekat mana?"keluhnya.

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now