41.

441 56 0
                                    

✳️✳️
❇️ TERPERANGKAP ❇️
✳️✳️

           "Sikitnya kamu makan Reeya. Tambah la kalau mahu. Mama ada masak lebih ni."beritahu Puan Haley kepada Reeya semasa meletakkan jug berisi jus anggur di atas meja.

Reeya mengangguk kecil tanpa mengatakan apa-apa. Dia hanya menguis makanan dalam pinggan tu sebab tak nak makan. Hari ini hujung minggu. Seperti biasa la. Sesi bertemu dengan keluarga Encik Hill. Reeya dan Rain ada pada hari itu. Rain yang pandu ke kediaman agam parents mereka tu.

Rain menjadi Rain, lelaki itu yang nature memang mesra dan sangat ramah berbual riang dengan adik tiri mereka yang berusia 7 tahun, Dana Autumn. Seperti Puan Haley, Dana mempunyai rambut perang keemasan yang beralun-alun. Mata dan hidung seperti mereka berdua. Feature dominan papa mereka.

           Encik Hill di kepala meja itu memandang Reeya seketika sebelum bersuara. "Bagaimana pertemuan kamu dengan date kamu tu?Lancar ke?"

           "Papa rasa?"

           Puan Haley tersenyum riang. "Memandangkan keluarga mereka tidak memberitahu sebarang aduan atau respon, nampaknya pilihan papa kamu kali ini bersesuaian dengan karakter kamu Reeya?"

           Bersesuaian?Reeya pandang funny ke Puan Haley. Lebih kepada masalah adalah. "He's a pain in the ass kind of person you know.."keluhnya meletakkan garpu di atas pinggan lalu capai gelas berkaki di tepi pinggan tu.

           Encik Hill mengangguk kepala. "Bagus la kalau begitu. Papa harap kali ini kamu tidak akan membantah dan menerima aturan papa ni dengan baik."

           "Kenapa papa pilih Keith sebagai date Reeya?Memangnya papa kenal ke siapa lelaki tu?"Rain di tepi Dana waktu itu bersuara. Lelaki itu capai gelas untuk Dana lalu di letakkan pada tangan adik kecilnya. Dia tidak suka Keith!Kalau boleh dia mahu papa dia batalkan rancangan mereka ni!

Encik Hill mengangkat kening dengan tinggi. Dia pandang Rain dan Reeya bersilih ganti. Tercengang sekejap dia waktu itu.

           Puan Haley mengerling ke arah Encik Hill  apabila perasan yang reaksi suaminya itu agak terkejut. "Sudah semestinya papa kamu kenal. Kalau tidak mana mungkin la papa kamu akan jodohkan Keith kepada Reeya."

           Kening Rain berkerut tidak faham semasa menggerakkan gelas Dana tadi untuk diletakkan atas meja semula. "Apa maksud mama?"papa dia tahu siapa Keith?

           "Sayang...awak tak nak beritahu ke?"Puan Haley memandang Encik Hill waktu itu.

            Reeya di hujung meja waktu itu pandang akan Encik Hill tanpa berkedip. Dah kenapa suasana mereka ni? "Memangnya siapa Keith tu?Dia psychopath ke?"ujarnya kerana boleh merasakan lelaki aneh itu ada something yang tersembunyi!

Encik Hill tarik nafas lalu dihembus panjang.

            "Mungkin kamu dah lupa Rain. Keith Fraser adalah anak kepada Encik Dominic. Keluarga yang tinggal berjiran dengan kita 8 tahun yang lalu. Waktu itu kamu berdua masing-masing berusia 14-12 tahun." dalam diam Encik Hill memandang Reeya. "Dia seorang budak lelaki bertubuh gempal dan berpipi tembam masa itu. Jadi kamu mungkin tak dapat cam dia sekarang kerana telah dewasa."

Perlahan-lahan kening Reeya mencerlung mendengar cerita itu.

Sementara Rain sudah pucat lesi dekat kerusi. Tangan yang memegang garpu dan pisau sudah merah kerana mencengkam terlalu kuat. Papa mereka telah tahu siapa Keith sebenarnya dari awal!! Kalau macam tu.... perjodohan ni pun-

Puan Haley pandang risau ke arah Reeya sewaktu Encik Hill bercerita. Dia pasti anak tirinya saat itu sedang kebingungan.

           "Papa dapat berhubung semula dengan keluarga itu setelah mereka hadir ke syarikat untuk membuat pelaburan. Keith juga ada bersama sewaktu mesyuarat tu berlangsung. Dari situ kami bercadang untuk temukan Reeya bersama Keith memandang kita kawan lama.."tambah Encik Hill sebelum tunduk menyambung makannya.

"Keith kenalan lama kita?Jiran?"tanya Reeya semasa mengerling ke Rain.

Mata Rain turun memandang pinggan makanannya. Peluh dingin merintik lebat sekitar dahi dan belakang badannya. Ya Tuhan! Keith dah rancang semuanya dari awal. Lelaki tu perangkap papa mereka menggunakan saham...dengan cara ni tak kira semahu mana dia nak batalkan perjodohan Reeya dengan Keith, papa mereka tak boleh lakukan hal tu kerana akan membahayakan syarikat keluarga mereka itu! Senekad ini Keith hendak balas dendam pada mereka?

           "Aku sendiri tak ingat..."Rain pandang ke Reeya lepas perasan adik perempuannya itu pandang ke arahnya. "Benda dah lama kut...Lagipun masa aku jumpa budak tu gemuk...sekarang yang tak cam."dalihnya

           Reeya tidak termakan akan penjelasan tu. "Papa...."panggilnya.

            "Ya saya."

            "Adakah Reeya berkawan dengan Keith?"Reeya mula teringat akan perbualannya dengan Keith tempoh hari. Lelaki tu cakap, Keith ingat pada dia, tapi dia yang tak ingat pada Keith. Kalau macam tu sebelum kejadian tu berlaku dia telah pun berkenalan dengan keith?Sebab itu ke Keith tak henti-henti nak menganggu dia??

Bersama riak serba salahnya Encik Hill mengangguk kepala. Dia tahu dia tak boleh simpan semuanya dari Reeya. Jadi dia akan beritahu pada Reeya sedikit demi sedikit dari masa ke semasa supaya Reeya dapat proses semua maklumat ni.

           "Ya....kamu adalah kawan baik dia sejak sekolah rendah lagi. Sebelum kamu hilang ingatan..."

WHAT!!

THE!

          "Apa dia?"tanya Reeya.

Reeya terkejut sebab dia memang tak ada memori mengenainya.

           "Maaf Reeya. Papa tahu papa patut beritahu kamu hal ni dari awal...tapi memikirkan yang kamu dah tak ingat apa-apa mengenai kisah lampau kamu. Papa decide untuk kamu belajar mengenali Keith semula." beritahu Encik Hill dengan cermat.

            "Sekejap...jadi papa nak cakap yang papa jodohkan Reeya dengan lelaki yang pernah jadi what kawan?"dengan ngeri dia membuat muka. Hujung bibirnya terjungkit kerana tak percaya. "Mesti Reeya dah hilang akal masa tu untuk berkawan dengan si pelik tu?"

            "Tak baik kamu cakap macam tu.."pesan Puan Haley.

Rain di sebelah Dana tidak dapat mengatakan apa-apa kerana mana mungkin la dia nak bukak cerita zaman kecil mereka yang dulu pernah membuli Keith semata hendak jauhkan budak tu dari dekati Reeya!

             "Papa jangan bergurau la. Tak lawak tau tak.... apa yang papa cakap semua tu langsung Reeya tak ingat...bukan setakat tu Reeya dijodohkan dengan kawan childhood yang Reeya sendiri tak dapat nak cam?"

            "Tak apa la Reeya. Sekalipun kamu dah hilang ingatan mengenai Keith. Dia tak kisah untuk mula dari awal. Dan ianya juga sebagai tanda maaf papa pada Keith jugak."perlahan Encik Hill berkata. Dia termenung memandang sedih ke arah Reeya.

Dengan susah payah Rain menelan air liur gemuruhnya. Apa yang papa dia baru katakan tadi?Sebagai tanda maaf?Memangnya Keith dah cakap apa pada papa mereka ni!?

            "Sudahlah. Mari kita makan. Kamu pun Reeya. Makan banyak sikit. Pipi kamu dah nampak cengkung sangat tu."dalih Encik Hill tidak mahu ungkit kejadian dimana dia bawa Reeya pergi sewaktu anaknya meronta enggan menjauh dari Keith.

Masih tidak faham apa yang berlaku, Reeya lepaskan keluhannya sebelum sandar ke kerusi. Dia pandang Encik Hill dan Rain silih ganti.

Sekarang dia tak tahu nak buat apa lepas dapat tahu alasan sebenar kenapa Keith dekati dia....dan kenapa dia merasakan seperti dia berhutang pada Keith.

Rupa-rupanya mereka pernah mempunyai kisah silam. Tapi pelik la kenapa Keith marah-marah cakap dia berpura-pura tak tahu. Takkan lelaki tu tak tahu dari awal apa yang menimpa dirinya?

Something off here!

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now