✳️✳️
❇️ ICU ❇️
✳️✳️Dengan serentak tiga orang lelaki itu berlari masuk ke dalam hospital dalam keadaan basah lencun. Wajah masing-masing pucat lesi. Mata mereka liar melihat kesibukan dalam kawasan hospital. Sebab tak tentu arah kerana begitu terkejut dan ketakutan. Jadi pandangan mereka waktu itu agak berkabut.
Berdiri saja di depan kaunter, Noah, Zen dan Rain bertanya kepada setiap staf di situ dengan serentak mencari nama Reeya dalam senarai pesakit di situ. Bila mereka dapat maklumat, dengan lekas mereka bergerak ke arah lif. Pergi ke tingkat dimana Reeya menerima rawatan.
Dalam hati masing-masing sudah berdua agar segalanya baik-baik sahaja.
Sejam yang lalu, mereka dapat panggilan dari Encik Hill bahawa Reeya telah terlibat dengan kemalangan berantai yang disebabkan sebuah treler yang hilang kawalan akibat jalan yang licin. Oleh kerana waktu itu Encik Hill di luar negara atas urusan kerja, terus capai Rain untuk memaklumkan kejadian tersebut.
Memang tak fikir panjang Rain dan mereka yang lain terus bergegas ke hospital.
Masa Rain dengar berita itu, jantungnya ibarat mahu gugur dari tangkainya. Luruh seluruh perasaannya.
"Rain sini!"panggil Zen apabila dia dapat bilik dimana Reeya di tempatkan.
Kalut-kalut ketiga-tiga kepala tu berpaling ke arah kanan koridor dan berlari merentasinya. Setelah tiba, mereka di sapa oleh seseorang di tepi pintu bilik tu. Sedang berdiri di hadapan seorang doktor.
Waktu itulah Rain, Noah dan Zen berhenti berjalan. Mereka bertiga pandang bungkam akan lelaki lampai depan doktor di situ. Dan disebelah dua orang itu, sebuah dinding kaca memaparkan jelas apa yang terjadi dalam ruangan itu.
"Mujur kecederaannya tidak serius selain luka terkoyak dan luka kecil. Tiada pendarahan dalaman atau keretakan dimana-mana tulang. Buat masa sekarang kita hanya tunggu sehingga pesakit sedarkan diri. " beritahu doktor bertugas yang merawat Reeya.
Keith yang dengar mengangguk kepala faham. "Terima kasih doktor."
"Saya minta diri dulu."pamit doktor itu memberi tepukan pada tepi lengan Keith sebelum berlalu dari situ.
Sambil termenung Keith angkat kepalanya menghantar pemergian doktor itu yang mana hanya buatkan dia bertentang mata dengan tiga orang lelaki yang berdiri di koridor dalam keadaan basah kuyup.
"Kau dah datang.."sapa Keith dengan renungan dinginnya ke arah Rain, Noah dan Zen di situ.
Ketiga-tiga mereka di situ pandang ke arah Keith tanpa mengatakan apa-apa. Selain riak wajah pucat lesi dan kebasahan, mereka sudah tiada daya hendak bercakap kerana masih dalam keadaan terkejut bila dengar berita kemalangan yang menimpa Reeya.
Serius mereka masih dalam keadaan shocked dan kebingungan!
"Apa yang berlaku?Macam mana keadaan Reeya?"tanya Noah terketar-ketar.
Mungkin dua orang itu perasan kehadiran mereka bertiga, dengan serentak kedua-dua orang itupun berpaling. Menunjuk riak wajah yang buatkan Rain jatuh terduduk di atas lantai tidak terkata. Dengan wajah tak percayanya Rain menggeleng kepala kerana tidak boleh terima apa yang dia baru lihat!
Keith disitu memandang berang ke arah Rain!
Noah dan Zen di situ pandang dengan penuh takut akan apa yang mereka lihat di dinding kaca bilik kecemasan itu. Dan air mata turun dari mata Noah apabila lelaki itu lihat Reeya terlantar dengan wayar berjalar sana sini. Kepala itu berbalut, kesan luka dan mata itu kebiruan.
"No...not again...please..."Rain cengkam rambutnya penuh stress. Belakang badannya tersandar pada dinding. "Please god...please...not again!"
Zen pegang dinding cuba cari kekuatan untuk tidak pitam di situ.
Sementara itu Noah hanya berdiri kejung di depan cermin kaca tu dengan air mata mengalir turun ke pipi.
"Apa yang kau orang dah buat!"jerkah Keith semasa mendapatkan Rain. Wajahnya kemerahan. "Apa kau dah buat dengan biarkan Reeya drive sendiri dengan apa yang dah terjadi pada dia!"
Dua orang pengawal keselamatan yang mengikuti Keith bergegas mendapatkan tuan mereka. Cuba menghalang tuan mereka dari melakukan kekasaran. Namun kekangan mereka tidak menghalang Keith dari tarik Rain bangun dari situ. Dengan kasar Keith hentak badan Rain ke dinding sambil mencekau kuat kolar baju tu.
"Jawab aku Rain!Abang jenis apa yang biarkan adik sendiri drive dalam keadaan hujan macam nI!"bentak Keith lagi di depan muka tu.
"Tuan Keith..bawa bertenang. Di sini hospital..."Rain terdiam di situ saat badannya di hentak-hentak ke dinding oleh Keith. Dan setiap kali Keith membentaknya, titisan air mata mengalir turun dari tubirnya.
"Kau tahu tak apa kau dah buat pada Reeya!"teriak Keith begitu sedih dan marah pada masa yang sama. Air mata akhirnya tumpah di pipi Keith sewaktu dia tunduk tersedu sedan menangis. "5 tahun aku tunggu untuk bersama dengan Reeya....dan kau musnahkan semuanya kerana keputusan bodoh kau!"
Pengawal-pengawal di situ tarik Keith menjauh dari Rain apabila lelaki berhenti dari mencengkam kolar baju tu.
"Sedarkan balik Reeya aku..."raung Keith di dalam pelukan pengawal-pengawal di situ begitu devastated dengan berita yang disampaikan oleh doktor kepadanya sebentar tadi. "Sedarkan dia semula!"rontanya dengan bersungguh hendak bebas dari mereka. "Kembalikan Reeya dekat aku Rain...kembalikan dia!!!"
Rain tersandar di dinding tu dengan mata berkacanya. Dia tidak tahu hendak bagaimana lagi. Kepala dia terlalu kosong untuk memikirkan apa-apa lagi.
"Doktor cakap Reeya mungkin takkan sedar lagi...kecederaan lama dia buatkan dia ada pendarahan dalam otak Rain!Apa kau nak buat!"raung Keith di dalam kekangan pengawal peribadinya. Kalau bukan kerana panggilan yang diterima oleh pasukan penyelamat yang mengeluarkan Reeya dalam kereta, mungkin Keith takkan tahu apa yang terjadi pada Reeya.
Zen menutup mulutnya dengan kepalan penumbuk menahan diri dari menangis bila dengar apa yang Keith baru sampaikan. Dia begitu ketakutan bila membayangkan Reeya terlantar sekali lagi.
Oleh kerana tidak berdaya lagi, Noah turun melurut dari dinding kaca tu lalu bercangkung menangis tanpa suaranya. Matanya dipejam rapat cuba berdua dalam diam supaya Tuhan selamatkan Reeya.
Di saat mereka bertiga tenggelam dengan perasaan masing-masing, Reeya di dalam ruangan ICU kelihatan tenang dalam lenanya yang dalam. Tiub oksigen bersaiz besar berada dalam mulutnya yang ternganga, tangan kanan tertusuk dengan IV drip. Wayar berjela-jela di sekitar katil.
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...