✳️✳️
❇️Suck to be Suck❇️
✳️✳️Ashlin berdengus menyampah, dia menyilang tangan ke dada.
"Apa kau cuba tunjuk hero dekat sini ke?Hello cermin diri kau tu sikit...tak ada siapa suka dengan perempuan selekeh dan berkelas rendah macam kau tu...dah lah kasar macam lelaki tak pandai bergaya, bersolek pun macam ahli sihir.pembuat masalah lagi tu. Berani nak tunjuk bagus depan aku?"komen Ashlin yang cuba hendak rendahkan dan menyakitkan hati Reeya.
Kata-kata itu hanya membuatkan Reeya menjungkit bahu tanda tidak kisah. Infact kata makian dan cemuhan langsung tak bagi effect kepada Reeya. Gadis itu hidup menjadi seorang yang lali dengan semua tu.
Jadi maki dan hamun la sebanyak mana. Reeya langsung takkan terjejas kerananya.
"Girl! Please. Its okay if you dont like me. Not everybody has a goodtaste."balas Reeya.
Ashlin menjuling mata kejengkelan, enggan mengiyakan yang dia telah kalah dengan Reeya.
"And keep rolling your eyes maybe you'll find your brain back there..."ujar Reeya bersahaja tetapi bernada sindir. Hujung bibirnya terjungkit sinis.
Ashlin mengepal penumbuk kebengangannya. Dia memandang tidak puas hati ke arah Reeya. "Shut the f*** up!"deram Ashlin yang sudah hilang sabar dan menyirap setiap kali bercakap dengan Reeya. Ada saja yang akan dibalas oleh Reeya yang mana membuatkan dia meradang.
Itu aje ke?
Alah!Tak best betul la!
Reeya menggeleng kepala sambil tersenyum manis."Aku tak marah kau panggil aku macam tu...aku cuma sedih sebab kau kurang kreativiti untuk gelarkan aku benda lain..you knuckle dragging, inbred swamp tw*t!"carut Reeya dengan nada selamba. Dia menarik senyuman sinis di bibir. Balas jangan tak balas!
Mulut Ashlin terbuka luas saat dia mahu membalas kata-kata Reeya itu. Namun Reeya memintasnya dengan serta merta.
"Itulah akibatnya bermulut longkang pada orang lain sambil memperbesar-besarkan kelemahan orang depan khalayak umum. Ini namanya buku bertemu ruas. Nak bermulut longkang biar dengan orang yang sama-sama bermulut longkang baru betul. Lesson learn!"senyum Reeya dengan bangga kerana Ashlin tidak dapat membalas kata-kata dia lagi.
Terus terkedu Ashlin dibuatnya. Mata gadis itu terbutang luas sebaik mendengarnya. "Apa masalah kau. Bukannya aku cari pasal dengan kau. Yang kau tetiba nak sakitkan hati aku pagi-pagi macam ni apahal!"dengking Ashlin. "Kau tahu tak ayah aku siapa. Dalam sekelip mata, aku boleh minta papa aku musnahkan hidup kau tahu tak!"ugut Ashlin sambil menunding-nunding jari ke Reeya. "Kau ingat dengan buat macam ni orang akan sukakan kau ke perempuan mulut longkang!"
Reeya menarik nafas pendek sebelum melepaskan hela nafas panjang. Dia perlahan-lahan dekati Ashlin lalu berdiri di depan gadis Barbie itu dengan tangan bersilang di dada. "You know what....I hope that one day you choke in the sh*t you talk..."ujar Reeya dengan nada dingin tanpa perasaan. "FYI aku suka buat orang yang bencikan aku semakin bencikan aku lebih lagi...so don't worry. Your wish already come true."Reeya menarik sengih meleret ke kiri dengan renungan mencabar.
"Aku lebih bagus dari kau Reeya! Ingat tu..orang sanjung aku dari kau!"desis Ashlin.
Reeya terus membuat muka teruja. Lantas dia bersuara girang." Congratulation! My middle finger salute you."balas Reeya yang sikit pun tidak terasa apa lagi peduli dengan kata-kata Ashlin. Siapa aje hairan kan tentang hal tu.
Ashlin tidak mahu mengalah. "Kau patut ingat...aku dating dengan ex kau...sekarang siapa lebih bagus?Nampak tak siapa yang lebih bagus dekat sini?"soal Ashlin dengan sengih mengejek di bibir.
Pfft!Reeya pandang Ashlin seperti gadis itu raksasa timbul mata dekat mulut.
"Oh...kau dating dengan ex aku? Cool. Aku tengah makan sandwich.."tunjuk Reeya sandwich yang kebetulan di pegang olehnya tadi yang disediakan oleh Noah dari rumah sebelum ke situ. "Ada sesiapa nak saki baki?"balasnya sambil ketawa kecil. "Bitch please. Aku tak jilat ludah yang aku lepaskan. Bukan semua sukakan left over. "sengihnya hendak ketawa di situ. Macam la dia kisah dengan siapa Ashlin bercinta. Dengan ex ke dengan pakcik ke atuk ke jiran sebelah rumah dia ke...ingat dia kisah!?
Wajah Ashlin menjadi kemerahan, seperti baru makan cili api setelah mendengar kata-kata itu. Dia hanya berdiri tegak di situ saat Reeya datang merapatinya lalu berbisik di cuping telinganya.
"Ini pesanan terakhir aku. Jangan sesekali kau rendahkan orang lain macam tadi. Sekali lagi aku nampak kau akan terima lebih dari makian aku..."pesan Reeya sebelum berpaling dari situ. Tetapi kembali memandang ke belakang untuk pandang Ashlin. "Sebelum aku lupa...jangan harap aje muka dan gaya kau branded..perangai tu ubah sikit. Kalau tak ubah, kau tu sama aje dengan mannequin dekat display rak..cantik tapi kayu tak ada otak." katanya sebelum menggigit sisa sandwich yang dipegangnya itu.
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...