✳️✳️
❇️ MALU GILA ❇️
✳️✳️Berkerut kening Reeya di depan barisan depan kaunter makanan di situ. Rasa seperti mahu benamkan mukanya ke dalam tanah. Malunya hanya Tuhan saja yang tahu.
Kenapa?
Well...lelaki bernama Keith Fraser ni ambil keputusan untuk turun makan tengah hari bersama dengan dia. Yang mana lelaki ini tidak pernah sekalipun jejak kaki dalam cafeteria ni sejak awal lagi sebab suka makan dekat luar.
Jadi pecah rekoh hari itu Keith Fraser turun ke kafeteria. Yang mana telah menyebabkan ke semua pelajar yang tahu siapa Keith sebenarnya menangkap gambar dan mula berbisik sesama mereka seakan baru melihat sesuatu yang menarik di situ.
Ya ampun!
Reeya selak sedikit kolar baju kemejanya ke tepi muka. Berharap dapat menutup sedikit mukanya saat itu kerana ramai sangat yang berkerumun dekat tempat dia sedang menunggu giliran hendak membeli makanan.
Dia acap kali mengerling ke sisinya.
Keith dengan telefon di tangan berdiri dekat kanan Reeya dengan sebelah tangan berada dalam poket hoodie yang dipakainya saat itu. Dia langsung tidak peduli untuk pandang sekelilingnya waktu itu, malah tidak perasan dirinya menjadi tumpuan semua pelajar dalam cafeteria tu.
Curi-curi Reeya intai ke Keith. Dia nak pastikan line clear untuk dia larikan diri dari situ. Menjauh dari lelaki pelik yang tidak henti-henti berkepit padanya seperti Lintah! Belangkas pun tak macam ni la!
Tak kira!Dia tak suka di pandang macam tikus makmal oleh semua orang dalam cafeteria tu!
Masih mengintai di tepinya, Reeya gerak ke tepi dan mahu pusing ke arah kanannya secara sembunyi. beg sandangnya di peluk rapat ke dada dah bersiap sedia nak pecut pergi dari situ. Ingatkan lepas la kan...sebab dia memang dah sure Keith tak perasan!
Sekali, berpusing sahaja Reeya hendak ke tepi, satu tangan muncul di belakang tengkuknya. Mencengkam dengan lembut tapi buatkan bulu roma dia tegak meremang kerana terkejut.
Ahhh!Sh**!
"Kau nak ke mana?"Keith tarik Reeya berdiri di tepinya semula.
Berdiri tegak seperti seorang askar, Reeya pandnag ke depannya dengan muka seperti orang kena sembelit dan mengetap bibir tahan diri dari meronta hysteria dekat depan semua orang! Kenapa Keith ni!Buat dia takut aje la!Takkan la semata mereka berdua di jodohkan lelaki ni boleh sesuka hati nak buat keputusan sendiri dan ganggu ketenteraman hidup dia!
"Lepas la!"gelut Reeya memegang tangan Keith di tengkuknya waktu itu.
Tidak semena Keith jengah kepalanya ke tepi dan mendekat kepala Reeya ke depan mukanya. Tangan masih memegang belakang tengkuk tu. "Kau cuba nak larikan diri dari aku ke?"
"Mana ada!Saya nak larikan diri dari mata semua orang yang tengah pandang kita sekarang ni!"desis Reeya di depan muka tu dengan geram!Berharap Keith sedar apa yang lelaki itu telah lakukan.
Kening Keith berkerut saat dia mula memandang sekelilingnya. Terkenal dengan riak muka tidak suka dan aura penuh amaran dia lirik setiap orang yang sedang memandang ke arahnya. Yang mana menyebabkan dengan serentak semua orang kembali melakukan hal masing-masing. Mereka semua kelihatan takut apabila bertentang mata dengan Keith..
"Lagipun apa saka dah rasuk awak hari ni?Tak pernah-pernah awak ke cafeteria... tiba-tiba aje nak join sekali saya ke sini?Sengaja cari pasal ke apa?"Reeya cuba menjarakkan dirinya dari Keith, tapi lelaki itu sepertinya tidak menunjukkan sebarang tanda mahu lepaskan tengkuknya.
Keith berdengus. "Apa yang nak peliknya?"matanya melirik beri amaran pada mereka yang sedang berlengah di tepi mereka saat itu. Apa pandang-pandang?Tak pernah tengok manusia ke?Cungkil mata tu baru tahu!
Reeya beri senyuman terpaksa pada makcik cafeteria yang sedang berdiri di belakang kaunter tu bila wanita tersebut memerhatikan keadaannya diperlakukan dengan aneh oleh Keith di situ. Sumpah!Dia malu gila masa tu. Tapi dah tak boleh nak buat apa.
"Berikan saya set B dengan air mineral."beritahu Reeya memesan makanannya.
Keith pandang tidak berminat akan makanan di situ. Memang dia tidak pernah makan makanan yang dijual cafeteria. Banyaknya dia makan di luar kampus. Dia ke situ hanya kerana Reeya mahu makan di situ walaupun dia dah offer untuk belanja makan di luar. Kata Reeya ianya membazir makan makanan dekat luar sana. Dari drive keluar minyak keluar duit..satu hal lagi. Itu yang dia terpaksa turun ke tempat yang selama ini memang dia tidak pernah jejakan kaki pada.
"Ini makanan kamu."
"Terima kasih."Reeya gerak mahu menghulurkan duit, tapi Keith terlebih dahulu memberikan kadnya kepada makcik cafeteria. Buatkan makcik itu pandang bingung tidak tahu nak ambil yang mana.
"Guna kad saya."beritahu Keith dengan renungan demanding dia.
"Makcik ambik duit saya.."gesa Reeya.
Nak tak nak makcik itu terpaksa ambil kad Keith dan punch in harga sebelum di serahkan kepada Keith semula.
"Apa kena dengan awak ni?"renggus Reeya semasa memandang bengang ke Keith sebaik sahaja mereka keluar dari barisan tu. Ugh!
"Sana ada meja kosong.."tunjuk Keith tidak menghiraukan Reeya waktu itu.
"Lepaskan tengkuk saya Keith sebelum saya duduk atas lantai ni sekarang."gelut Reeya sebab dia kegelian sejak tadi. Tapi ditahankan aje reaction dia supaya tak Nampak macam kecacingan di situ.
"Kau akan larikan diri.."
"Tak.."
Keith bawa Reeya ke meja kosong yang dia lihat tadi lalu dudukkan Reeya di situ sebelum dia ambil tempat di sebelah gadis itu dengan rapat.
Laju-laju Reeya pandang ke tepinya. Mukanya jelas tunjuk dia betul-betul kerimasan. Serius!Dia tak faham dengan Keith! Sambil tu dia cuba anjakkan dirinya supaya tinggalkan jarak antara mereka berdua.
"Apa kau buat?"pandang Keith dengan bengang bila bahunya tidak lagi berselisih dengan lengan Reeya.
"Apa saya dah buat?"Reeya buat-buat tak faham semasa capai makanan dari pinggannya. Elok dia hendak suap makanan ke dalam mulut, tiba-tiba dia terasa kerusinya di tarik ke tepi sebelum lengannya berselisih dengan tangan Keith sesaat kemudian.
What in the world?
Mata bulat Reeya pandang tak percaya ke tepi muka Keith sebaik sedar apa yang lelaki itu telah lakukan sebentar tadi. Serius la?Keith tarik kerusi dia macam tu aje?Memangnya tak rimas ke Keith berkelakuan begini?
"Kau cuba la jarakkan kerusi ni...jangan salahkan aku kalau kau makan atas riba aku nanti."beritahu Keith sambil memandang skrin telefon menaip sesuatu dengan laju di situ.
Reeya mengalah. Dia tundukkan kepalanya ke bawah dan sambung makan dia tanpa memandang sekeliling lagi. Serius!Kalau boleh dia lawan Keith ni dah lama dia buat. Tapi dia sayangkan hidup dia, jadi terpaksa la akur. Tiba-tiba pulak dia rindukan Rain! Kenapa la time macam ni abang dia tak ada!
Huhuhuhu!
Help!
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
Mcam mana?So far boleh follow tak jalan ceritanya?
Harap you guys like it.
Terima kasih sebab sudi tunggu. Tinta cuma dapt idea bila malam je. itu yang tengah malam baru publish chapter baru.
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...