22.

424 50 1
                                    

✳️✳️
❇️ TIGA SEKAWAN❇️
✳️✳️

Sekumpulan pelajar perempuan duduk berkumpul mengerumuni lelaki kacak yang duduk di atas tembok batu dengan sebelah kaki di atas sebelah lagi tergantung sementara tangan di rehatkan atas kaki yang tegak di atas tembok batu itu.

        "Senior..apa pendapat senior kalau saya ada seorang klon?"

         Noah tersenyum lantas dia memandang peminatnya itu lantas bersuara. "Kalau awak adalah klon..awak akan tetap satu-satunya buat saya dan yang paling cantik..."Komen itu membuatkan lapan orang gadis dari tahun satu dan dua melompat teruja seperti gadis batak di puji.

         "Senior tak boleh ke pilih seorang dari kami?Susahlah kami macam ni...saling berebutkan senior."

          Noah membuat muka sedih, lantas dia meletakkan sebelah tangan di dada. "Ianya juga tak mudah untuk saya...sebab itu saya perlukan awak semua di sisi..."Habis menjerit semua gadis-gadis disitu kerana terlalu teruja dengan ayat pick up line tersebut. Sehingga tidak sedar sejak tadi mereka di perhatikan oleh seseorang dari belakang. Noah yang seronok pancing ayat manis pada gadis-gadis di situ kelihatan bangga seorang diri.

          "Senior...apa pendapat senior tentang senyuman saya?"

          Noah mengecilkan mata saat meneliti wajah gadis cantik di depannya itu dengan teliti sebelum tersenyum. "Senyuman awak tu adalah bukti benda paling best dalam hidup ini adalah percuma"gadis-gadis itu situ hampir hendak pitam sebaik mendengarnya. Lagi-lagi bila Noah memberi komen sambil memberi senyuman boyish lelaki itu kepada mereka.

          "Senior...ada lagi soalan ni..Apa warna kegemaran senior?"

          Noah mengetuk-ngetuk dagu sebelum memandang gadis yang tanya soalan tadi." Saya tak ada warna kegemaran. Its pretty much whatever you wearing is my favourite colour"ujar Noah sambil ketawa girang. Gadis-gadis yang ada di situ sudah ketawa, menjerit saling bertepuk tampar dan melompat kerana suka.

          "Oh..senior...will you marry me?"

Dengan selamba Noah menekup sebelah pipi gadis yang bertanya itu dengan senyuman menggoda.

           "If the last two people on earth were us, I would have no problem repopulating it with you.."senyum Noah dengan handsome kepada pelajar perempuan yang bertanya tadi.

Inilah kasanova terkenal fakulti perakaunan. Bukan sekadar bijak membuat lejar dan mengimbangkan akaun, Noah Bach juga pandai membuat pick up line klasiknya itu. Menjadikan dia kegilaan ramai peminat dari pelbagai fakulti di situ.

Sedang semua di situ sibuk ketawa dan berborak sesama mereka, perhatian Noah teralih apabila dia melihat kelibat dua orang lampai yang sedang berjalan ke arahnya. Dengan senyuman lebar di bibir, dia angkat tangannya. '

           "Kau orang dekat sini!"panggil Noah.

Panggilan itu menyebabkan pelajar-pelajar perempuan di sekeliling Noah berpaling dengan serentak. Sekali bila pandang mulut masing-masing tergantung melongo lihat senior mereka yang terkenal itu.

            "Oh my god...Senior Rain!"

            "Senior Zen pun ada sekali!"

            "Aku rasa nak pengsan wei!"

Setibanya Rain dan Zen di situ menghadap Noah, mereka pandang tidak berminat akan mereka di situ sebelum beri senyuman sapaan sebagai tanda hormat.

           "Apa yang berlaku dekat sini?"tanya Zen semasa tunduk memandang skrin telefon. Bermain dengan mobile legend kegemarannya.

            "Hai Senior Zen.."

            "Hai."angguk Zen acuh tak acuh. Lelaki itu memang terkenal dengan sikap layan tak layannya.

            Rain yang sememangnya mesra alam pandang mereka di situ dengan hormat. "Sorry ladies. Can you guys leaves us for a moment??"soalnya.

            Seperti dipukau mereka semua dengan serentak mengangguk kepala dan tersengih kepada Rain semasa tatap wajah kacak pemain bola keranjang kolej mereka itu. "Baik!"

            Noah bersandar relaks pada tembok batu itu saat perhatikan Rain dengan mudah menghalau setiap seorang di situ. Lantas terhenti ke Zen. "Game aje la kau!"bebelnya.

            "Diam kau!"

             Noah berdengus kecil sebelum pandang Rain. "Kau tak ada latihan hari ni?"

             Rain mengangguk kepala. "Sebab itu aku ajak kumpul sama. Boleh kita keluar makan serentak."beritahunya.

             "Lama sangat kau nak sampai. tak pasal-pasal kena menghadap peminat aku tadi."seloroh Noah selepas itu.

              "Kau suka kan?"Rain menggeleng kepala sambil mendekat ke tembok itu. Dia pandang kosong ke arah pemandangan dari tingkat bangunan tu. Di bawah itu kelihatan para penuntut yang lain bersepah di sana sini.

               "Reeya tak ikut sekali ke?"tanya Zen setelah dia selesai bermain dengan game. Dia seluk telefonnya ke poket seluar lalu ikut berdiri di samping Rain.

Saat Rain hendak menjawab waktu itu mata dia terlihat kelibat yang tidak asing di bawah bangunan tu. Hal tersebut dia mengecilkan mata cuba hendak dapatkan penglihatan yang jelas. Macam-

                "Kenapa tu?"tegur Noah tiba-tiba di sebelah Rain.

                "Ada apa?"Zen jenguk kepala ke Noah bila nada rakannya kedengaran serius.

                "Bukan ke itu Reeya?"tunjuk Noah ke satu arah.

                "Reeya?"kening Zen terangkat tinggi saat dia palingkan muka ke arah yang ditunjuk Noah.

Di hadapan sebuah kolam air pancur, kelihatan Reeya berdiri di hadapan seorang penuntut lelaki lampai. Wajah serius dan berkerut gadis itu jelas Reeya saat itu sedang distress.

                "Jom!"Arah Rain tanpa berlengah untuk pergi ke tempat itu. Kenapa dengan Reeya tu?Dan siapa lelaki depan adik perempuannya tu!?

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now