28.

401 49 0
                                    

✳️✳️
❇️ ATURAN ❇️
✳️✳️

Menurut Encik Hill, Reeya adalah anak kedua dalam keluarga mereka. Rain adalah abang kandung dia. Dan mama mereka berdua meninggal dunia tidak lama sebelum Reeya kemalangan. Selain itu tinggal sejarah. Reeya cuba cari tahu, tapi tiada gunanya. Sedalam mana dia cuba siasat, Reeya tidak dapat sebarang klu dengan ingatan dia tu. Akhirnya Reeya putus asa. Rain jangan cakap la. Lelaki itu sedikit pun tidak membantu!

Sehingga sekarang Reeya tidak tahu bagaimana kemalangan boleh terjadi dan apa yang berlaku sebelum kemalangan tu.

Frust?

Itulah yang Reeya rasakan selama ini. Tapi tiada seorang pun yang cuba hendak fahamkan apa yang dia rasakan. Apa yang mereka tahu dia kena ikut aturan yang ditetapkan. Jalani kehidupan yang telah di susun untuk dirinya. Berjumpa dan bertemu dengan orang yang dia sendiri tidak kenal apa lagi cam.

Perkara tipikal menjadi anak orang kaya adalah, sekiranya ahli keluarga kaya itu mempunyai anak, biasanya mereka akan gunakan anak mereka sebagai penghubung a.k.a perantara dalam dunia bisnes mereka. Menjadikan anak-anak mereka sebagai kunci atau peti kekayaan dan jalan pintas untuk mereka peroleh kuasa dan harta dengan cepat.

Seperti biasa, setiap hujung minggu Reeya dan Rain akan luangkan masa dengan keluarga Encik Hill. Jadi pagi itu, bangun sahaja. Reeya dijemput untuk keluar berjoging dengan Encik Hill. Biasanya Rain yang keluar bersama Encik Hill. Namun ada sesuatu hal berlaku yang buatkan Rain tidak dapat sertai pertemuan mereka itu. End up, Reeya la yang kena hadirkan diri walaupun dia enggan.

          "Apa dia tadi?"langkah Reeya berhenti serta merta. Dia yang berjogging itu termengah-mengah memandang orang tua di depannya saat itu. "Blind date?"

         Walaupun lelaki itu sudah masuk usia 50 tahun, rupa paras itu tidak menunjukkan sikit pun reaksi penat mahupun tua. Bak kata orang, awet muda. "Papa dah tetapkan kamu dengan anak kepada rakan shareholder papa. Tengah hari nanti kamu akan ada blind date dengan anak lelaki dia."ulang Encik Hill yang mencekak pingang saat berdiri menghadap Reeya.

         Kening Reeya berkerut , mulutnya ternganga luas ibarat mahu menyapu lantai. "The f***!"carutnya kerana tergamam.

         Kening Encik Hill berkerut sebaik mendengarnya, pandangan lelaki itu mencerun tidak suka. "Reeya....adakah kamu mahu papa aturkan kelas bahasa dan etika untuk kamu supaya kamu berhenti mencarut dan menuturkan kata-kata tidak sopan begitu??"soal Encik Hill bernada sindir.

Reeya menjuling mata kejengkelan.

         "Hell No...Reeya tak nak pergi...entah siapa-siapa lelaki tu...papa nak Reeya jumpa dia?Memang tak lah jawabnya.."Reeya kembali berjoging ke depan.

Encik Hill mengekori langkah Reeya dan jogging seiring di sebelah Kanan Reeya sewaktu mereka berada atas laluan pejalan kaki taman tersebut. Sementara dua orang pengawal keselamatan yang berpakaian casual berada beberapa meter di belakang anak beranak itu.

          "Just meet him okay. Suka tak suka belakang cerita. Kawan papa tahu papa ada anak. Jadi dia cadangkan papa untuk temukan anak dia dengan kamu...anggaplah sebagai perjumpaan kawan."pujuk Encik Hill.

Reeya melepaskan dengusan kecil.

           "Boleh tak papa berhenti atur hidup Reeya?Apa masalah papa sebenarnya ni? Berdendam sangat dengan Reeya kenapa?"

            "Dah kenapa kamu macam tu pulak. Papa cuba aturkan segalanya demi kebaikan dan masa depan kamu. Lagipula umur kamu sudah masuk 20 tahun. Apa salahnya kalau date dengan seseorang?"

          Reeya berhenti dari berjogging. Dengan marah dia menempik. "Kenapa ya semua orang tak boleh nak faham bahasa dengan apa yang Reeya cakapkan?Tak nak tu tak nak la. "

            "Reeya!Jangan tinggikan suara kamu pada papa!"

           "Beritahu Reeya!Apa punca papa bersikap macam ni pada Reeya?Memangnya masa sebelum kemalangan tu terjadi Reeya ada buat salah ke?Reeya susahkan papa ke!?Kalau ada beritahu..."

Terdiam Encik Hill dengan soalan itu. Dia bungkam memandang Reeya kerana paling dia pantang dengan perkataan 'kemalangan' itu.

           "Kan papa dah ceritakan kepada kamu semuanya..kamu tak buat apa-apa kesalahan. Papa cuma nak dapatkan kehidupan dan masa depan yang terbaik untuk kamu. Terutama sekali padankan kamu dengan seseorang yang baik...salah ke?"

Reeya menggeleng kepala.

         "Tak...papa tak beritahu semuanya."

         "Ianya kisah lama Reeya. Sekalipun kamu tahu ianya takkan dapat ubah apa-apa.."

         "Kalau papa tak nak beritahu Reeya, Reeya akan tanya sendiri dekat Rain dan yang lain...Reeya nak tahu....apa yang buatkan semua orang dekat sekeliling Reeya bersikap sensitif pada Reeya. Tak papa...tak Rain..Zen dengan Noah pun sama..."

Encik Hill mengetap gigi dengan erat menahan sabar. Matanya mulai kemerahan. Dia tak tahu sampai bila rahsia ni dapat di simpan. Dia tidak mahu Reeya terluka sekali lagi.

          "Suka hati kamu. Apa papa tahu kamu akan hadirkan diri pertemuan dengan pasangan blind date kamu itu." beritahu Encik Hill sebelum sambung berjogging semula.

Ditinggalkan sendirian dengan seorang pengawal, Reeya berdiri tegak di situ memandang marah belakang Encik Hill.

Memang tak faham bahasa betul!

✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now