84

10 3 0
                                        

Aku menolong Stella mengangkat kotak-kotak. Bukan aku seorang, malahan Danny dan Ryan turut dikerah untuk bantu dia pindah rumah.

Aku membuka pintu, memberi laluan kepada Danny dan Ryan yang mengusung televisyen. Berat gayanya.
Setelah itu, Danny cepat-cepat turun untuk ambil beberapa kotak sementara aku susun kotak dalam rumah.

Stella? Haa! Ini satu hal lagi. Tengah kemas barang, dia boleh lagi pergi syarikat dia, katanya tertinggal barang kemas sponsor drama! PA dia pun, si Genie tu tak boleh harap! Dah la barang kemas mahal! Dah jadi satu hal pula nak mencari dekat pejabat tu! Aku pun tak tahulah macam mana dia boleh tertinggal barang dekat syarikat, macamlah dia ada bilik. Mungkin jugak dekat bilik persalinan, mana tahu kan, tengah syuting, salin baju dan terus lupa! Eh! Cemerkap betul! Sudahnya, aku, Ryan dan Danny yang bekerja.

"Yell, pasal MT tu Abraham cakap kau suruh postpone eh?" Soal Ryan. Aku ketap gigi. Aduh! Ryan dah tahu la pulak...
Aku tak cakap dengan Danny lagi! Nanti merajuk pulak! Sekarang ni aku betul-betul tak tahu, kalau boleh dedua aku nak buat bodoh sahaja.

"Tak leh postpone Yell. After next week lagi busy. Security check, audit, macam-macam lagi," komen Ryan.

Aku angguk. Aku tahu semua tu! Sebab hal itulah aku buka kalendar dan takwim syarikat. Memang banyak hal nak kena settle! Dah la ada jualan langsung tahun baru pulak! Lagi banyak nak kena atur!

"Kenapa tak nak pergi MT?" Soalnya.

"Bukan tak nak pergi Pres," balasku serba salah.
Aku menarik nafas dalam-dalam.
"You see, Danny kan nak pergi Africa. We plan to go for a trip that week," ujarku.

"If we don't go, dah tak ada masa," balasku. Aku pandang Ryan, minta belas kasihan. Alah! Setakat MT sahaja kot, kalau tak ada aku, aku rasa tak jadi masalah besar.
"But, we need you in the team Yell," Ryan bersuara.

Ryan diam. Seperti berfikir.

"Why not you asked Danny to join our MT?" Soal Ryan.

"Join what?" Danny tersembul di muka pintu. Dia membawa tiga buah kotak besar. Aku segera membantu Danny buka pintu bagi luas sedikit. Danny masuk dan terus letakkan kotak di muka pintu. Dia pandang aku tajam, sumpah buat aku serba salah.

"Join apa Yell?" Soal Danny, bunyi macam tak puas hati.

"Tak, macam ni. Patutnya minggu depan, kitaorang ada MT," terang Ryan. Aku angguk, pandang Danny serba salah.
"Tapi Yell kata nak pergi trip dengan aku kan," tegas Danny. Aku angguk.

"Since like that. Aku ajak lah kau join MT kitaorang sekali, lagipun just five of us yang terlibat, you can join," ujar Ryan.
Danny pandang aku.

Aku garu kepala.

"That way, you both can spend time together. And Yell can join the MT," tambah Ryan.

Aku tak tahulah boss aku ni baik ke kategori jahat. Entahlah. Cadangan untuk Danny sertai management training kami memang di luar jangkaan aku. Tapi, bermakna Ryan memang nak aku ikut seta dalam MT tersebut. Danny pula, tak nak mengalah dan nak pergi trip dengan aku.

Danny diam berfikir.
"Yell, what do you think?" Ryan menyoal aku. Eh! Dia ni! Boleh pulak dia main tanya aku! Dia patutnya kena tanya Danny lah setuju atau tak setuju! Dah la dia yang pandai-pandai buat idea! Aku diam tak cakap apa kot!

"I..." aku serba salah. Dah serba salah, aku jadi gugup. Patutnya aku berbincang dengan Danny dahulu. Aku pandang Danny. Wajahnya tenang sahaja.

"Okay," putusnya. Aku pandang Danny! Serius la okey?

***

Vlin memandang kota raya dari apartment miliknya. Sambil minum kopi panas, dia berfikir langkah yang akan diambil seterusnya.

Dia sudah siap sedia untuk jatuhkan keluarga Chia. Sekarang dia masih merangkak, tunggu masa sahaja dia akan dapat berdiri.

Tiba-tiba, rasa kelakar. Ryan Chia. Tak sangka budak muda begitu berani. Jangan kata Steve, bahkan Vlin sendiri juga tak sangka yang Ryan akan berhadapan dengannya.
Mungkin, Ryan Chia yang sebenar lebih berani daripada apa yang dia sangkakan. Bahkan, barangkali Natasha Chia juga masih belum mengetahui peribadi Ryan yang sebenar.

Apa langkah seterusnya? Dia berfikir sendiri...

***

"Marah ke?" Soalku. Aku lihat Danny tak bercakap, sebaliknya leka memasang lampu. Ryan pula sedang menyusun kerusi di laman. Rumah vila Stella memang besar, siap ada laman lagi. Danny duduk di atas tangga besi, dia kemudian memandang aku.

Aku ketap bibir.

"You setuju lah dengan cadangan Pak Su tu?" Soal Danny. Pelik pula bila dia panggil Ryan dengan gelaran Pak Su.

Aku gigit bibir.

"Kalau you tak setuju, I can tell him," balasku.
"I'll try find a new date for the MT," ujarku, walaupun tahu ianya akan sukar.

"MT tu pergi dengan lelaki semua ke?" Soalnya. Memanglah. Abraham, Ryan, Ben, Nicholas dan aku sahaja yang terlibat. Sebab kami pengarah tinggi dalam syarikat. Kalau ikut jantina, aku sorang je lah perempuan.
"Hmm," balasku.

Danny diam, dia seperti berfikir.

"Oke lah. I join sekali lah MT korang," ujarnya.
"Kalau you segan, you cakap je dengan I," balasku cuba memberi keyakinan pada Danny. Mana tahu, sebenarnya dia tak setuju, tapi paksa diri untuk setuju.
Danny kemudian melompat turun. Dia berdiri di hadapan aku.

"Boleh gak join MT korang, sekali bagitau orang-orang kat situ yang Yellena dah ada boyfriend," katanya angkat kening. Positif juga pakwe aku. Aku sengih bodoh sahaja.

"But you said, just two of us..." ujarku. Aku pandang Danny, rasa bersalah pula. Aku mendengus. Sebenarnya, aku yang agak excited untuk pergi trip berdua. Danny memeluk bahu aku.

"I don't mind. Anywhere with you is just fine," giliran dia pula tenangkan aku.
Dia letakkan dahi pada ubun-ubun aku,
"I love you," bisiknya.

***

Ryan kembali keluar. Melihat Danny dan Yell membuatkan dia rasa tak selesa nak kacau daun. Sudahnya, dia bergerak keluar agar tidak melihat aktiviti mereka berdua.
Taktahu sama ada cemburu atau dia rasa segan melihat merpati dua sejoli itu.

Kalau cemburu pun, kenapa dia nak kena cemburu pula? Ryan menghela nafas.
Dia bukannya cemburu. Yell tu dah macam adik. Danny pula dah memang saudaranya! Tak logik kalau dia nak cemburu.

Yang pasti, dia tak selesa.

***

"Where did you go?" Soalan Vlin mengejutkan aku yang baru pulang. Aku menanggalkan kasut sebelum simpan dalam almari kasut. Barang aku hanya satu beg sahaja di rumah sewa, tak banyak jadi senang nak pindah.

"I helped Stella pindah rumah," balasku. Aku kemudian bergerak ke dapur.
"Startinh from today, I pindah masuk balik," ujarku melihat ke arah kamar. Kamar aku bukanlah kosong, sentiasa ada barang. Aku pun selalu balik ke rumah Vlin. Ikut sahaja mood aku, kadang balik rumah Vlin, kadang-kadang di rumah sewa Stella.

Aku tuang serbuk nescape 3in1 dalam cawan. Kemudian; aku isi cawan dengan air panas.
"You want some coffee. I can help you to make one," ujarku. Walaupun ada mesin kopi, aku lebih gemar minum nescape.
Vlin senyap. Dia bersandar pada dinding, tak bercakap. Aku toleh ke arah Vlin, menanti dia menjawab aku.

"I don't want coffee, but you can help me with something else," ujarnya.

Aku pandang Vlin. Entah apa rancangannya.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang