48.

378 55 2
                                    

✳️✳️
❇️ BERAT ❇️
✳️✳️

          "Round two!Round two!!"sorak Rain sewaktu Reeya sudah tercungap-cungap kepenatan.

Masakan tidak, nak membawa lelaki berbadan tinggi yang lagikan berat ni naik tingkat atas bukan benda mudah. Mujurlah Keith tadi tolong dia bawa Noah dan Zen. Kalau tidak esok memang tak bangun dia sebab sakit pinggang. Baru aje tadi Keith balik. Tinggalkan dia selepas settle kan mereka semua.

Sesi menangis dia dengan Keith buatkan dia malu saat mengingatkannya. Tapi Keith sikit pun tak cakap apa-apa, Yang mana Reeya hargai gesture Keith.

Rain jatuh telentang atas katil tu. Masih mengagau membebelkan sesuatu yang tidak jelas kerana terlalu mabuk!

Ugh!

Don't do alchohol everyone.

         "Please lah Rain..jangan macam ni lagi. Aku penat lah...."keluh Reeya semasa menanggalkan kasut dari kaki Rain dan menaikkan kaki lelaki itu atas katil. Dia kemudiannya menyelimutkan tubuh Rain dengan malas.

        "Hahaha...girls. Round two...in the house~~"nyanyi Rain sebelum lelaki itu terus tidak sedarkan diri.

Reeya yang lihat hanya menggeleng kepala. Dah tak tahu nak cakap apa lagi dah.

Tanpa berlengah Reeya keluar dari situ. Baru sahaja pintu bilik Rain di tutup, dia dikejutkan dengan kehadiran Noah. Lelaki itu sedang bersandar di tepi dinding sebelah pintu bilik mereka.

           "Apa awak buat dekat luar sini Noah?" tanya Reeya sewaktu duduk mencakung depan Noah. Menanggalkan sebelah lagi kasut dari kaki Noah sebelum melingkar tangan di sekeliling torso Noah untuk menyokong lelaki itu bangun.

          "Jangan bencikan saya Reeya...."rengek Noah saat menarik Reeeya duduk semula ke lantai dan menyandarkan muka ke dada itu. Tangan lelaki itu memeluk erat belakang badan Reeya. "Please...saya janji saya akan jadi lelaki yang baik untuk awak Reeya..."sedunya lagi.

Reeya melepaskan keluhan. Haih!Apa lagi drama dia nak hadap ni! Dia cuba menolak badan Noah tetapi lelaki itu enggan menjauh. Malah mengeratkan lagi pelukan adalah.

          "Ya..Ya...saya takkan tinggalkan awak...sekarang mari kita bangun. Awak tak boleh baring dekat depan pintu macam ni..."ajak Reeya bernada memujuk.

Noah menjauhkan kepalanya dari dada Reeya lantas dongak memandang gadis itu. Mata yang sedia merah itu mula berkaca hendak mengalirkan air mata.

           "Awak janji ni?"tanya Noah dengan muka merah padam dan mata separa terbuka.

           Memangnya hari ini adalah hari Emo Sedunia ke?Kenapa semua orang menangis? "Ya..."angguk Reeya.

Bersama keluhan letih, Reeya membantu Noah bangun dari situ lalu bergerak ke seberang koridor dengan susah payah. Hampir hendak terjatuh dia dibuat berat badan Noah. Mujurlah dia dapat imbangkan badan dengan rel besi tangga tersebut.

Selepas beberapa ketika, akhirnya Reeya berjaya membawa Noah ke bilik lelaki itu dan membaringkan Noah ke atas katil. Seperti Zen dan Rain , dia membantu Noah menanggalkan kot di badan. Sedang Reeya tunduk membongkok menanggalkan kot di badan itu, secara tiba-tiba tangan Noah naik melingkar ke pingang Reeya. Noah menarik tubuh Reeya jatuh menghempap badannya secara mengejut.

What the!

Reeya menarik nafas terkejut taktala Noah membalikkan badan dia baring ke atas katil sementara lelaki itu berada di atas badan dia. Kedua-dua lengannya berada di atas dada bidang Noah ketika Noah meletakkan kepala di ceruk lehernya.

Apa yang!

Ugh!

Noah ni memang nak kena tau!

Mujurlah dalam keadaan tak sedar!

Kalau tidak free...free aje kena kick dengan dia!

          "Reeya...awak tak tahu separuh gila bila tengok awak dekat dengan saya tapi tak boleh jadikan awak milik saya....."gumam lelaki itu di balik ceruk leher Reeya.

          Nafas hangat Noah itu buatkan Reeya menelan air liur gemuruhnya dengan susah payah!Dada dia menjadi sesak semacam! Dengan keras dia menolak badan Noah ke atas. Mahu bangun dari situ. "Noah...awak tengah mabuk..awak tak tahu apa yang awak tengah cakapkan sekarang ni..."gelut Reeya yang tidak berjaya. Kenapa badan lelaki semuanya berat-berat!?

         Noah menggeleng kepala. "Tak...saya tahu apa saya rasakan untuk awak Reeya, saya cintakan awak Reeya. Saya cintakan awak sampai sakit saya rasakan setiap kali berada dekat dengan awak...."lafaz Noah bernada seperti orang sedang mamai hendak tidur.

Reeya mengetap bibir sebelum menelan air liur. Serius la! Matanya terbutang luas taktala Noah tertidur di ceruk lehernya.

Mimpi kan semua ni?

Noah?

Antara ramai-ramai lelaki?Kawan baik abang dia sendiri suka akan dirinya ini?

Oh gosh!

✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now