68

12 3 0
                                        

Pejabat sewa Ryan tidak besar dan tidak kecil. Bangunan 18 tingkat itu tinggi. Syarikat kecil kami di tingkat 10. Aku membawa fail dan beberapa keping borang yang sudah siap di isi. Saat aku masuk, penyambut tetamu pun tak ada. Cuma ada tiga orang pekerja lelaki, termasuk aku dan Ryan jadi lima.

"Cik Yellena Suh?" Soal seorang lelaki. Aku angguk. Dia menghulurkan tangan.

"Saya HR merangkap Team Manager," katanya. Tag namanya tertulis Abraham.
"Saya akan kerja bawah Cik Yellena lepas ni," katanya.
"Saya in charge coding," tambah seorang lagi, Nicholas.
"Saya in charge dengan Nicholas," tambahnya, Ben. Aku angguk.

"Selamat datang Director Yellena," kata mereka. Aku senyum sahaja. Persamaan mereka ialah mereka memakai baju kasual, cuma aku sahaja yang beriya pakai baju korporat. Awal lagi sudah Ryan putuskan, aku akan handle bab syarikat, bahagian Finance dan Marketing, dia pula akan handle bab aplikasi. Memang banyak kerja. Tapi, sejurus sahaja wang pelaburan masuk, semua ini akan berlalu. Kami akan upah lebih ramai pekerja.

Aku masuk ke dalam bilik Ryan. Tidak terurus. Tak adalah berselerak, namun terdapat banyak fail-fail menimbun di atas meja. Sudahnya, aku lihat Ryan sedang duduk bersila di lantai dengan fail. Dia memakai jumpsut hijau dengan cermin mata. Satu gaya yang tak pernah aku lihat. Aku sangka, Ryan Chia memang akan sentiasa bergaya.
"Company kita ni memang tak ada dress code ke macam mana?" Soalku.

"Kalau cik director kata ada dress code. Ada dress code lah kita," balasnya. Dia pandang aku tersengih, sebelum menyuruh aku duduk. Aku tengok kerusi, atas kerusi pun ada fail. Sudahnya aku duduk bersila dengannya di lantai.

"Eh! Yell...kau duduk atas kerusi lah," katanya sebelum menyedari yang kerusi yang ada penuh dengan fail.
"Sorry," ujarnya.

Aku diam dan sandar pada dinding.

"Kau serius lah tak nak pelaburan yang mak cik aku tawarkan tu?" Tanyaku perlahan. Dia diam tidak menjawab.
Aku angguk.
Aku kemudian keluarkan geran ladang limau milik nenek.

"Ambil lah ni," ujarku memberikan geran itu padanya. Wajah Ryan berubah. Dia membuka sampul coklat itu, aku menanti Ryan. Dia membaca seketika isi kandungan geran itu.
"Apa ni Yell?" Soalnya. Aku pandang Ryan.

"Suka hati lah kau nak jual ke gadai ke. Aku boleh tolong ni je buat modal kita," ujarku. Pelan perniagaan Ryan perlu direalisasikan dalam bentuk nyata. Aku ada keyakinan terhadap rancangan itu.
Ryan tak ada reaksi.

"Oi," tegurku.

Ryan sengih.
"Tak payah," katanya. Aku nganga. Kau ni biar betul! Aku serius kot nak jual ladang limau nenek tu!

"Aku dah terima pelaburan Vlin," katanya tersengih. Ryan pandang aku.
"Kau biar betul?" Soalku. Dia angguk.

"Betul cakap Vlin. Kau mesti akan try hard nak cari investor dengan modal," katanya. Ryan senyum.
"As expected. Director Yellena Suh," katanya. Aku pandang Ryan. Dia yakin ke nak terima pelaburan Vlin.
Mat! Kau dah fikir masak-masak ke? Kau dah fikir habis ke? Kita tengah cakap pasal Vlin. Vlin yang aku kenal takkan buat perkara yang tak menguntungkan diri sendiri.

"Kau serius?" Soalku. Walaupun Vlin pesan supaya aku pujuk Ryan, tapi untuk kemashalatan aku dan Ryan di kemudian hari, adalah lebih baik kami mengelak daripada ada sebarang koneksi dengan Vlin Beck. Kalaulah Ryan tahu yang Vlin itu jugak perosak rumah tangga abang dia, mampus aku! Vlin pun satu hal! Tak boleh ke dia buat kerja tanpa libatkan Ryan Chia?! Apa masalah dia.

"Aku dah jumpa dengan investor yang Vlin wakilkan, so...I think, I just going to accept them as major shareholder," ujarnya.
"Urusan apa-apa lepas ni, Vlin yang akan selesaikan," kata Ryan yakin. Aku bagi pandangan risau.
"Dah sign pun.." katanya lagi. Aku diam. Memang lah aku dapat jawatan direktur, tapi ini syarikat Ryan. Dan kalau aku tentang keputusan Ryan...kantoi pulak Vlin nanti.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang