29.

398 49 0
                                    

✳️✳️
❇️ TAK CAM ❇️
✳️✳️

          "Something tak kena dengan Reeya.."beritahu Rain semasa jalan menuruni tangga untuk ke ruang tamu. Matanya sempat mengerling sekeliling. Noah dan Zen nampaknya dah bergerak dulu. Kawan dia ni kan tak reti nak menyabar betul. Tak kemana pun perlawanan besbol tu!Ada aje dekat stadium tu. Sabar je la!

          "Kenapa dengan adik kamu?"soal Encik Hill dalam panggilan.

          Setibanya di ruang tamu, Rain dekat sofa lalu capai jaket yang tergeletak di arm rest. "Kebelakangan ni Rain perasan ada yang tak kena dengan dia...papa rasa adakah Reeya dah mula ingat apa yang berlaku 10 tahun yang lalu?"kunci kereta dan telefon di atas meja kecil depan sofa di capai.

          "Tak mungkin. Doktor beritahu papa yang ingatan Reeya takkan kembali lagi kerana kerosakan yang terjadi kerana kemalangan tu..."

          "Kalau macam tu apa yang tak kena dengan Reeya?Hari ni dia tanya Rain lagi mengenai kemalangan tu..."dia atur langkahnya ke arah pintu keluar pula. Kasut yang tersedia di atas lantai depan pintu di sarung ke kaki dengan mudah.

           "Apa Reeya tanya jugak!?"

            Soalan itu buatkan Rain berdiri memandang pintu yang tertutup rapat depannya. "Dia tanya...kenapa Rain tak nak ceritakan pada Reeya tentang kemalangan yang menimpa diri dia tu?Apa penyebab kemalangan dia sampai dia boleh hilang ingatan dan tak ingat apa-apa?"

           Keluhan kedengaran tidak lama kemudian dari dalam panggilan tu. "Kamu beritahu dia ke?"

          "Tak mungkin Rain akan ceritakan hal sebenar pada Reeya. Rain tak yakin Reeya boleh terima kenyataan sebenar kenapa kemalangan tu berlaku."keningnya berkerut-kerut bila teringat akan peristiwa dimana Reeya terlantar koma kerana kemalangan tu...tragis dan sangat menyayat hatinya. Setahun dia alami depressed. Kalau bukan kerana papa mereka, dia mungkin tidak akan dapat bersama dengan Reeya sehingga sekarang ni.

          "Rain-"

         "Tak apa...Rain faham."pintas Rain serta merta bila dia tahu apa yang papa dia cuba nak sampaikan. "

        "Maafkan papa kerana letakkan kamu dalam posisi yang sukar ni. Tapi hanya cara ni saja dapat bantu Reeya.."

         "Sampai bila?Lama-lama Reeya akan cuba cari tahu jugak apa yang terjadi. Noah dan Zen pun dalam keadaan yang sukar sebab Reeya tak habis-habis tanya mereka tentang kisah zaman kanak-kanak kami?"tombol pintu di pegang dengan erat. Memori lama bermain dalam fikirannya. Buatkan bulu romanya tegak meremang.

         "Selagi kita boleh simpan rahsia ni. selagi tu kita takkan beritahu Reeya. Papa tak nak Reeya tahu mengenai kejadian tu...kamu sendiri tahu kan apa alasannya. Sampaikan pesanan ni kepada Noah dan Zen..."

          "Okay."barulah Rain tarik tombol pintu ke dalam. Pandang saja dia ke depan, berdirinya seseorang di depan pintu tersebut menghadapnya. Dalam keadaan tangan masih memegang telefon, Rain kaku terdiam kerana terkejut dengan kehadiran lelaki di depan rumahnya. Mamat sengal ni lagi?"Rain call papa balik nanti."pamitnya dengan perlahan tanpa mengalihkan pandangannya.

           "Reeya ada tak?"

           "Kau!Lelaki yang kacau Reeya hari tu kan?"Rain seluk telefon ke dalam poket belakang seluarnya.

           "Keith Fraser. Itu nama aku. Dan yang kacau aku hari tu Reeya. Bukan aku kacau dia."

           Mata Rain naik turun menilik lelaki lampai di depannya. Berasa curiga. Kenapa lelaki ni ke sini? "Reeya tak ada. Dia kerja part time dekat kafe."jawabnya acuh tak acuh.

          "Oh. Okay la kalau macam tu tak apa. Thanks."angguk Keith sebelum berpaling hendak pergi dari situ.

          "Hei!Sekejap!"Rain jalan mendapatkan Keith. Lengan lelaki itu di pegang lantas memaksa badan itu menghadapnya semula.

Berpaling sahaja Keith, mereka berdua saling bertentang mata.

         Dengan renungan dingin tiada emosinya, Keith tenung tepat ke tatapan serius Rain. "Kenapa?"

        "Sebelum ni kita ada berjumpa ke?"Rain cuba menilik dalam-dalam wajah Keith. Entah kenapa dia ada perasaan familiar sebaik sahaja memandang wajah tu. Seakan dia kenal tapi tak tahu dekat mana dan bila.

        Hujung bibir Keith terjungkit sinis. "Kenapa?Kau kenal aku ke?" Mestilah orang tidak kenal dia siapa. Dulu dirinya seorang budak lelaki bertubuh gempal dan berpipi tembam. Dan sekarang dia telah dewasa, tubuhnya juga sasa dan pipinya tidak lagi tembam. Penampilan dia berubah sepenuhnya. Jadi sekalipun Rain yang pernah menemui dia lama dahulu sewaktu perkenalannya dengan Reeya, Rain tidak akan dapat mengecam dirinya lagi. "Is it my name still not clear to you Rain Storm?"soalnya sebelum menarik sengih sinis.

Semakin berkerut-kerut kening Rain dibuatnya.

      "Apa maksud kau?"

      "Keith Fraser. Cuba ingat balik. Maybe kau akan tahu siapa aku."Keith bergerak semula hendak berjalan. Niat dia ke situ untuk bertemu dengan Reeya. Kalau gadis itu tiada, dia akan cari di tempat lain!

       "Hei!"Rain halang sekali lagi. Dia pegang kolar baju Keith dengan sebelah tangan. "Jangan nak main-main. Aku serius dengan kau sekarang ni!"ujarnya. "Kita pernah jumpa ke?"

       Mata Keith turun ke bawah. Melihat tangan  yang mencengkam kolar bajunya saat itu. Berani betul sentuh dirinya ni? "Nampak aku tengah bergurau ke sekarang ni?"tanya dia dengan mendatar.

       "Kau nak apa dengan Reeya hah?"Rain tarik kolar tu dengan marah.

       Masih berdiri tegak di situ tidak berganjak Keith tenung dalam akan tatapan mencerun Rain. "Bukan urusan kau."

       "Urusan aku sebab dia adik aku!"Rain berderam berang.

Sedang mereka berdua saling berlawan mata, seakan siapa yang bakal menumbuk dulu. Kening Rain mencerun marah sementara Keith tenang dengan tatapan dingin tidak pedulinya.


✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now