✳️✳️
❇️ AKU SUKA DIA, RAIN ❇️
✳️✳️Masa tu berita dia bergaduh dekat sekolah tersebar. Budak-budak lain memang dah gempar la sebab dia bergaduh dengan abang senior gara-gara sakit hati punya pasal. Biasalah masa ni darah masih mudah. Umur 18 kan. Apa lah tahu sangat selain nak bergaduh dan tunjuk perangai!
Tak tahu pulak dia yang kena teruk sampai pecah muka dibuatnya.
Paling parah crush dia pulak yang menghadap!
Aduhai! Buat malu betul.
"Memangnya awak duduk seorang diri ke dekat rumah besar macam ni?"tanya Reeya semasa memandang sekeliling apartment mewahnya. Parents dia yang sediakan sebab dekat dengan sekolah menengah.
"Ada...tapi dia orang jarang duduk sini. mama dengan papa selalunya keluar masuk Jepun dengan Kanada memandangkan syarikat induk dia orang berdua ada dekat situ..."jawab Noah sewaktu duduk di atas katil lalu menepuk tempat kosong di sebelahnya kepada Reeya.
Reeya yang melihat isyarat itu terus menurut. Dia naik ke atas katil saiz king itu sebelum bersila sebelah kaki di atasnya. Menghadap Noah yang berlebam dan pecah bibir. Darah masih merah di tepi mulut tu.
"Nah...ambik ni..rawat saya.:."minta Noah yang meletakkan peti rawatan cemas ke atas peha Reeya.
Reeya tunduk memandang peti itu dengan muka terkejut sebelum kembali memandang Noah. "Awak nak saya buat apa?"soal dia bernada tidak percaya.
"Rawat aku lah...tanda terima kasih sebab kena belasah semata nak pertahankan nama baik kau dari dicemarkan dengan senior tahun akhir tu."
Gadis berusia 16 didepan di pandang Noah dengan minat.
Reeya berdengus. "Siapa suruh menyibuk.."cebik Reeya sambil membuka peti itu dan mula mencapai kapas dan antiseptic dari kotak tersebut.
"Hei...terima kasih sikitlah sebab saya tolong awak belasahkan budak lelaki yang bercakap buruk tentang awak tu. Kalau Rain dengan Zen ada...mereka pasti akan halang saya.."gerutu Noah. "Merungut aje tahunya."
Kapas yang telah di basahkan dengan antiseptic itu kemudiannya di bawa dekat pada tepi bibir, tulang pipi, kening Noah oleh Reeya dengan berhati-hati.
"Fine...terima kasih sebab selamatkan saya..."ucap Reeya bernada terpaksa.
"Kalau tak ikhlas baik tak payah cakap.."rungut Noah sambil menjeling ke Reeya.
Reeya memandang tajam ke mata Noah sebelum kembali fokus pada kerjanya. Dia malas nak bercakap lagi. Kalau cakap tahunya bergaduh buat apa. Noah turut mendiam, dia diam bukan sebab apa, dia terdiam sebab khayal menatap wajah Reeya yang hanya berjarak sejengkal darinya. Sambil membubuh kapas berantiseptik pada luka itu Reeya meniup lembut pada luka itu untuk kurangkan rasa menyengat dari luka tersebut.
Kemudiannya, Reeya tunduk mencapai handy-plus dari peti kecemasan lalu menampalnya pada tulang pipi Noah yang terluka selepas di tumbuk beberapa kali tadi. Setelah itu dia menampalnya pada tepi bibir dan kening tu pula.
"Hei Reeya..nak tanya something.."
"Apa?"
"Perangai baran awak berdua ni ikut siapa?Ayah kau orang ke?"soal Noah lagi.
"Mama..."jawab Reeya selepas selesai. Dia duduk memandang Noah. Menilik bentuk wajah dan badan lelaki itu sampai dia terlentok kepalanya kerana berminat. "Mama saya seorang yang baran. Itu yang Rain beritahu..."
Noah termenung memandang bingkai gambar dimana mereka berempat berdiri sambil merangkul bahu antara satu sama lain. Masing-masing mengukir senyuman kerana momen dalam gambar itu adalah hari dimana Reeya menerima sijil tamat sekolah menengah tinggi.
"Apa kau buat dalam bilik ni Noah?" tegur suara dari arah pintu bilik dengan tiba-tiba.
Tanpa menoleh, Noah hanya tunduk mengusap permukaan cermin kaca bingkai gambar dengan ibu jarinya. Dia diam sekejap sebelum bersuara.
"Maafkan aku Rain.."ucap dia dengan perlahan.
"Kenapa kau minta maaf pulak?"muncul Rain di sebelah sebelum lelaki tu ambil tempat di sebelah Noah atas katil Reeya.Bersama air mata bertakung di tubirnya, Noah palingkan kepala lalu memandang Rain. "Aku tersukakan Reeya...dan sekarang aku tak boleh nak patah balik.." luahnya dengan sedih.
Rain pandang dengan kening mencerlung sedih.
"Kalau aku tak ajak kau keluar mesti kita dapat jemput Reeya..."
Ucapan Noah itu di dengar oleh Rain tanpa mengatakan apa-apa. Lelaki itu hanya memandang wajah sedih Noah dengan kening berkerut susah hati.
"Aku tahu aku tak patut sukakan Reeya, tapi aku tak boleh halang hati aku ni. Jadi sebelum aku menyesal. Baiknya aku beritahu kau dari awal lagi..."
"Tak apa Noah. Aku tahu. Aku tahu kau sukakan Reeya. Dah lama pun. Cuma tak cakap apa-apa. Sebab aku tahu kau pasti akan pilih persahabatan dari cinta...hal tu buat aku hormat pada kau. Jadi berhenti salahkan diri kau untuk apa yang terjadi pada Reeya. Kemalangan tu bukan berpunca sesiapa tapi dah ditakdirkan.."jelas Rain dengan cermat sedaya upaya mengawal sebak yang bertandang.
Lantas Noah kembali tunduk memandang wajah Reeya yang tersenyum lebar di dalam gambar graduasi tu. "Apa aku nak buat...Aku takut Rain...aku takut sangat.." rintihnya dengan suara serak hidung tersumbat. "Aku takut tengok Reeya terlantar lagi macam tu.."
Terketap terus bibir Rain dibuatnya. Lelaki itu cuba tahan diri dari menangis lagi.
"Aku sanggup ganti tempat aku untuk Reeya..."beritahu Noah dengan senyuman di bibir semasa air mata jatuh menitis-nitis atas cermin bingkai gambar tu. "Kau mintak je la...aku akan buat.."
Waktu itulah air mata menitis turun ke pipi Rain kerana lelaki itu ikut sendu dengan luahan Noah. "Bersabar la...kita kena yakin. Reeya pasti akan sedarkan diri."
Noah mengangguk kepala dengan terdesak. Dia tahu. Tapi mengenangkan apa yang doktor sampaikan, jantung dia ini sudah luluh sepenuhnya. "Kalau aku tahu mencintai seseorang sesakit ni, aku takkan cuba untuk menyukai sesiapa dari awal..."tertunduk Noah sambil memeluk rapat bingkai gambar ke dada kerana terlalu sedih.
Melihat keadaan Noah yang begitu teruk sedunya, Rain tepuk belakang badan tu untuk tenangkan rakan baiknya tanpa mengatakan apa-apa.
Dan pada masa itu di luar pintu bilik tidur tu berdirinya Zen. Yang mendengar perbualan dua orang itu sejak tadi. Sambil menghantuk belakang kepalanya ke dinding kekesalan, Zen sandar di situ menangis tanpa suara dengan mata terpejam rapat hendak tahan nangisnya dari berbunyi.
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
I dunno you guys, but ,I'm literally crying so bad till make my eyes swollen while making this 3 chapter for today.
Hope you like it. 😎😅
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...