81

9 3 0
                                    

"What time you come back semalam?" Soalan Ryan kedengaran agak garang untuk telinga aku. Aku pandang Ryan, terkebil-kebil.

"12:45 AM," Balasku sepatah. Semalam aku ada tengok jam sewaktu kereta Danny tinggalkan aku. Agak lama kami tunggu dalam kereta. Semuanya gara-gara nak bagi peluang kepada Stella dan Ryan. Saat aku sampai ke rumah, Stella sedang basuh periuk belanga. Tak nampak pula, Ryan barangkali sudah pulang awal. Aku dan Stella juga tak berbual panjang sebab aku dah kepenatan.

"Lambatnya balik. Kau tu perempuan," tegur Ryan. Aku kerutkan dahi. Kau dah kenapa Presiden? Kalau aku balik awal kan ganggu "me time" kau dengan Stella, jadi aku pun naik lah lambat sedikit. Eh! Tiba-tiba aku pulak yang disekolahkan olehnya.

"Apa kaitan perempuan dengan balik lambat? Lagipun, Danny yang hantar balik," aku membela diri. Tak pasti kenapa aku pula sedang berhujah untuk membela diri daripada diserang oleh Ryan. Lagipun, aku tak melakukan apa-apa kesalahan, kenapa aku pula yang macam orang bersalah ni? Aku ketap gigi, mula rasa tak puas hati.

Namun, reaksi Ryan berbeza. Barangkali cuma mengusik sahaja tadi. Dia mengambil kot dan tali leher yang tergantung di sebalik kerusi.

"Gi ambil beg. We're meeting possible partner," kata Ryan, menyarungkan stoking. Dia letakkan kot dan tali leher di atas meja. Aku kerutkan dahi dan buat isyarat tanya sama ada sekarang atau bukan. Dia angguk dan suruh aku cepat.

***

"Vlin, I think we matched well," kata Natasha menghirup earl grey tea yang masih hangat. Vlin ketawa sarkastik. Dia melihat proposal yang pernah diberikan pada Natasha, kini telah dikemaskini dengan lebih teliti dan baik.

Natasha mungkin tampak macam tak reti buat kerja, namun tak dinafikan idea tambah baik Shopa 2.0 akan menjadi lebih sempurna. Vlin memandang Natasha. Petang itu mereka bertemu di padang polo, tempat biasa orang kaya lepak. Kekasih Natasha, sedang bermain polo dengan beberapa orang kenamaan. Salah seorang daripada mereka ialah Steve.

"I was so nice to bring you here. At least can cover up you rooting for my brother," kata Natasha. Vlin tunduk seraya mengucapkan terima kasih.

"So, what do you need me to do now Madam Natasha?" Soal Vlin.

"I need your help to destroy the current Shopa," ujar Natasha tak berselindung.

"I believe you know my niece is working there," kata Vlin.

Natasha senyum sinis.

"They're just a bunch of kids. Kids doesn't know how political business work," ujar Natasha. Vlin pula hirup kopi, mendengar ayat Natasha, dia dah boleh agak apa yang perlu dibuat seterusnya.

"Well, I can pull off some strings," balas Vlin.

***

Apabila aku masuk semulaa ke bilik Presiden, Ryan masih terkial-kial nak ikat tali leher. Entah apa yang dibuat begitu lama sampaikan tak terikat tali leher.

"Yell, aku baru perasan stoking aku ni...sebelah lain-sebelah lain. Dia macam stoking yang sama, tapi tak sama. Sebelah macam panjang, sebelah macam pendek sikit," omelnya sambil ikat tali leher. Aku geleng kepala dan terus bergerak ke meja Ryan. Selalu dia akan simpan barang peribadi di laci nombor tiga. Aku pernah nampak rasanya barang-barang dalam laci nombor tiga meja Ryan. Bila aku buka, aku jumpa sebelah pasangan stoking yang dia kata tak jumpa sebelah itu. Ryan sengih, masih lagi terhegeh-hegeh cuba betulkan tali leher. Hilang sabar, aku membantu Ryan mengikat tali lehernya.

Kami diam. Dia juga tidak menolak pertologan aku. Cuma berdehem, tapi pandang ke arah lain. Nasib baik dia tak pandang aku, kalau tak mesti kami berdua akan rasa tak selesa. Ryan berdehem, kali ini aku dapat rasakan kehangatan nafas Ryan betul-betul kena ubun-ubun aku. Aku telan air liur, mungkin dari awal tak patut tolong Ryan ikat tali leher.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now