46.

385 53 0
                                    

✳️✳️
❇️ KESAL ❇️
✳️✳️

      "Beritahu aku...kenapa kau buat semua tu?"tanya Rain.

      "Video kau dah tersebar luas dalam kampus...even aku ada pengaruh nak hapuskannya, ianya takkan dapat bantu kau Reeya?"beritahu Zen.

       Noah pandang kesal ke Reeya. "Kenapa awak bersungguh sangat nak susahkan diri macam ni Reeya?

Ya!Dia pun tertanya-tanya kenapa dia bersikap degil dan nekad begini hanya untuk susahkan diri. Sejak dia sedar yang dirinya tidak lagi mengingati sebarang memori sepanjang hayat dia membesar, dia telah develop satu perasaan aneh iaitu geram dan marah selepas beberapa tempoh kerana tidak boleh ingat apa yang terjadi sebelumnya. Kerana itu dia cuba memberontak. Sebolehnya dia mahu semua orang bencikan dia. Termasuk Rain, Noah dan Zen. Supaya mereka tinggalkan diri dia sendiri. But little did she know, Reeya tahu semua usahanya itu tiada guna langsung!

          Tidak terkesan dengan marah mereka di situ Reeya hanya buat muka innocent seperti selalu dia. "He call me sl*t...."luahnya. "Dia cakap aku keluar dengan kau orang silih ganti, yang memburukkan lagi keadaan artikel mengenai pertunangan aku dan Kieth tersebar sana sini. Semua orang fikir aku adalah perempuan murahan yang di bayar untuk dekati kau orang...selama ni semua orang dalam kolej fikir, itulah cara macam mana aku boleh survive dekat kolej ni..so Jacquin plan nak ajak aku keluar kalau aku sudi temankan dia...dan dia kata dia akan bayar aku...should I kill myself then if I can't smack him?"kelakar betul dia perhatikan mereka bertiga ni. Suka hati la kalau dia kena buang atau kena gantung atau kena saman. Dia dah cukup jengkel dengan apa yang berlaku sekarang ni!

         "Tak bermakna kau patut tunjuk scene depan orang ramai"deram Rain.

         "Dia cakap apa?"soal Zen dengan kening berkerut.

         "Jacquin tu kan, apa masalah dia sebenarnya?"deram Noah yang memandang ke arah pintu sambil mencekak pinggang sebab marah.

         "Lagipun dia sakitkan hati aku yang dah sedia jengkel...salah dia jugak cakap macam tu dekat aku...aku apa lagi..lepaskan lah geram aku dekat dia...alang-alang aku pun tengah stress sekarang. Nasib baik aku tak patahkan tangan dan kaki dia tadi.."kata Reeya dengan selamba.

Rain tunduk mengurut dahi dengan tangan kanannya saat menggeleng kepala. Reeya ni tak habis-habis nak buat dia risau. Kenapa la adiknya ini begitu degil dan tidak mahu mengalah.

           "Kenapa kau buat semua ni?Adakah kau cuba balas dendam sebab kita orang tak beritahu kau apa yang kau nak tahu selama ni?"soal Rain.

           Reeya ketawa kecil. "Most of it yes....but the real reason is I'm just sick of myself.."beritahu dia dengan reaksi funny di wajah.

           Zen melepaskan keluhan letihnya. "Penting ke untuk kau tahu apa yang terjadi sebelum kemalangan tu?Ianya takkan beri apa-apa perbezaan Reeya. Jadi tolong la berhenti letakkan diri kau dalam bahaya." pintanya dengan letih.

Kata-kata Zen itu buatkan Reeya bercemberut aneh.

          "Dengar sini..Reeya..kau tahu tak kalau benda ni sampai dekat papa apa yang dia akan buat?" soal Rain sewaktu perlahan-lahan mengangkat kepala dan memandang letih ke Reeya.

           Reeya menjungkit bahu tak kisah. "I don't   care...that old man is not my problem." balasnya. Dia nak tengok dapat tak Keith bersihkan nama baik dia untuk masalah kali ni. Rasanya kalau Keith hadap banyak masalah dari dia pasti lelaki itu akan batalkan niat untuk melangsungkan pertunangan mereka nanti!Heh!

           "Reeya..."panggil Noah bernada letih. "Please lah jangan macam ni..papa awak akan ketatkan lagi peraturan dekat awak....awak tahu tak betapa susah payahnya kita orang cuba untuk pastikan awak dapat jalankan kehidupan normal sebagai seorang gadis remaja?"

Zen menyilang tangan ke dada saat memberi renungan mencerun ke arah Reeya.

           "Kenapa kau nak sangat keluar dari sini?"soal Zen selepas mendiamkan diri seketika.

            Kepala Reeya berpaling pantas ke arah Zen. "Sebab aku tak nak ada dekat sini lah. Apa lagi."

            "You have to be here Reeya... graduate and be what father want you to be...why you can't even give it try?Instead wasting your time doing this and that?"tegas Rain menunding-nunding di atas lantai.

Reeya dongak memandang Rain pula dengan kening mencerun.

Rimas.

Rimas dengan semua!

Asyik-asyik benda yang sama!

Mereka tiada di tempat dia!

Jadi semua orang tak tahu apa yang bermain dalam fikiran dia sekarang ni!

            "No! I will be what I want to be...not what he want me to be...and you as my brother should be the one who support me...not be the one who pushing me to the edge like this!"tegas Reeya dengan mata kemerahan.

Rain tunduk membongkok lalu mencengkam kuat kedua-dua belah bahu Reeya dengan kuat.

           "Kau tak tahu betapa sukarnya situasi aku dengan papa..hanya untuk lihat kau jalani hidup yang normal...kau tak tahu betapa bersungguhnya orang dekat sekeliling kau cuba bantu kau untuk dapatkan semula kehidupan yang kau tak sempat nak jalani gara-gara koma kau tu?"

            Reeya ketawa kecil, dia menolak kasar dada Rain sehingga lelaki itu berdiri tegak dan menjauh dari dia. "Jangan nak buat lawak. Kau baru nak salahkan aku?Rain...memang aku tak tahu apa-apa. Sebab kau orang tak nak beritahu aku apa-apa! So tell me now! You all shut me down. Make me living in the body that I don't even know is it mine or not?Living with the identity that I don't sure is it truth or lie!Do you know how frustrating is that?"

Reeya terus bangun dari kerusi. Berdiri menghadap Rain dengan riak marahnya.

          "Kau nak tahu sangat hah?Kau suka rasa sakit?kau suka ingat perkara tak baik yang dah berlaku dalam hidup kau?Itu yang kau mahu kan?!"bentak Rain sekuat hati di situ.

Melompat terkejut Reeya sebab tidak menjangkanya.

          Marah-marah Rain dekati Reeya, dia cekau kolar baju Reeya lalu menarik badan tu terangkat sedikit ke atas. "Separuh mati aku bernafas untuk tengok kau happy semula!Dan kau hanya buat perangai tak guna ni sebab kau tak boleh nak tahu hal sebenar!" bentaknya lagi sambil mengggoncang badan tu.

          "Rain!"panggil Zen dengan marah semasa mendapatkan rakannya itu.

            Noah apalagi dia cepat-cepat berdiri di belakang Reeya. Tangannya memegang kolar baju Reeya yang dicengkam Rain. "Hentikannya Rain!"

             "Kau kena tahu Reeya!Ada sesetengah perkara tu lebih baik kita tak tahu apa-apa dari tahu hal sebenar!"tambah Rain lagi dengan bengis!

             "Lepaskan Reeya sekarang Rain!"arah Zen dengan tegas.

             Tersengih meleret Reeya waktu itu. "Ha'ah..memang aku nak tahu. Aku suka rasa sakit...kalau kejadian tu tak baik untuk aku ingat, aku sanggup sebab semua tu buat aku faham..daripada dibiarkan bergelap tak tahu apa-apa!"

Terjatuh tangan Rain ke bawah, dia mengetap gigi dengan erat saat pandang wajah Reeya yang begitu berbeza dari Reeya lama yang dia sayangi. Dulu Reeya suka tersenyum dan banyak bergurau. Sejak Reeya hilang ingatan semua karakter tu tiada lagi. Reeya yang kini terlalu menyakitkan hati untuk di handle!

          Tidak dapat membendung rasa kecewa, Rain tidak dapat mengawal air mata dia dari mengalir. "Fine...kau buat la apa kau nak buat.."ucapnya sambil menyeka air mata dari pipi.

Noah dan Zen di situ pandang penuh risau ke arah Rain.

Reeya terkedu sendiri bila lihat Rain menitiskan air mata.

         "Aku gerak dulu.."pamit Rain selepas itu. Meninggalkan mereka bertiga dalam ruangan tersebut.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now