✳️✳️
❇️ Zen ❇️
✳️✳️Krincing!
Bunyi gemerincing kedengaran sewaktu pintu berkaca kafe di tolak ke dalam sebelum seorang oleh lelaki lampai dengan rambut serabut seperti baru di tiup angin berjalan masuk ke situ.
Kehadirannya disambut oleh Amanda. Gadis tersebut kebetulan berada berdekatan. Amanda membetulkan kerusi ke bawah meja semasa dia memalingkan kepala ke arah pintu kafe. Niatnya hendak menyambut kedatangan pelanggan ke situ, Namun dia Terpaku seketika setelah bertentang mata dengan lelaki lampai di depan pintu itu.
Zen memalingkan kepalanya, kanan dan kiri melilau sekeliling kafe itu mencari kelibat seseorang. Katanya ada di sini, tapi bila dah sampai kelibat apa lagi batang hidung pun tak nampak..Dia seluk tangannya ke dalam poket seluar belakangnya.
"Hai selamat datang...boleh saya bantu?"soal Amanda setelah berdiri di hadapan Zen. Senyuman manis terukir di bibirnya.
Lelaki berambut perang cair itu menarik senyuman manis bersama lekukan dalam di pipi membalas sapaan Amanda. "Hai.."balas Zen sambil melihat ruangan kafe itu sambil membawa telefon ke depan mukanya. Langsung tidak memandang staf wanita yang sedang berdiri dihadapannya saat itu.
Amanda yang masih berdiri di depan Zen hanya tersengih seperti kerang busuk, menayang barisan gigi rapinya yang putih.
"Ya...boleh saya tahu encik nak apa?"
"Mmm...saya datang nak jemput "Shortcake."beritahu Zen sewaktu memandang skrin telefon. Ibu jarinya bergerak-gerak menyentuh skrin tu.
Kening Amanda berkerut. "Shortcake?"sebutnya kehairanan.
Zen tersentak lalu ketawa kecil. "Uh..maaf. Itu nama panggilan untuk Reeya. Dia ada tak??" tanya Zen lagi sewaktu lelaki itu memandang Amanda.
"Oh...Reeya...dia ada dekat belakang. Tengah cuci pinggan mangkuk agaknya.." maklum Amanda pada masa yang sama, Reeya berjalan keluar dari bilik belakang sambil menyandang beg ke bahu.
Waktu itu juga Jose jalan seiring dengan Reeya yang mana di sedari oleh Zen tidak lama kemudian. Pandang saja dia ke arah dua orang itu, Zen melihat Reeya sedang berkerut kening semasa lelaki di tepinya itu mengatakan sesuatu.
Amanda buat muka tidak faham. Dia tak tahu pulak Reeya ada boyfriend.
"Reeya.."panggil Zen sedikit kuat hendak menarik perhatian Reeya waktu itu. Dia seluk semula telefonnya ke dalam poket seluar sambil tu.
Bukan sahaja kepala Reeya dan Jose berpaling serentak ke arah Zen sebaik mendengar suara dalam lelaki itu malah beberapa orang pelanggan yang ada di dalam kafe itu turut berpaling untuk melihat tuan punya suara.
Reeya mengatakan sesuatu kepada Jose lalu melambai tangan pada bosnya sebelum mendekat ke arah Zen dimana Amanda sedang perhatikan sejak tadi.
"Hai.."sapa Reeya kepada Zen sebelum memandang ke Amanda dengan hairan. Dah kenapa berdiri dekat situ macam tiang. "Dah lama sampai ke?".
Zen menyeluk tangannya ke dalam poket seluar sambil berkata tu. "Tak adalah. Baru aje sampai. Aku pun baru nak call kau tadi lepas sampai.."
Amanda dan Jose yang lihat hanya memerhati dua pasangan muda dari mereka itu dengan reaksi masing-masing.
"Reeya..siapa ni?"sampuk Amanda ingin tahu. Dia buat muka semasa memandang Reeya waktu itu.
Untuk seketika Reeya pandang Amanda sebelum tersentak sendiri. Oh ya!" Kenalkan..Zen Malique. Zen ini Amanda. Amanda ini Zen."
Zen pandang Amanda lalu balas dengan anggukan kecil. "Hi."
Sambil menyelak anak rambut ke belakang telinganya. Amanda hulur tangan kepada Zen. "Hai.."
Tapi Zen tidak balas huluran itu. Dia malah gerakkan kepalanya memberi isyarat kepada Reeya. "Jom gerak."ajaknya sebelum pusing ke arah pintu.
The heck!Mulut Amanda tergantung kerana tergamam.
Reeya memegang bahu Amanda berasa serba salah dengan sikap jerk Zen itu. Lelaki itu memang begitu. Sebab itu Noah sendiri boleh hilang sabar. Sebab Zen jenis orangnya 'kalau aku kisah baru aku peduli, kalau aku tak kisah memang aku tak hirau'. "Sorry..dia memang macam tu."beritahunya. "Jumpa kau esok Amanda."
Amanda yang dengar hanya melambai lemah saat melihat pasangan itu keluar dari situ dengan pelbagai soalan.
"Bos kau ke tadi?"tanya Zen.
"Ha'ah."
"Asal macam serius je..apa yang kau orang borakkan tadi?"
Reeya berdengus kecil saat pandang Zen. "Tak ada apa-apa yang serius. Dia cuma bincang jadual kerja aku je tadi. So kau nak makan western atau Thai?Kita makan dulu kemudian order sekali untuk Noah."ajaknya saat rangkul lengan Zen yang masih terseluk dalam poket lelaki tu.
"Mana-mana je la...tapi kenapa kau ajak aku bukan Noah?"
Sedia maklum dengan perangai Noah yang satu tu. Kalau Zen ni jenisnya skeptical, Noah pulak jenis yang tak faham apa maksud straight to the point tu. iaitu jenis mulut tempayan. Tak reti nak tutup rahsia. Nak tak nak dia terpaksa jugak ajak Zen. "Sebab lepas makan ni aku nak suruh kau buat sesuatu..."
"Reeya..please jangan kau cakap yang kau-"
"Relaks...nothing serious okay. Aku cuma perlukan tenaga lelaki dari kau."Reeya tepi dada tu beri kepastian.
Zen buat muka judging. Entah kenapa, dari jauh di sudut hatinya, dia dapat merasakan ada sesuatu yang sinister yang Reeya akan lakukan nanti.
✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...