31.

440 55 1
                                    

✳️✳️
❇️ SWEET DATE ❇️
✳️✳️✳️

A

rghh!!!!!


Mamat sengal ni memang nak kena skin hidup-hidup!

Reeya pandang tidak berminat akan lelaki yang sedang memegang dua gula-gula kapas berwarna merah jambu dan biru pada kedua-dua tangan di depannya. Cekak rambut telinga arnab terpasang di atas kepala mereka berdua.

"Apa yang awak fikir awak cuba buat hah?"pandang Reeya tidak suka. Tangannya di silang ke dada. Pandangannya dilempar ke sekeliling. Kawasan fun fair itu sibuk dengan para pengunjungnya. Dan kebanyakan pengunjung di situ adalah pasangan kekasih. Macam mana kalau budak kolej ada?Malu kalau mereka Nampak dia keluar berdua dengan Keith nanti.

"Dating...apa lagi."Keith meletakkan gula-gula kapas berwarna merah jambu itu ke tangan Reeya.

Mata Reeya pandang tempting akan gula-gula kapas yang dibentuk menjadi kepala arnab. Comel je! Ish!

"Kenapa fun fair jugak tempatnya?Tak boleh ke tempat yang tertutup sikit atau kurang crowded?"cadangnya takut kalau rakan sekuliah dia nampak dirinya sedang dating. Reeya Summer, manusia anti-romantic keluar dating dengan satu-satunya student lelaki paling berpengaruh dalam kolej!

"Kenapa?Kau nak pergi tempat yang tertutup sangat ke?"sengih Keith meleret.

"Jangan nak fikir yang bukan-bukan eh..bukan itu maksud saya."cebik Reeya sebelum berjalan pergi dari kedai gula-gula kapas itu.

Keith ekori langkah Reeya di belakang sambil perhatikan belakang kepala itu. Kenapa Reeya tak ingat?Kan fun fair adalah tempat kegemaran Reeya dan gula-gula kapas adalah makanan kegemaran Reeya setiap kali melawat tempat ni?Ke dia yang salah mengenai tu?

"Agh!"

"Ma-maaf.."

Reeya sudah terduduk atas pavement itu setelah dirinya di rempuh sekumpulan pengunjung lelaki yang jalan berombongan di situ.

Keith di situ berjalan dengan tenang saat salah seorang dari pengunjung lelaki di situ cuba sentuh Reeya. Tidak berniat hendak mendapatkan Reeya atau masuk campur, seperti biasa Keith hanya memerhati. Dia kenal Reeya bagaimana...gadis itu bukan gadis biasa di luar sana.

"Buta eh?!Jalan bukan main besar kut!Saya ni dah besar gergasi pun boleh di langgar!"marah Reeya semasa bangun dari situ dengan marah. "Tengok!Dah rosak gula-gula kapas ni!"

"Kan saya minta maaf.."

"Oh really?Minta maaf untuk insiden yang kau sengaja buat?Please la. Cara lapuk nak ngurat perempuan dengan acah-acah langgar dia. Berhambus sekarang!"Reeya menempik kepada mereka.

Ketawa kecil Keith bila lihat. Dia menjangka hal tersebut, sebab itu dia tidak susah-susah dapatkan Reeya, sebab ianya hanya akan buat Reeya makin tidak suka kepada dia jika dia masuk campur tadi.. Dan Setibanya dia di situ, kumpulan pengunjung lelaki itupun beredar.

"Hish!Rosakkan mood betul!Ini Sebabnya aku tak suka tempat crowded macam ni. Dah tak ada tempat lain ke nak lalu. Jalan ni jugak nak menyesak."bebel Reeya semasa membersihkan debu dari pakaiannya. "Rimas betul-"masa itu la satu sentuhan hinggap di belakang pinggangnya. Membuatkan Reeya menoleh ke belakang. Ingatkan pencabul mana la tadi. Memang sedia dia nak back hand!

Rupa-rupanya...

"Sakit dekat mana-mana ke?"tanya Keith dengan rapat di tepi muka Reeya saat itu.

Terkejut dengan muka lelaki itu yang begitu hampir, Reeya angkat tangan ke depan mulut dan undur ke belakang sedikit. Nafasnya tertahan serta merta. The heck!Rapat betul mereka tadi. "Apa ni!Boleh tak jangan muncul macam tu?"marahnya.

"Kau blushing ke?"Keith angkat tangan menyentuh pipi Reeya yang kemerahan saat itu.

Huh!Membutang mata Reeya!Blushing?Tak mungkin. Dia bawa tangan menekap pipinya. Argh!Malunya! Semuanya salah Keith!"Mana ada.."

Tawa kecil lepas dari Keith kerana dia berasa lucu dengan reaksi Reeya. Kepala itu di usap lembut. "Kau ada sakit dekat mana-mana tak?"

"Tak payah acah nak ambik kisah boleh tak!Pelik la bila awak berkelakuan sweet dekat saya macam ni?"

Keith ketawa bila perhatikan Reeya gelabah begitu. "Aku ada tiket ke ferris wheel. Jom ke sana ..boleh tengok matahari terbenam."ajaknya.

Reeya pandang Keith semasa lelaki itu ketawa. Woah!Si Perenggus ni tahu nak ketawa rupanya! Ingatkan nak pasang muka ketat memanjang. Kan elok kalau dari awal lagi banyakkan senyum dan ketawa. "Siapa cakap saya setuju nak naik ferris wheel tu?"

"Sure..kau ada pilihan. Sama ada jalan sendiri atau aku dukung kau sepanjang perjalanan ke situ nanti."

"Memang tak la!Jangan nak buat hal!"

"Kita jalan kalau macam tu..."Keith hulur gula-gula kapas barunya kepada Reeya. "Nah...kau suka benda manis kan?"

Reeya tersentak, dia pandang Keith lalu ke gula-gula kapas biru di depan mukanya. Memang dia suka makan benda manis. Tapi tak semua orang tahu mengenai hal ini kecuali Rain dan Noah. "Tak payah!Saya boleh beli sendiri."Reeya tolak tangan Keith jauh dari mukanya.

Keith mengangguk kepala faham.

"Fine...aku buang kalau macam tu. Sebab aku bukan peminat benda manis."

"Eh...dah kenapa nak dibuang. Kalau awak tak suka makan kenapa di beli?"

"Untuk siapa lagi aku beli. Ya untuk kaulah..kan kau date aku sekarang ni..bukan badut jual belon sana tu.."Keith pandang funny ke Reeya.

Terkedip-kedip mata Reeya bila Keith pandang tepat ke matanya sewaktu dirinya di sebut. Apa sebenarnya Keith ni ya?Kenapa lelaki ni tak habis-habis nak menganggu ketenteraman dia? Keith berkelakuan seakan dia sedang berhutang denagn lelaki ni?

"You're such a weird person..do you know that."renggus Reeya sambil capai gula-gula kapas itu dari Keith lalu di gigit dengan marah.

Terangkat telinga keith semasa dia tersenyum memerhatikan Reeya di sampingnya. Lalu dia seluk tangannya ke dalam poket jaket untuk kawal dirinya dari menyentuh Reeya. Buat Reeya marah pada dia adalah perkara terakhir yang dia lakukan pada date mereka ini.

"Kau aje yang panggil aku pelik. Orang lain panggil aku handsome."

Reeya mengerang kejengkelan. Menguji kesabaran betul la bercakap dengan Keith ni!

"Ugh!Sakit urat tengkuk saya bercakap dengan awak ni la Keith!"

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now