43.

389 54 0
                                    

✳️✳️
❇️ APA!CALL GIRL? ❇️
✳️✳️

Dari jauh lagi gadis yang mengenakan hoodie hitam dan skinny bersama messy bun di kepala berjalan melintasi kumpulan pasukan ragbi fakulti sukan. Dan salah seorang daripada mereka itu merancangkan sesuatu. Jadi tanpa memikirkan apa-apa seorang pelajar lelaki kumpulan tadi berlari anak mendekati gadis tersebut dan merangkul leher gadis itu seperti gadis itu kenalan rapat dia.

           "Hai princess?"sapa Jacquin, pemain sayap pasukan ragbi tu. Seorang lelaki bertubuh sasa dan tinggi tapi perangai tak ubah seperti angsa. Suka dekati orang tanpa sebab hanya semata nak menyakitkan hati. Alasan kenapa Reeya pernah prank bilik persalinan pasukan ragbi. Semuanya disebabkan Jacquin jugakla! Lelaki lampai yang mempunyai tubuh kegilaan mana-mana gadis mata keranjang. "Free malam ni?"

Ini bukan kali pertama. Sebenarnya sejak tahun pertama lagi. Jadi beef antara mereka berdua sangat la tebal!

Reeya berhenti berjalan, dia memandang ke depan sebelum memalingkan muka ke sebelah kanannya bersama senyuman plastik di bibir. Sedaya upaya menahan diri dia dari patahkan lengan yang berada di bahunya saat itu.

Dah free sangat ke sampai nak kacau orang!?

           "Hai Jacquin...ada apa dengan malam ni?"soal Reeya bernada sarcastic. Dia tak peduli pun. Dan tak nak ambil peduli.

Jacquin menarik sengih menggodanya pada Reeya.

           "Well malam ni aku ada buat parti...kau tahu..benda biasa..."balas Jacquin. "Budak-budak aku ada bawa pasangan masing-masing...dan aku teringatkan kau..."lelaki itu melirik Reeya dari atas ke bawah. "Teman aku untuk malam tu...kalau kau nak aku bayar...jadi call girl aku?"keningnya dinari-narikan penuh maksud tersirat.

           Kening Reeya berkerut, dia buat muka funny sebelum ketawa kecil. "Pardon?What you just say?Pay me?Hahahah...so funny?" selorohnya sambil menurunkan tangan Jacquin dari bahunya. Sesuka hati mak bapak lelaki ni aje panggil dia macam tu! Ingat dirinya ini tiada maruah ke! Dasar si gila s***!Dia menjarakkan diri dari lelaki dengan renungan miang itu.

            Jacquin ketawa kecil. "Jom la temankan aku malam tu...alah kau pun janganlah buat tak tahu pulak..bukannya aku tak tahu pasal kau...kau kan yang suka ke hulu hilir dengan lelaki berbeza ke hulu hilir...sekejap dengan ketua pasukan bola sepak...kemudian dengan ketua pasukan bola keranjang Rain...itu belum lagi dengan kawan side kick dia Noah dan Zen...baru-baru ni..Keith...takkan dengan aku tak boleh pulak. "selorohnya dengan bersahaja.

Mulut Reeya terbuka sedikit sebaik mendengar tuduhan tidak berasas itu. Dada dia berdenyut sakit sampai berpinar-pinar rasa pandangan dia waktu itu.

Bahana tak beritahu sesiapa hubungan sebenar dia bersama Rain dan mereka berdua yang lain. Yalah buat apa dia nak beritahu, benda hal peribadi kut...nak canang dekat orang yang tak dikenali buat apa?Menyusahkan betul!

           "Itu kan cara kau survive dalam kolej ni...mana mungkin perempuan kelas bawahan macam kau boleh support untuk belajar dalam kolej ni...malah kau duduk sebumbung dengan tiga orang lelaki tu kan..tak cukup lagi dengan berita kau bakal bertunang dengan cucu owner kolej ni?Wah..hebat la jadi kau ni Reeya."Jacquin selak anak rambut Reeya ke belakang telinga sambil tu.

Dasar lelaki mulut longkang!Reeya mengepal penumbuk dengan erat dan kuat. Dia dah bersedia nak tumbuk rahang tu biar rongak terus!Sumpah!Darah dia sudah menggelegak ke tahap maksimum semasa mendengar tomahan yang di lontarkan oleh Jacquin terhadapnya.

        "Kau-"Baru sahaja Reeya hendak membuka mulut namanya di panggil dari arah jauh tidak semena.

         "Hei!Shortcake!"

Dengan serentak Reeya dan Jacquin memalingkan kepala mereka memandang ke depan.

Waktu itu Noah muncul dengan ahli pasukan besbol lelaki itu. Dia yang perasan Reeya sedang berdiri di depan Jacquin.

         "Hah datang dah...spare part kau tu...so amacam nak tak??"tanya Jacquin lagi ibarat menuang minyak ke atas api.

Reeya yang dah panas hati nampak peluang dia waktu itu. Lantak la apa orang akan fikir nanti. Dilihat orang atau tidak!Dia dah nekad!

Sambil menarik senyuman manis di bibir, Reeya tepuk manja dada tu.

            "Give me a second.."minta Reeya sambil menunjukkan jari telunjuk di depan muka Jacquin. Tanda supaya lelaki itu tunggu. Setelah itu dia mula melangkah mendekati Noah yang berjalan ke arahnya.

           "Hei..."sapa Noah dengan senyuman di bibir apabila Reeya mendekatinya. Dia ingatkan Reeya nak peluk, tangan dia memang dah siap terbuka masa tu. Sekali tu bukan!

           "Hai Noah..."balas Reeya pada masa yang sama mencapai kayu besbol yang berada dalam beg sukan Noah yang tergantung di bahu lelaki itu. "Pinjam saya bat awak..dan tolong pegangkan buku-buku saya ni"minta Reeya sambil meletakkan timbunan buku di atas tangan Noah.

Noah tunduk memandang buku-buku itu sebelum kembali memandang Reeya. Terkedip-kedip mata dia.

           "Apa yang berlaku?Awak nak buat apa dengan bat saya tu?"soal Noah memerhatikan Reeya melangkah kembali ke arah dimana Jacquin sedang berdiri.

Let the show begin!

Jangan lupa keluarkan telefon masing-masing dan on camera!Pastikan angle cantik dan imej clear. Sebab persembahan siaran langsung hanya akan berlaku satu kali tanpa ulangan!

✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now