✳️✳️
❇️ RUGI ❇️
✳️✳️"Baik papa jujur dengan Reeya!"
"Betul la. Kamu ingat papa dah tak ada kerja lain ke nak buat sampai lakukan hal begitu?"
"Tipu!Reeya tahu papa upah orang untuk intip Reeya dekat kolej ni. Ingat Reeya tak tahu ke!"marahnya ke panggilan itu.
"Selain abang kamu..tiada orang lain Reeya. Sumpah!Boleh tak kamu berhenti tuduh papa yang bukan-bukan. Papa memang tak upah orang untuk intip kamu dalam kolej tu. Dan lagi satu..kamu kata apa tadi?kamu cuba nak dibuang dari kolej tu?"
"Ish!Jangan nak ubah topik. Reeya tahu papa cuba halang Reeya dari berhenti kolej kan."
"Memangnya kamu nak berhenti?Jangan macam-macam Reeya. Kamu tahu tak betapa susahnya papa dapatkan tempat untuk kamu dalam kolej tu.!"
Ugh!
Bukan ini jawapan yang dia nak dengar!
kalau bukan papa dia siapa lagi?
Tak mungkin Rain!Abang dia terlalu sibuk untuk lakukan hal semua ni!
Lagipun Rain bukannya kenal dengan Keith. Mereka berdua berbeza fakulti. nak jumpa memang jarang la kan!
Tapi tak apa! Dia ada banyak lagi idea untuk buatkan dirinya di buang kolej!
"REEYA SUMMER!"panggil Rain dari tingkat bawah menyentak gadis dengan mesin pencerai kertas di atas lantai itu. Dengan lekas Reeya mengangkat kepala.
"ADA APA!!"laungnya Reeya sambil meletakkan heleian kertas ke dalam mesin tu. Helaian kertas tadi bercerai-cerai seperti mee spaghetti.
Terus senyap tiada suara lagi.
Jadi Reeya tidak hiraukan dan kembali meneruskan kerja-kerja dia. Memang penuh dah bilik tu dengan plastik berisi ceraian kertas yang dia kerjakan selama berhari lamanya semata hendak teruskan misi 'DIBUANG KOLEJ' dia itu.
Namun tidak lama kemudian sebelum pintu biliknya terbuka luas.
Muncul Noah tidak berbaju dan hanya berseluar pendek berdiri di depan pintu itu. Cermin mata terpasang di muka tu. Mulanya lelaki itu terkedu seketika sebaik sahaja dia lihat bilik Reeya dipenuhi dengan beberapa beg plastic yang sangat besar dan penuh dengan ceraian kertas di dalamnya. Tapi lepas sedar dari terkejutnya dengan bingung dia masuk ke situ sambil pandang kanan dan kiri ruangan tu.
"What the hell is going on at here?"soal Noah saat berjalan masuk ke dalam bilik tu.
Reeya waktu itu sedang bersila di atas lantai bersama dengan tiga set mesin pencerai kertas berlainan di sekelilingnya. "Awak nak apa?Asal Rain pekik nama penuh saya?"soal Reeya sambil mengumpul kertas yang telah bercarik-carik itu dari atas lantai lalu dimasukkan ke dalam plastic di sebelahnya yang semakin penuh.
"Mana lah saya tahu...saya sendiri baru keluar dari bilik..."jawab Noah. "Better awak turun...kalau dia panggil nama penuh macam tu mesti ada something awak dah buat..."ujar Noah sambil membelek plastik-plastik yang tersusun di tepi pintu bilik tu. Apa aje la budak kecik ni nak buat dengan kertas-kertas ni?
Mahu tak mahu Reeya bangun jugak dari duduknya sebelum membuat regangan.
"Haih...kacau betullah..nak buat kerja pun tak senang."sungut Reeya sambil berjalan keluar dari bilik dan jalan sepanjang koridor itu sebelum menuruni tangga. Setelah dia tiba di bawah tangga matanya terus terarah pada Rain yang turut tidak berbaju. Lelaki itu sedang dongak memandang siling. Dengan langkah kaki orang sedang protes Reeya berdiri di depan pintu ruang tamu itu. "Asal?Kau nak apa?"
Rain berpaling, dia memandang Reeya dengan wajah bersinar penuh harapan.
"Hah..turun pun kau...wei. Ingatkan tadi dah pekak terus."seloroh Rain di tepi sofa itu.
Reeya buat muka hendak mencarut saat tangannya naik seakan mahu menumbuk muka tu. Tak sayang mulut tau Rain ni!Cakap ikut suka je!Kesian siapa jadi teman wanita Rain nanti!"Kau tu kalau cakap tak menyindir...tak hidup agaknya kan?"bebelnya pula.
"AH..what ever. Ni...aku tak tahu apa masalah dengan lampu ni. Aku dah try ganti..tapi lampu tu tetap berkelip-kelip. Sakit mata pulak aku tengok. Kau tolong tengokkan boleh tak?"minta Rain sambil menarik Reeya dekat ke tangga yang terarah pada lampu di siling.
Zen yang turut berada di ruang tamu itu sejak sedang memegang dua biji mentol di kedua-dua tangan di pandang Reeya. "Kau pun tak boleh?"soal Reeya bernada tidak percaya. Tiga manusia ni memangnya tahu apa aje selain besarkan punggung dah makan?
"What...aku dah try okay..."balas Zen yang cuba pertahankan diri. "See dua mentol aku guna.."tunjuk Zen pada mentol putih di tangannya.
Reeya menggeleng kepala tidak percaya, sambil tu dia mendaki tangga yang ditegakkan bawah lampu gantung tu.
"Apalah nak jadi dengan hidup aku ni...ada tiga orang lelaki duduk satu rumah seorang pun tak reti nak pasang mentol?Rugi betul."keluh Reeya dengan perlahan. Dia berdiri di atas tangga yang di pegang oleh Rain dan Zen yang mana semuanya dongak memandang siling.
Dengan cekap Reeya menanggalkan mentol itu dari siling dan dimasukkan mengikut soket yang betul. Setelah selesai dia berpusing memandang ke arah Noah yang berdiri di sebelah suis lampu waktu itu. Terpempan sekejap bila tengok lelaki tidak berbaju dan bercermin mata pada masa sama sedang berdiri di situ. Ingat hutan ke apa rumah ni? Yang mana Noah menurut tanpa protes. Cahaya putih lip-lap kelihatan sebelum mentol tersebut bercahaya sepenuhnya.
Clap!
Clap!
Clap!
"Sememangnya. Cik Bermasalah kita ni ada fungsinya jugak kan!"seloroh Rain dengan senyuman bangganya.
Reeya di atas tangga tu dah angkat kaki hendak sepak muka tu, tapi dia sabarkan aje la. Tak boleh nak buat apa. Mulut Rain ni memang lama-lama mintak kena sental dengan besi penggosok buntut kuali nanting kang!
"Wow! Hebat betul!"tepuk Noah dengan teruja.
"Good job Shortcake!"Zen memberi thumbs up pada Reeya sebaik sahaja gadis selesai menuruni tangga.
Dengan muka kebosanan dan fed up Reeya bergerak keluar dari ruang tamu itu untuk kembali menyambung kerjanya sebelum masuk kerja di kafe. "Aku balik lewat malam nanti. Jangan tunggu aku!"pesannya semasa melewati tiga orang lelaki yang berkumpul di situ.
"Nak aku jemput kau balik ke?"tawar Rain.
Reeya tiba di depan tangga untuk naik ke tingkat atas. "Semak!Jangan nak mengada. Bukannya aku tak tahu kau tu akan tapao aku duit minyak bagai!"
"Kalau nak aku boleh je temankan kau nanti Reeya!"aju Zen saat dia melipat tangga untuk di simpan.
"Tak payah. Aku okay."suara Reeya kedengaran sayup selepas dia tiba di tingkat atas saat itu.
Noah tak cakap apa-apa dekat situ, dia hanya tersenyum sambil menggeleng kepala kerana sikap berdikari Reeya itu. Ini tak lain tak bukan mesti ada something yang dirancang dalam diam tu.
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
45. Bila Cinta Tak Bersatu
General FictionTipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meles...