✳️✳️
❇️ MAAF ❇️
✳️✳️Bunyi tangga di turuni dengan tergesa-gesa sebelum muncul Reeya di depan pintu masuk ruang tamu. "Rain!Rain!Tolong aku!"dengan cemas Reeya memanggil selepas berdiri di depan sofa dimana tiga orang lelaki tu duduk menghadap skrin tv, gaming.
Sambil buat muka dan berkerut kening tak faham, Rain, Noah dan Zen dongak memandang Reeya.
"Kenapa dengan kau?Macam baru nampak hantu aje?"soal Rain.
Reeya membuat muka hendak menangis lantas memusingkan kepalanya ke kanan. Mendedahkan penyikat rambut yang tersekat di rambutnya.
"Ni....Tolong aku...benda ni tersangkut masa aku nak sikat rambut... dekat setengah jam aku cuba leraikan...sakit ni.."
Dengan serentak mereka bertiga ketawa terbahak-bahak. Rain tunduk memeluk perut sendiri sementara Noah melempar kepala ke belakang saat ketawa, manakala Zen menepuk-nepuk meja.
Reeya menarik muncung tidak puas hati. "Gelakkan pulak...bukannya nak tolong.."rajuknya memang nak menangis masa tu! Rambut dia kusut entah macam mana sedang dia sikat boleh pulak berbelit.
Rain bangun dari sofa tu. Sebelum berdiri melangit di depan Reeya. "Haih kau ni kan...selain tersepit terhantuk, terbelit..apa lagi yang kau belum buat lagi hari ni?"soalnya semasa memegang sikat yang tergantung tu lalu rambut hitam adiknya. ."Macam mana boleh jadi macam ni?"soalnya selepas itu.
"Mana aku tahu...cepatlah tanggalkan benda ni dari aku...aku rimas.."rengek Reeya sambil menghentak kaki perlahan.
Rain menarik Reeya arah sofa. Baru sahaja Reeya hendak duduk, lekas-lekas dia di tarik oleh Rain. Lelaki itu yang duduk di sofa tersebut. dia meletakkan Reeya di antara kakinya sebelum dipaksa duduk bersila atas lantai menghadap televisyen tu.
"Jangan bergerak...kau bergerak kau sakit..."tegas Rain.
"Nak aku bawakan minyak rambut ke?"aju Zen ikut jengah kepala hendak lihat keadaan rambut Reeya.
"Berbelit banyak ke?"tanya Noah dengan sengih meleretnya.
"Jangan kau berani nak kenakan aku ya Rain..."ugut Reeya pula.
"Diam la kau!"
Sebulan berlalu, sejak kes kemalangan Reeya tempoh hari. Tiga orang itu cuba jalani kehidupan mereka seperti biasa. Begitu juga dengan Keith. Kisah kemalangan Reeya tidak diketahui oleh mana-mana penuntut kecuali pihak kolej dan pensyarah sahaja. Mereka enggan buat kemalangan Reeya sebagai ejekan orang dalam akademi tu nanti. Jadi Rain dan yang lain ambil keputusan untuk merahsiakannya.
Dan sudah sebulan juga Reeya keluar dari bilik ICU ke bilik rawatan biasa selepas dipindahkan ke hospital private. Keadaan dia masih belum sedarkan diri. Keadaannya koma tapi rupanya seakan orang dalam lena yang panjang.
Sejak itu juga Rain dan mereka bertiga yang lain silih ganti melawat Reeya di hospital. Sama ada selesai kelas atau waktu rehat antara kuliah. Mereka luangkan masa sebanyak mungkin di hospital. Encik Hill dan Puan Haley adalah orang yang paling kerap luangkan masa di hospital menemani Reeya.
Satu gelas penuh jus oren di tuang sewaktu tiga orang itu sibuk ke hulu dan hilir dapur. Cuba hendak menjamu diri sendiri sebelum ke kelas. Tiga orang itu kelihatan ringkas dan segak mengenakan pakaian casual masing-masing. Rain sedang minum dan memegang roti bakar dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi sedang menuang jug berisi kopi.
"Bila game kau Noah?"tanya Rain sewaktu dia membawa roti bakar ke dalam mulut lalu digigit sebelum duduk di kerusi kaki panjang dekat dining table.
"Ahad ni...dekat Kolej Howard St..".jawab Noah yang waktu itu sedang menyua sudu berisi cereal ke mulut.
Zen dengan bar granola di mulut duduk di sebelah Noah dengan gelas berisi air kosong sejuk. Menghadap Rain."Aku punya game minggu depannya lagi...kau tahu kapten pasukan ragbi aku tu tak boleh blah betul...ada ke dia nak tukar strategi tiba-tiba...sedangkan game tu isnin depan kut.."luah Zen sambil menggeleng kepala saat mengunyah.
Rain yang dengar hanya menarik senyuman nipis. "Aku rasa Cole ada sebab buat macam tu..mungkin dia dah tahu macam mana budak-budak Kolej Howard main.."selorohnya dengan bersahaja.
Baru sahaja Zen hendak membuka mulut, kedengaran bunyi loceng rumah.
Ding!
Dong!
Serentak itu ketiga-tiga kepala berpaling ke arah pintu masuk dengan muka terkejut.
"Biar aku bukak.."beritahu Noah semasa bangun dari bangku island dapur lalu atur langkah ke arah pintu depan. Setibanya dia di depan pintu itu, dia buka tanpa berlengah. Serta merta disapa dengan wajah sugul Keith.
"Boleh aku masuk?"tanya Keith.
Masih kebingungan, Noah mengangguk kepala. "Jemputlah masuk.."
Keith jalan melewati Noah dan bergerak masuk ke situ sebelum Noah di belakang tutup pintu di belakang mereka.
"Sini.."tunjuk Noah selepas itu membawa Keith ke arah dapur.
Waktu itu di dalam dapur Zen dan Rain sibuk berborak saat menikmati sarapan mereka tersentak sebaik menyedari kehadiran Keith di situ.
Noah sertai Rain dan Zen di bangku pada island tu sebelum memandang ke arah Keith.
"Apa yang buat kau ke sini?"tanya Rain terlebih dahulu.
Untuk seketika Keith hanya diam mengerling ke sekeliling dapur itu sebelum menyeluk tangannya ke dalam poket seluar. "Aku datang nak minta maaf."ucapnya dengan perlahan.
"Untuk apa?"tanya Zen. .
Keith melepaskan hela nafas panjangnya. "Untuk semuanya. Aku tahu aku pernah terkasar bahasa dengan kau orang bertiga...aku minta maaf.."
Noah mengetap bibirnya. "Jangan risau. Kita orang tak pernah pun terasa hati. Jadi tak ada apa yang kau perlu minta maafkan Keith."
Kening Rain berkerut-kerut semasa memandang wajah mendung Keith waktu itu. "Sepatutnya kita orang yang minta maaf pada kau Keith. Untuk segalanya. Dari awal hingga akhir.."
"Tak ada apalah...semua tu dah lepas pun. Aku pun dah lupa. "Keith menggeleng kepala sambil tersenyum nipis. "Aku harap lepas ni kau orang izinkan aku temui Reeya dan temani di dalam hospital..."
"Kau tak perlu minta izin. Aku tahu kalau Reeya sedar, dia lebih suka kau ada dengan dia.."beritahu Rain.
Mata Noah terarah pada wajah letih Keith. Pasti Keith bermalam lagi di hospital menjaga Reeya. "Kau dah sarapan?Nak sarapan sekali?"
"Terima kasih. Aku okay. Jadi kita kosong-kosong la ya?"soal Keith lagi.
Dengan serentak mereka bertiga mengangguk kepala dan tersenyum kepada Keith.
"Kawan Reeya adalah kawan kita orang jugak.."beritahu Rain.
Keith menarik senyuman leganya.
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...