06.

551 57 2
                                    

✳️✳️
❇️ Satu kumpulan❇️
✳️✳️

Semua yang ada di dalam kelas itu mula berborak sesama mereka. Ada pelajar perempuannya yang berjalan ke arah Reeya tetapi rupanya berhenti tepat di depan Keith. Seorang dari mereka tunduk menayang lurah dadanya di depan Keith. Sambil itu dia menyelak rambut perangnya ke belakang bahu.

Encik Lee di depan dewan kuliah tu sedang lakukan sesuatu dengan helaian kertas dan bekas plastik atas meja. Langsung tidak peduli akan pelajar-pelajarnya di situ.

             "Saya harap kita boleh jadi pasangan...Keith."kata gadis itu dengan semanisnya. Gadis itu perlahan-lahan melurut jari yang berkuku panjang menakutkan dari bahu turun ke siku Keith.

             "Sure Ashlin.."balas Keith tanpa pandang dan mengalihkan tangan itu darinya. Lelaki itu sama sekali tidak menghiraukan gadis berambut perang itu. Layan pun kaku dan dingin tiada perasaan.

Reeya yang lihat mencebik menyampah. Dua makluk paling tidak disukainya. Kenapa la hidup dia sering dikelilingi dengan orang-orang seperti mereka ni?

Wajah Ashlin bercemberut sebaik mendengarnya lalu kembali duduk di tempat duduknya semula. Lalu lelaki yang mengajak Reeya untuk duduk bersama tadi kemudiannya bangun.

Apa masalah dengan semua orang dekat sini?Dah tak reti nak duduk dekat tempat masing-masing ke?!

            "Hei...nak tak jadi pasangan tugasan ni sama-sama?"pelajar lelaki itu menghulur tangan ke depan Reeya untuk di jabat.

Reeya menopang tangan kiri di atas meja sebelum pipinya disagah pada tangannya. Dia memandang tidak berminat tangan pelajar lelaki itu sebelum memandang ke atas. Pelajar lelaki itu tunduk mendekat kepadanya dengan senyuman meleret ke kanan ingat la handsome la tu, berharap yang Reeya akan cair dengan senyuman itu. Dah macam orang kena stroke sebelah muka ada la!

             Reeya menjungkit kening. "Sorry but not sorry...no."jawab Reeya dan dia memalingkan kepala ke arah lain. Nak buatkan orang depannya itu faham yang dia tak berminat nak berpasangan dengan sesiapa!

Pelajar lelaki itu terkedu, dia terdiam seketika dan beredar dari situ taktala Ketih yang duduk di sebelah Reeya berdengus ketawa dengan senyap mendengar perbualan itu.

              "Okay...ini pun.."Encik Lee mengeluarkan sehelai kertas. Sama sekali tidak menyedari apa yang baru sahaja berlaku. "Di minta semua senyap. Saya ada senarai nama kamu di sini, dan saya akan buat adjustment sedikit di sini dan akan maklumkan kepada kamu dengan siapa kamu akan berkerjasama nanti.."

Reeya menjuling mata saat memalingkan muka ke depan.

            "Semua...sila senyap dan dengar... sekarang saya akan maklumkan siapa pasangan kamu..".maklum Encik Lee yang membuatkan seluruh kelas menjadi senyap dan memberi perhatian kepada lelaki itu.

             "Jenny dan Candice."

             "Yeah!"sorak Jenny sambil menumbuk udara dengan girang sebelum memeluk bahu rakan yang duduk di sebelahnya.

             "Ashlin dan Kristy.."

             "OMG! Yay!"kedua-dua orang itu bersorak dan saling berpelukan.

Dengan serentak Reeya dan Keith membuat muka tidak suka taktala melihat reaksi pelajar perempuan di situ.

             "Luke dan Corry."nama pelajar lelaki yang pelawa Reeya berkerjasama tadi di sebut.

             "Reeya Summer dan..."

Dalam hati Reeya sudah berdoa, berharap pasangannya seorang yang rajin dan pandai, seperti Cindy atau Wilson. Dia janji yang dia akan makan sayur dan kemas katilnya setiap kali bangun pagi.

            "Keith Fraser.."

Oh God!

Mulut Reeya ternganga, dia hampir hendak bangun dari situ sebaik mendengar makluman itu. Encik Lee tu mesti sengaja pasangkan dia dengan Keith sebab nak balas dendam lepas apa dia cakapkan dekat orang tua tu tadi.

Jerk!

Ashlin ternganga luas, dia berpaling memandang ke arah Reeya. Semua pelajar perempuan di situ kelihatan terkilan. Sementara Reeya? Tak sangat..sebab bagi Reeya dia sanggup kerja sendiri dari bekerja dengan lelaki perenggus sebelahnya ini. Dengan tidak puas hati, Reeya menjeling tajam ke arah Encik Lee.

Grrr!Orang tua ni kan!Memang cari pasal betul!

Encik Lee yang perasan akan renungan maut yang diberikan Reeya, olok-olok membaca senarai nama di dalam kertas, meneruskan sesi pembahagian pasangan kerja untuk pelajarnya yang lain.

Keith di sebelah Reeya langsung tidak memberi apa-apa reaksi, Lelaki itu kelihatan tenang dan bersahaja.

              "Better awak buat kerja eh!"Reeya menegur tiba-tiba. '

              Keith pun palingkan kepala, dia pandang wajah serius Reeya sebelum berdengus kecil. "Jangan cakap aku je..kau pun sama."

Reeya dah sedia nak angkat penumbuknya ke arah Keith waktu itu, tapi dia malah cengkam kuat meja di bawah tangannya itu mengawal diri. Tak tahu la kenapa dia anti sangat dengan mamat kedekut dengan senyuman di sebelahnya ini. Masa awal semester mereka tak pernah pun bertembung tapi bila dah sampai pertengahan, Keith tak pernah berhenti muncul depan mata dia. Macam sengaja nak tunjuk kewujudan menjengkelkan lelaki tu dalam comfort bubble dia!

Ihhh!

✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now