03.

674 71 8
                                    

✳️✳️
❇️ Liar Liar Pant On Fire ❇️
✳️✳️

Suasana kafe pada hari itu lengang sedikit dibandingkan hari-hari sebelumnya. Jadi tenang sedikit mereka di situ melakukan kerja. Kalau tidak mahunya seperti tongkang pecah kerana terlalu sibuk.

Tapi tak sangka pulak, waktu tenang begitu la ada jugak yang nak merosakkan suasana...

        "Please...kali ni jer..Ganti tempat aku...boyfriend aku cuma boleh cuti hari esok jer...kalau tak esok bila lagi aku boleh jumpa dia..."rayu Amanda pada Reeya sewaktu gadis itu sedang menuang air kopi ke dalam cangkir.

Rayuan.

Salah satu kelemahan manusia yang sering dilakukan jika ada keinginan terdesak yang mereka perlukan.

Ugh!

         "Aku dah gantikan kau minggu lepas Amanda. Selain kau, aku pun ada benda nak buat jugak esok..."dalih Reeya saat berpaling ke arah kaunter. Meletakkan cangkir berisi air kopi panas tanpa gula ke atas dulang dan di sua kepada pelanggan wanita yang sedang berbual melalui telefon depan kaunter tu.

Rimas betul dia lama-lama macam ni.

         "Alah Reeya...tolong la.."
Amanda bersandar pada kaunter sambil menarik muncung manja dia. "Please la....apa urusan kau sampai tak nak ganti aku?" rayunya sambil memegang lengan Nadine.

Reeya melepaskan hela nafas pendek. Dia memandang letih ke  Amanda. Nak fi marah rakan sekerja, kalau di biar besar pulak kepala!

         "Perjumpaan family....esok adalah ulang tahun kematian ibu aku...sepenting mana kau bagi aku...family first..."luah Reeya dengan perlahan. Cukup kuat untuk Amanda sahaja yang dengar.

Elok Amanda bersandar pada kaunter itu dia  berdiri tegak. Riak air mukanya ikut berubah menjadi serius semula.

          "Oh..iya ke..."balas Amanda dengan kekok. "Tak apalah kalau macam tu...kau cuti la. Aku mintak boyfriend aku cancel date hari tu...next time boleh lagi."

          Reeya pegang bahu Amanda sambil tersenyum nipis. "Sorry...bukannya aku tak nak ganti kau...keadaan aje tak mengizinkan."

Cepat-cepat Amanda menggeleng. Dia tak boleh nak cakap lebih sebenarnya, yalah sebelum-sebelum ni Reeya dah banyak kali ganti tempat dia dan dia banyak ambil cuti Reeya.

          "Tak apa lah kalau macam tu...nak buat macam mana kan?"balas Amanda dengan sengih serba salah di bibir.

Reeya mengerling ke arah jam yang berada di atas pintu masuk. Jarum panjang sudah menunjuk ke nombor 12 dan jarum pendek di nombor 9. Jam 9 pagi. Shif paginya sudahpun selesai.

           "Okay la kalau macam tu. Aku kena pergi kolej. Jumpa kau nanti..."pamitnya  kepada Amanda yang kelihatan masih serba tak kena gara-gara perbualan mereka tadi.Bukannya dia tak nak tolak ansur dengan Amanda. Boleh je...cuma, ada batasnya."Boss! Saya gerak dulu!"laung Nadine ke arah lelaki yang sedang membebeli dua orang staf baru di penjuru kafe kerana terpecahkan pinggan dan cawan sewaktu bertugas tadi.

Lelaki berusia 30-an itu berpaling dengan kedua-dua tangan mencekak pingang.

            "Habis kelas masuk kerja balik..."laung Jose' sebelum lelaki kacukan mexico dan brazil itu kembali memandang dua orang staf tadi dan meleteri mereka semula.

             "Okay!"sahut Reeya yang dengar terus menanggalkan apron dari pinggang sebelum meletakkannya ke bawah kaunter. Sejurus itu dia mengambil beg sandang dan topi keledar keselamatan basikal merah jambunya dari rak sebelum berjalan keluar dari situ.

               "Bye Reeya!"lambai Amanda semasa perhatikan langkah lekas rakan sekerjanya itu keluar dari pintu kafe.

Keluar saja dari situ, riak ceria Reeya berubah menjadi gelap. Senyuman di bibir tadi terus hilang...

Heh!

Berdiri dia di tepi basikalnya, Reeya memandang pintu kafe. Mengecilkan mata seakan berasa jengkel akan pintu itu.

         "Apa?Boyfriend?Memang tak lah aku nak bagi hari rehat aku untuk boyfriend kau! Minggu lepas aku ganti kau tiga hari sebab nenek kau sakit...hari tu dua hari sebab kau demam...ni belum lagi yang seminggu deret aku ganti kau sebab apa?Rumah ayah kau terbakar? Pfft!...memang tak la...ingat aku ni balaci kau ke!decit Reeya kejengkelan saat menyarung topi keledarnya di kepala.

Geram-geram Reeya naik ke atas basikal itu  lalu mengayuh pergi dari situ sambil menggerutu tidak puas hati dengan rakan sekerja seniornya yang suka sangat ambil kesempatan di atas kesempitan.

❇️❇️❇️❇️

🤣🤣🤣

Update sini sikit2 dulu.

Nak fokus dekat cerita Guitar Boy dulu.

Siapa yang dah baca tu stop lah sekejap. Jangan baca buku ni. Hahahaa....

Cringey betul ayat aku masa first time menaip! Berterabur habis!

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now