✳️✳️
❇️ TEMANKAN ❇️
✳️✳️Tepat jam 9 malam, lampu kafe itu terus tertutup dan para staf yang bekerja di situ masing-masing berpisah haluan setelah pamit meminta diri pada bos dan sesama rakan sekerja yang lain.
Orang pertama yang nak sangat pergi dari situ itu sudah pun berpaling sebelum yang lain berpaling. Bukannya apa, dia cuma tak nak dengar....
"Reeya jom keluar makan sama nak tak.." ajak Reeya.
Damn it!
Ingatkan dah terlepas tadi!
Tertangkap jugak!
Sh**!
Reeya memejam mata kegeraman, itulah perkara yang dia tidak mahu berlaku. Selalu dia terkena kalau keluar dengan Amanda. Sudah la makan banyak-banyak, mahal-mahal pulak tu..nanti bila masa nak bayar tahu pulak cakap duit tak cukuplah, lupa bawak dompetlah apa lah. Ada saja alasannya. Dia tidak berkira sangat dengan duit, tapi masalahnya kalau selalu kena siapa je yang tahan. Bukannya dia ni jenis suka minta duit bapak sendiri. Dia pakai duit dia sendiri kut!
"Oh..aku ada hal. Lain kali jer lah ya.."tolak Reeya pada masa itu telefonnya berdering minta di angkat. Oh yes! "Hah, ada apa?"jawab Reeya serta merta selepas mencapai telelon dari poket seluarnya. Dia menarik senyuman plastik ke arah Amanda sebelum air mukanya berubah mencerun kerana panggil tu. "Siapa?"tegasnya memegang kuat telefon tu.
Amanda berdiri di situ memerhati Reeya dengan kening berkerut tidak faham.
"Mana mereka sekarang?"tanya Reeya dengan muka tidak puas hati. Dia jalan mendekat ke tepi jalan. Ingin menahan teksi yang lalu lalang di situ. "Sekejap..saya ke sana sekarang..."balas Reeya selepas sebuah teksi berhenti di depannya. Dia membuka pintu teksi tersebelum memandang ke arah Amanda." Jumpa esok...bye. Sorry ya sebab tak dapat makan sama..."lambai Reeya sebaik masuk ke dalam kereta.
Amanda yang lihat membalas lambaian itu ketika teksi tersebut bergerak maju ke depan.
Selepas pemanduan selama 20 minit teksi yang membawa Reeya berhenti di depan sebuah bangunan yang berlampu kelip-kelip. Orang sibuk keluar masuk dari bangunan tersebut. Ada yang ketawa terbahak-bahak, ada yang terhuyung hayang hendak tumbang. Ada yang di pimpin keluar dengan rakan sendiri sambil meraung menangis seperti nak satu kawasan tu dengar suaranya.
Setelah Reeya keluar dari teksi, dia terus mengerling ke kanan dan kiri. Mencari kelibat orang yang dikehendaki!
Apa la nak jadi dengan mereka ni!
Tak menyakitkan hati dia, menyusahkan dia!
Masalah...masalah!
Keluhan letih dilepaskan setelah dia melihat tiga orang jejaka duduk di bangku dengan kepala masing-masing terlentok ke kanan dalam satu arah. Seseorang berdiri di situ tunduk memandang telefon. Mahu tak mahu Reeya menghampiri bangku itu.
"Macam mana awak boleh bersama dengan mereka Keith?"tegur Reeya selepas mendekat. Dia tunduk memeriksa Rain, Zen dan Noah di situ.
"Gosh...!"hidung Reeya berkerut sebaik menghidu bau tiga orang itu. Busuk dengan bau peluh, minyak wangi dan minuman mereka. Berapa banyak mereka bertiga ni telah minum?
"Rain yang ajak aku masa kita orang bertembung dekat tempat parkir kereta tadi. Rain terutamanya...Nampak frust. Aku pun setuju la ikut dia orang...tak tahu pulak teruk macam ni"jelas Keith.
"Hei...boleh bangun tak ni?"kejut Reeya setiap seorang di situ. "Dah tu kenapa awak tak bawa mereka pulang terus?"tanya dia cuba tarik Rain bangun dari tersondong di bangku itu. Tapi bertanya ya ampun!
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...