11.

478 56 5
                                    

✳️✳️
❇️ Prank❇️
✳️✳️

Masuk-masuk saja ke dewan kuliahnya untuk hari itu, Reeya merancang prank untuk pensyarah kesayangannya. Miss Luisa. Seorang pensyarah yang cantik dan diminati ramai pelajar dalam fakulti mereka. Miss Luisa juga seorang wanita yang belum berkahwin lagi sampai sekarang. Miss Luisa ialah seorang wanita pertengahan umur yang sangat lemah lembut orangnya.

Dan sangat sayang pada para pelajar dengan memberi syarahan yang mana membuatkan pelajar-pelajar tertidur 15 minit kemudian dengan suara lunak merdunya sebaik sahaja kelas dimulakan. Sarcasm here!

Disebabkan Reeya pulang ke rumah tadi, dia kebetulan ternampak barang-barang lama yang digunakan untuk menyorak pasukan bola keranjang Rain beberapa minggu lepas terbiar tidak berguna. Dari membazir di buang begitu aje, tak salahkan kalau dia gunakan semula.

Bila mentol idea muncul, Reeya ambil keputusan untuk bawa barang-barang itu bersama dengan beberapa lagi peralatan mainan yang dibeli di kedai prank!

Tidak membuang masa sedetik pun, masuk sahaja ke dalam dewan kuliahnya langkah di atur terus ke podium pensyarah. Reeya meletakkan beg sandang yang penuh barang di atas meja kerja pensyarahnya. Kerusi tempat selalu pensyarah dia duduk di pandang saat tangannya sibuk mengeluarkan bantal yang mempunyai hon di dalamnya. Kusyen lama di kerusi itu di ganti dengan kusyen berhon.

Confirm pensyarah dia akan segar terus jika duduk di kusyen comelnya ini.

Mueheheheheh!

Setelah itu Reeya mencapai bekas marker dan duster yang ada di atas meja sebelum di simpan ke dalam salah satu laci yang ada di meja tersebut. Ianya adalah distraction untuk trick seterusnya.

Pendek cerita meja itu telah dikosongkan sepenuhnya.

Selepas dia selesai menyimpan ke semua keperluan pensyarahnya, Reeya mengeluarkan beberapa ular mainan berspring dari beg sandang kemudiannya. Oleh kerana hal tersebut, Reeya terpaksa ambik masa sikit untuk melipat ular-ular itu menjadi kecil lalu di letakkan ke dalam laci yang ada marker dan duster tadi.

Alright!

Dan siap semua persediaannya ini.

Dengan senyuman puas Reeya menepuk-nepuk tangan menghapuskan habuk imaginasi dari tangannya. Tanpa berlengah Reeya mengemas begnya dan turun dari podium itu sambil menyanyi kecil.

Harap-harap pensyarah dia suka dengan 'hadiah' kecilnya ini nanti!

Pandang saja ke depan,

         "Argh!!"Namun sebaik sahaja dia mengangkat kepala hendak memandang ke depan Reeya menjerit dan melompat terkejut setelah melihat orang yang duduk di atas barisan kerusi di dalam dewan kuliah itu. Beg di tangannya jatuh ke bawah kaki.

Flop!

Apakah-

Keith memandang ke arah Reeya sambil menopang kedua-dua tangan di pipi. Memandang gadis seperti sedang menonton sesuatu yang menarik.
 
          "What the hell?Bila masa awak masuk sini hah?"Reeya dengan kedua-dua tangan di dada. Serius!Waktu itu jantungnya berdegup sangat laju gara-gara terkejut dengan kehadiran Si Perenggus depannya!

           Keith menjungkit kening. "Lama dah...sejak kau letakkan bantal tadi sampai sekarang.."

Reeya membuat muka sebelum tunduk mencapai beg sandang di bawah kaki dan mula naik beberapa anak tangga untuk duduk di kerusi pertama di baris itu. Supaya mudah untuk dia keluar, kalau duduk tengah lambat lah nak keluar nanti.

Tanpa mengatakan apa-apa lagi, Reeya duduk di situ. Sama sekali tidak menghiraukan Keith yang dia perasan sedang merenung belakang kepalanya seperti mahu tembus terus darinya. Peduli la kalau Keith hendak dedahkan prank dia itu. Yang penting dia takkan mengundur hanya kerana Keith lihat apa yang dia lakukan sejak awal tadi.

Tapi kenapa Keith tak bersuara sejak dia sampai?

Pelik!

✳️✳️✳️✳️

Beberapa ketika selepas itu kelas mulai di kunjungi para pelajar. Suara bising mulai kedengaran dan kesibukan pelajar meriuhkan seluruh ruangan itu sebelum berhenti selepas Miss Luisa berjalan masuk ke dalam. Wanita berwajah perenggus dan suka membuat mulut itik berjalan naik ke podium sambil diperhatikan oleh Reeya dengan senyuman nakal di bibir.

Tanpa mencuragai apa-apa Miss Luisa terus menghenyak punggung di atas kerusi sebelum bunyi hon dan jeritan terkejut kedengaran serentak sebaik Miss Luisa duduk. Wanita itu ikut menjerit apabila hon yang kuat bising dari bawah punggungnya.

      "PON!!"

      "Argh!!"

Untuk seketika semua pelajar dalam kelas itu diam tapi selepas mereka sedar, barulah mereka mula meledak ketawa.

       Miss Luisa menjeling tajam tidak puas hati ke arah mereka. Dengan serta merta semua yang ada di situ terdiam. Memandang bingung Miss Luisa. "Siapa punya kerja ni?Hah?Beritahu saya sekarang jugak!"matanya menilik setiap wajah di situ dengan renungan tajam.

Reeya sedaya upaya mengawal mimik muka hendak ketawanya saat Miss Luisa memandang ke arahnya.

        "Fine...tak ada sesiapa nak mengaku?"soal Miss Luisa sambil melihat sekeliling meja. Mencari marker pen. Tetapi tiada. Jadi dia pun bergerak tunduk untuk membuka laci meja itu. Dia buka laci pertama, tiada, Hanya kertas sahaja di situ. Sebaik sahaja dia buka laci kedua, sesuatu yang panjang melantun keluar mengenai wajahnya.

POINK!

POINK!

Serta merta Miss Luisa menjerit dan jatuh terduduk di atas lantai kerana terlalu terkejut dengan benda yang di sangkakan ular tadi.

         "BUAHAAHAHAAAHAH!!!!"gelak semua orang yang ada di dalam dewan kuliah itu termasuk Reeya. Gadis itu ketawa sambil menepuk-nepuk permukaan meja. Terlalu lucu selepas melihat reaksi Miss Luisa.

Miss Luisa keberangan, dari leher kepala sampai telinga wanita itu kemerahan. Kalau boleh ada asap keluar dari kedua-dua belah telinga itu dah berkepul-kepul agaknya macam dalam cerita kartun. Wanita itu bangun dari duduk dan menghadap seluruh kelas itu dengan renungan marah.

          "Senyap!"teriak wanita itu dengan nada tinggi yang nyaring.

Semua mulut terkatup rapat pada masa yang sama sebaik mendengar suara itu.

         "Sekarang...saya beri amaran. Kalau tak ada sesiapa mengaku. Seluruh kelas akan di potong markah sebanyak 30 markah"ugut Miss Luisa dengan kepalan penumbuk di sisi.

Suara orang berbisik-bisik mula bergumam dalam dewan kuliah tidak lama kemudian. Semua kepala tertoleh kanan dan kiri, sedang mencari siapa pulak yang sengaja cari pasal dengan Miss Luisa. Tak pasal-pasal markah mereka akan di potong!

         "Saya hitung sampai 10....sekiranya tiada siapa yang mengaku ini perbuatan dia...jangan salahkan saya jika keputusan kamu paling corot semester ni!"kata Miss Luisa dengan muka marahnya.

Reeya menarik sengih, dia dengan rela hendak mengangkat tangan sebelum suara itu menyapa telinganya dari belakang.

          "Saya miss..."

Dengan serentak semua kepala tertala ke arah Keith yang sedang mengangkat tangan tinggi di udara.

         Miss Luisa berkerut kening saat memandang Keith. "Dah kenapa kamu pula nak buat hal begini Keith?"soal wanita itu sambil mencekak pinggang.

         Keith tersenyum manis. "Miss...sebab apa lagi. Sebab nak seronok lah...tak tengok ke semua pelajar dalam kelas ni happy?Bukan ke ianya perkara baik. Ianya menunjukkan kelas Miss ni tak membosankan.."seloroh Keith sambil menopang pipi dengan tangan kiri.

Reeya berkerut kening, dia memandang tidak percaya ke arah Keith. Rahangannya di ketap menahan sabar. Bukan ini rancangan dia. Bukan ini yang dia nak! Kenapa lelaki itu tiba-tiba nak mengaku semua kerja ni adalah perbuatan lelaki tu!

         "Disebabkan kamu pelajar terbaik kelas saya...saya maafkan kamu...tapi lain kali. Surat penalti sampai kepada ayah kamu Keith.."maklum Miss Luisa yang sepertinya sudah surut dari marah.

         "Okay miss..."balas Keith sambil melirik mata ke arah Reeya. Lelaki itu menarik senyuman meleret ke kanan yang mana membuatkan Reeya berpaling ke depan dengan renggusan tidak suka.

✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now