"Let him know then," selamba betul Vlin berkata-kata. Aku diam tak terkata apa. Dia macam tak kisah apabila aku cakap Ryan barangkali dah tahu pasal dia dengan Steve. Langsung dia tak pedulikan aku.
Sambil bercakap dengan aku, dia memandang ke arah komputer riba yang menyala. Langsung tak fikir panjang."You tahu kan I dengan Danny," tegasku. Dia pandang aku sekilas. Nekad sungguh ni.
"I know," balasnya.
Aku mendengus.
Kau tahu. Dah tu kenapa kau acah-acah buat tak tahu."We're together now," ujarku memberitahu perkhabaran terkini. Aku ketap bibir. Memang pun aku dengan Danny, apa yang dia nak kisahkan?
"Okay. That's new," balasnya. Masih sahaja tenang. Aku tarik kerusi dan duduk di hadapannya.
"We are talking about Ryan Chia here! You know what, kalau Ryan Chia cakap pasal you dekat Danny..." aku mukadimah. Vlin pandang aku tajam. Pandangan maut Vlin memang berjaya buat aku senyap. Tak tipu. Dari kecil lagi aku paling takut kalau dia jeling aku begitu. Aku mengeluh berat.
"Kenapa? Kau takut Danny tinggalkan kau?" Soalnya. Aku senyap.
Ya. Aku memang takut. Tambah lagi saat aku dah mula terima."Yell...if he really likes you, then nothing matters," tegasnya. Aku senyap. Vlin pandang aku tak berkelip. Dia kemudian ketawa sarkastik.
"I never plan to give up. I can't give up. If you planning to stop me, then I'm going to stop you from stopping me," jujur dia beritahu aku.Vlin kembali bertenang. Aku diam sahaja. Memang tak boleh selamat dah mak cik aku yang seorang ni. Silap hari bulan, dengan aku sekali dia bantal! Aku telan air liur, angguk mengerti.
Telefon Vlin berbunyi. Aku lihat nama Ryan tertera di situ.Ryan memang orang yang pantas dan tak berselindung. Kalau nak tahu sesuatu dia akan cuba sedaya upaya. Aku pandang Vlin. Dia mematikan panggilan. Cukup selamba, langsung tak ada rasa bersalah.
"He thought that I didn't know," jelasku. Vlin angguk mengerti.
Dia kemudian ketawa sarkastik."Traitor," komennya pedas. Aku diam, telan air liur.
"Ha?" Soalku terkebil-kebil.
"You lah," ujarnya.
Aku ketap bibir."You know about me and Steve. Tapi depan Ryan, you cakap you tak tahu. Depan Danny lagilah you berlakon kan," perlinya. Aku tak faham dengan Vlin, dia sangat suka buat aku rasa serba salah. Aku mendengus.
"Whatever," balasku lalu keluar dari apartment itu.
***
Ryan menunggu di pintu pejabat abangnya. Setelah dibenarkan masuk, dia akhirnya masuk. Daripada terus jadi seperti katak bawah tempurung, lebih baik dia sendiri pergi tanya agar semuanya jelas.
Steve menjemput Ryan masuk.
"Apahal tak pernah datang tetiba datang?" Soal Steve. Dalam tahun ini, boleh kira dengan jari berapa kali sahaja dia bercakap dengan Ryan. Ryan memandang abangnya, wajahnya tenang. Steve menyuruh Ryan duduk.
"Did you know about Danny and Yellena?" Soal Ryan.
Steve diam. Riak wajahnya tenang, macam tak tahu apa-apa."They're together now," kata Ryan. Steve masih kekal tenang.
Walaupun dia sudah janji dengan Yell yang perhubungan ini kekal rahsia, tapi lebih baik Ryan yang selesaikan sebelum Danny dapat tahu.Yellena juga rakan baiknya. Danny, anak saudara yang paling rapat dengannya.
Sekian lama, baru kini Yellena terbuka hati untuk terima Danny. Ia bukan sesuatu yang mudah.
Terus terang, Ryan cuma mahu Yellena dan Danny gembira.
Jadi, dia ambil langkah awal supaya hubungan mereka tak retak.Sejujurnya, dia tak dapat bayang kalau Danny dan Yell terpaksa patah hati disebabkan Vlin dan Steve.
Antara Steve dan Vlin, dan Yellena dan Danny, adalah lebih baik Ryan memilih untuk selamatkan Danny dan Yell!

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
Storie d'amoreAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...