137

11 2 0
                                    

"Told you, you need to talk with Danny before it's too late," ujar Ryan. Aku mendengus. Dia menghulurkan ais krim strawberry yang di pesan. Setelah habis kerja, aku keluar makan ais krim dengan Ryan. Ini bukan kali pertama Ryan ajak aku makan ais krim, jadi aku turutkan sahaja.
Lagipun; Stella akhir-akhir ini sukar dihubungi.

Danny pula, dia cakap dengan aku dia ada hal famili.
Aku pun on bila Ryan ajak aku keluar makan ais krim. Ryan beratur dan bawakan ais krim sementara aku duduk menunggu sambil main telefon.

"Kau cakap senang," rungutku. Ryan buat muka pada aku.

"One more Yell...kau kena cakap jugak pasal ayah kau!" Kata Ryan. Aku mendengus!
Aku jeling mata.
"I don't have a dad," komenku.

"Yellena..." nada Ryan bertegas. Aku menjuihkan bibir sambil meletakkan kedua belah tangan di dagu. Danny terang cakap dia tak suka keturunan penjenayah! Kalau dia dapat tahu yang ayah aku pernah bunuh orang, mesti dia takkan suka! Aku ketap gigi dan kerutkan dahi.
Melihat aku berkerut, Ryan halakan jari telunjuknya ke arah kerutan aku.
Dia menyentuh dahi aku dan cuba memadam kerutan menggunakan jari telunjuknya.

"Aku suruh kau jujur, bukan berkerut!" Katanya dengan tawa.

Entah kenapa dengan Ryan aku rasa rileks dan tenang. Aku tak rasa cemas macam aku dengan Danny.

***

Danny memandang dari luar jendela kaca kedai Basken Roben itu. Kelihatan Ryan dan Yellena sedang "dating". Saat Ryan menyentuh dahi Yellena yang berkerut dengan jari telunjuknya, Danny rasa macam nak terus meluru masuk dan menumbuk Ryan.
Tapi dia tahan.

Mereka sekadar kawan! Kawan? Kawan baik?
Kawan baik tapi pandangan mata tak menipu!

Danny ketap gigi!
Dia sengaja cakap dia ada hal famili untuk buat kejutan pada Yellena, tapi bila dengar pengawal pejabat cakap yang Presiden dah keluar dengan Director Yellena, dia terus turun. Tak jauh pun, elok dia sampai ke parkir, dia nampak Yellena dalam kedai ais krim sedang main telefon.
Baru gaya nak masuk buat suprise, dia yang "suprise" bila nampak Ryan bawa dua cawan ais krim ke meja!

***

"Meh, manalah I nak tahu," komen Steve apabila Vlin bertanya sama ada anak lelakinya nak kahwin atau tidak dengan Yellena.

"We shouldn't talk about them when we should talk about us," komen Steve. Vlin ketawa perlahan.
"What is there to talk about us? We're not getting married thou," komen Vlin.

Steve diamkan diri. Dia terus memandang Vlin yang selamba.
"You're going to marry me?" Soalnya.
Sepatah, Vlin menjawab.
"No," kata Vlin.

Steve tahu. Vlin bukanlah seorang yang percaya dengan hubungan perkahwinan. Walaubagaimana sekalipun, dia tetap ingin melihat Vlin gembira.
"I had you. It's already enough la," kata Vlin. Steve senyum tawar.

"Sorry," jawabnya.
Vlin mendengus.

***

"You really need a check up!" Komen Genie setelah melihat Stella muntah tak henti-henti. Dia tinggal nak paksa Stella pergi hospital sahaja.
Stella merengus. Dia kemudian terus masuk bilik dan mengunci pintu. Stella masuk ke dalam selimut sambil memandang meja solek.
Nafasnya turun naik, dan dia dah terlampau penat kerana muntah-muntah.

Dia nak minta tolong Genie pun malas sebab Genie tak habis-habis paksa dia pergi check up di hospital. Stella telan air liur. Takkanlah apa yang dia fikirkan boleh jadi nyata. Menggigil, dia capai telefon bimbit. Waktu ini tak ada sesiapa pun yang boleh membantunya! Bukan Genie! Bukan juga rakan baiknya Yellena mahupun Rozy! Dia juga tak boleh nak minta tolong Ryan!
Dia yang utarakan idea untuk mereka berpisah sementara!

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now