26.

408 45 7
                                    

✳️✳️
❇️  KENANGAN LAMA ❇️


7 tahun yang lalu....

          "Keith!Keith!Bukak pintu ni sekarang!"teriak Reeya berusia 12 tahun waktu itu. Hujan lebat pada waktu itu memburukkan lagi keadaan. Menenggelamkan bunyi ketukan pintu dan teriakannya waktu itu.

BAM!

BAM!

Pintu itu di tumbuk dengan kuat hingga menyebabkan pagar yang memagari pintu di situ ikut bergegar kerananya.

Barulah pintu rumah banglo dua tingkat itu terbuka. Muncul seorang remaja lelaki bertubuh gempal tergesa-gesa membuka pintu pagar itu.

         "Kenapa ni Reeya?"tanya Keith sewaktu buka pintu pagar itu keluar sebelum Reeya menerpa tubuhnya dan memeluk erat sekeliling bahunya. Secara instinct dia turut membalas pelukan itu. "Ada apa ni Reeya?Kenapa awak berhujan macam ni?"

          Dalam keadaan menggigil dan teresak-esak  Reeya cengkam kuat baju Keith waktu itu. Memandang wajah teman lelakinya. "Tolong saya. Bawa saya pergi dari sini Keith...saya tak nak tinggal dengan ibu bapa saya. Tolong Keith..saya merayu!Bawa saya pergi dari sini."cemas Reeya di situ memegang bahu dan lengan Keith dalam keadaan kelam kabut.

          Keith yang tidak faham dengan apa yang berlaku tekap muka basah dan pucat Reeya dengan kening berkerut. Dia jadi takut sendiri dengan tingkah Reeya. "Apa yang berlaku?Reeya...cuba bertenang dulu.."

         Reeya menggeleng kepala sebelum menyembam wajahnya ke dada Keith dan meraung sekuat hati. "Mama dan papa saya dah berpisah, mereka mahukan saya...tapi saya nak dengan awak. Tolong saya Keith... jangan biarkan mereka bawa saya pergi dari sini. Saya tak nak ikut sesiapa!Saya nak bersama dengan awak..."putih tidak berdarah tangan Reeya yang memeluk erat sekeliling bahu Keith waktu itu.

Keith balas pelukan Reeya saat memandang cemas sekeliling rumahnya. Hujan lebat yang turun waktu itu buatkan suara Reeya tenggelam timbul dari pelukan itu.

Dan pada masa itulah sebuah kereta di parkir depan pintu masuk pagar rumah Keith. Dengan serentak kedua-dua kepala itu berpaling ke arah kereta dimana tiga lelaki berjalan masuk ke perkarangan rumah.

          "Reeya Summer!"panggil dengan berang akan lelaki berarak mendekati pintu masuk rumah itu.

Melompat terkejut Reeya dan Keith di situ. Mereka berdua dengan serentak memandang ke arah papa Reeya.

          "No...no..please papa...Reeya tak nak!Jangan bawa Reeya pergi!"geleng Reeya dengan sedih saat bergerak menyorok di belakang Keith.

          "Apa kamu fikir hah?Lari dari rumah begitu sahaja! Tak berkasut macam perempuan gila!" bentak Encik Hill . Dengan langkah yang berang lelaki itu naik mendaki tangga lalu berdiri melangit depan Keith bersama dua orang pengawal keselamatan di belakang.

Reeya mengecilkan badan di belakang Keith. Memegang kuat tangan Keith seperti hanya itu sahaja yang dapat membantu dia!

           " Ikut papa sekarang juga! Jangan nak buat hal!"arah Encik Hill dengan tegas, membuatkan Keith maju ke depan.

           "Maaf tuan...tuan tak boleh bawa dia pergi. Tuan tak dengar ke Reeya kata dia tak nak..."bantah Keith.

          Mata Encik Hill terarah pada Keith dengan   renungan tajam. "Bukan urusan kamu anak muda. Uncle ayah dia.... sebagai penjaga sah uncle ada hak pada dia..sekiranya kamu tak nak berakhir di penjara baik ketepi!" Encik Hill memberi isyarat pada dua pengawal keselamatan yang ada di belakang supaya mengetepikan Keith.

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now