Baru aku tahu perasaan sakit bila kita suka pada orang yang suka kawan kita.
Lebih tepat lagi, pakwe member.Haha.
Aku lihat Ryan dan Stella duduk bersebelahan. Nama timangan mereka juga berubah. Ryan memanggil Stella dengan panggilan sayang manakala Stella memanggil sahaja Ryan. Mungkin, Stella tak nak tunjuk mesra depan aku. Barangkali.
Sejak kebelakangan ini, Ryan semakin sibuk. Mana tidaknya, Samantha akan letak jawatan presiden dan memaksanya untuk naik. Aku pula, masih lagi ahli aktif persatuan.
"Sayang, you makan comot!" Tegur Ryan. Dia mengusap kesan comot pada hujung bibir Stella. Stella mencubit Ryan.
"Malu kat orang lah you ni," rengek Stella. Aku senyum sahaja."Malu apa, aku je pun," selamba balasku. Nak kata aku maksudkan, ya. Nak kata aku tak maksudkan pun ya. Half-half.
Aku menjeling Ryan yang kelihatan selamba. Bila pandang wajah bahagia Stella, aku berbelah bahagi. Tipu lah kalau aku cakap aku tak cemburu.Tapi, apa kelayakkan aku untuk cemburu. Stella dengan Ryan dah suka sama suka.
"Eh, Yell...untuk jawatan presiden persatuan you tak bertanding ke? Mana boleh bagi Ryan! You pun kerja keras jugak!" Omel Stella. Dia macam dah lama pendam, lantas dia suarakan.
"You ingat sama! Yell tolong you banyak kot!" Kat Stella. Ryan angguk, kelihatan dia memang angau tahap gaban dengan Stella."Ikut pengerusi lah nak letak aku kat mana," balasku. Ryan kerutkan dahi. Mesti dia rasa bersalah. Kalau ikut Ryan, mesti dia nak tolak aku jadi pembantu dia, naib pengerusi mungkin. Tapi kalau ada undian, mesti senior Tahun 3 lebih berpengaruh. Tambahan lagi, mereka lagi ramai pada kami.
"Pasal tu kann..." Ryan serba salah.
"Faham. Kau kena letak senior as majlis tertinggi," ujarku.
Stella kerutkan dahi."Tapi Yell buat kerja banyak kot!" Dia mempertahankan aku. Melihat Stella bersungguh bercakap bagi pihak aku, aku terasa macam sampah pula sebab ada hati dekat teman lelaki dia!
"Nak buat macam mana," kata Ryan."Hai!" Sapa satu suara girang. Wajah Stella berubah bercahaya. Tak.
Dia memang dah nampak gembira dan bercahaya. Tapi, bila datang Danny, gembira Stella tu lain macam! Matanya macam bersinar pula.Danny seperti biasa akan tarik kerusi untuk duduk di sebelah aku. Aku pula duduk berhadapan dengan Stella. Danny dan Ryan berpandangan sebelum tersengih.
Malas untuk pedulikan Danny, aku sambung makan nasi goreng cina kafe yang menjadi kegemaran aku."Nak sikit. Lapar lah," katanya seraya menarik pinggan aku. Aku tercengang sambil pegang sudu. Tak cukup dengan pinggan, sudu aku pun dia rembat sekali.
"Danny; you dari mana? Dengan kamera besar," soal Stella.
"I ambil gambar Jessica tadi. Katanya nak buat portfolio," jawab Danny sambil makan nasi goreng aku dengan lahap. Aku memandang Danny, dah macam orang kebuluran.
"Jessica tak bagi you makan ke?" Soal Stella.
Danny menjuihkan bibir.
"Dia ajak I makan. Tapi I tak nak," relaks betul. Dia makan nasi goreng aku dengan gelojoh."Lapar betul," ujarku. Terkuat pulak! Aku ingat aku cakap dalam hati sahaja.
"Makanlah...makan," putusku apabila melihat Danny makan macam tak pernah jumpa makanan. Tiba-tiba aku dengar Ryan ketawa.Aku pandang Ryan, dia melarikan pandangan daripada aku.
"Jom Stella," ajaknya. Barangkali mahu privasi berdua.
"Pergi mana?" Soal Stella polos.
"Jom lahhh," Ryan menarik tangan Stella. Aku lihat, Stella macam nak tak nak sahaja bangun.Mereka berdua kemudian mengucapkan selamat tinggal pada kami. Aku memandang Danny yang fokus makan, tak peduli apa jadi sekeliling. Dari jauh, aku melihat belakang Ryan dan Stella.
Mereka nampak sesuai.
***
Ryan tiba-tiba ketawa. Stella menjeling.
"Apa yang kelakar?" Soal Stella."Tak...I ingat Yell," kata Ryan. Dia kembali mengingati riak wajah terkejut Yell apabila melihat Danny yang seperti orang kebuluran. Wajah ternganga dan tercengang Yellena memang priceless! Kalau boleh dia ambil gambar mesti kelakar. Lagipula, Yell bukan seorang yang akan menunjukkan reaksi tak kira apa yang berlaku.
Dia masih ingat ketika mereka semua turun roller coaster dan permainan di taman tema. Wajah Yell selamba sahaja. Bagi orang yang tak kenal, mungkin akan anggap wajah statik Yell sebagai garang. Sedangkan, Yell tak bermaksud apa-apa.
Stella peluk tubuh sambil menjuihkan bibir.
"You ingat Yell!!!" Suaranya meninggi.
Ryan ternganga. Alamak! Cemburu ke? Yell cuma member, kawan dan bestie, tak lebih pada tu. Lagipula, Ryan cuma anggap Yellena macam kawan. Satu persatuan, satu universiti. Tambahan lagi, dia seorang sahaja tahu tentang masalah dan sisi gelap Yellena.Takkan lah dia nak kesian pun tak boleh.
"It's not like that lah sayang," Ryan menjelaskan. Wajah Stella ketat. Dia mengetap bibir membuatkan Ryan garu kepala.
"Yell...kan bestie kitaaa," Ryan menjelaskan dengan keadaan yang agak gugup. Dia garu kepala.Stella kemudian ketawa besar.
"Tengok muka takut you!" Kata Stella sebelum ketawa besar. Ryan mendengus. Rupanya Stella main-main sahaja."Sayang, you buat I nervous tau tak!" Marah Ryan. Stella mencuit pinggang Ryan.
"Takpeee..I tau, you sayang kat I sorang je," bisik Stella sambil mengenyit mata. Ryan menggigit bibir sambil tersenyum."Sayang, you nakal eh!" Ryan membalas.
***
"Kau nak air tak?" Soalku melihat Danny macam nak tercekik. Aku lihat ada air di sisi beg galasnya. Aku kemudian mengambil air dan membuka tudung botol air.
"Makan lah perlahan sikit. Tercekik nanti," ujarku. Aku rasa macam nak blah sahaja lepas bagi dia minum air. Eh! Dah macam anak kucing la pulak nak kena bagi minum air. Danny minum air kosong sambil memandang ke arahku. Tak tahu kenapa yang dia kalut sangat makan. Ryan dan Stella dah tak kelihatan, entah apa yang buatkan dia begitu kalut untuk makan laju-laju.
"I makan laju lah. Nanti you tinggal I," balasnya selamba. Aku kerutkan dahi! Tak bersangkut kot dengan aku.
"Ryan dengan Stella kan dah blah. You bukannya nak lepak sangat dengan I, nanti you blah jugak, kan I dah sorang kat sini," rungutnya tak bertapis.Bila aku fikirkan kembali, ada kebenaran disebalik penyataan Danny.
Ryan dan Stella dah pergi, jadi aku juga tak da pasal nak teman Danny makan. Jadi, kebarangkalian aku untuk blah macam tu sahaja bukannya tak ada. Aku garu kepala."I hate eating alone," ujarnya. Wajahnya bertukar muram. Macam minta kesian...
Aku senyap. Aku faham sahaja perasaan makan sendirian. Ada orang suka makan seorang diri, ada orang suka makan berteman. Aku gemar makan sendiri, saat di rumah Vlin juga kami tak makan bersama, lebih kepada siapa lapar, dia makan dulu.
Danny pula aku tak pasti."I always eat alone. Mom and dad were busy. Diana pun," ujarnya.
Ni nak minta simpati ke macam mana? Tapi riak wajahnya tak nampak macam dia nak kesal ataupun tidak."Okey. Aku tak pergi mana pun. Makanlah pelan-pelan." Balasku. Mungkin, Danny tak suka makan sendirian fikirku. Apalah sangat setakat duduk di sini dan teman member makan? Betul tak!
Author note ✍️
Actually bila tulis pov Yell tentang perasaan dia pada Ryan, I quite berat sebab ....susah la bila crush dengan someone ni...
I know everyone hate penyondol, and i pun anti penyondol jugak🤡 i cuma harap Yell cepatlah bukak hati dengan Si Danny🫰🏽
Eh...TERSPOIL KE NI?? Haa..!!! Ye kee author nk buat mcm tuuu😽👻

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomansaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...