Jessi , Kang Nam , Cheetah - My Type
Aku berjalan ke bilik mesyuarat persatuan pelajar. Dari jauh, aku sudah nampak Ryan bersandar pada papan kenyataan. Dia memakai baju kemeja biru lembut dengan seluar slack hitam. Walaupun baju tight in, tapi dia nampak elok sahaja. Tak nampak macam nerd. Mungkin gaya rambut turut mempengaruhi. Dan, tidak lupa, dia memakai beg sandang bewarna hijau. Sudah hampir lusuh dan kelihatan buruk, tak kena langsung dengan nama Ryan Chia. Mungkin, itu sebab kenapa dia tak popular macam Danny. Paling menarik, hari ini dia pakai cermin mata. Tapi cermin mata dia tak adalah nampak nerd ataupun cukup tebal untuk nampak nerd, masih lagi nampak normal.
Sebenarnya, dia ada muka yang tak cukup nerd untuk dipanggil budak nerd.
Aku sampai di hadapan pintu.
"Hai," dia sapa aku dahulu.
"Hai," dengan kekok aku membalasnya."Kenapa tak masuk?" Bisikku.
"Segan," sepatah jawabnya. Aku kerutkan dahi. Segan apa kejadahnya!
Aku ketuk dan terus buka pintu, semuanya perempuan. Patutlah dia segan. Dengan rapat, Ryan ikut sahaja belakang aku.
Kami kemudian duduk di belakang sekali, sudut paling hujung bersebelahan."Nasib ada kau," katanya. Dia duduk di sebelah aku, sementara beberapa pelajar senior yang lain sudah memandang ke arah kami.
"Kita dua je ke?" Soalku. Aku lihat tak ada batchmate kami langsung. Tapi hari tu, bukan main lagi banyaknya borang permohonan, sampaikan boleh terbang! Eh! Tak ada pula hari ni."I think so," jawab Ryan. Dia duduk tegak. Sesekali memandang ke arah tingkap dan aku.
"Kau tak ajak Stella datang sekali?" Soalnya. Aku angkat kening. Waktu macam ni pun dia boleh tanya pasal Stella. Memang minat betul dia dengan Stella.
"Tak pun," jawabku.Suasana antara kami jadi sedikit kekok. Aku juga tak reti nak berbual, mungkin kerana personaliti introvert aku. Ryan juga agak pendiam orangnya, jadi kami memang tak banyak berbual. Tambah lagi kalau kami berdua, memang kekok habis. Tapi, berbanding dengan aku, sekurang-kurangnya Ryan ada juga mencuba untuk cari topik perbualan.
"Nama kau Yellena Suh?" Soalnya. Aku angguk. Barangkali dia baru tahu nama aku kerana terpandang kepada diari yang aku selalu bawa ke mana-mana.
"Aku Ryan..." dia memberitahu aku."Tahu," jawabku. Dia tersengih. Kekok habis.
Kami diam. Aku membelek diari aku sementara menunggu mesyuarat dimulakan.
"Yell..." dia memanggil nama timangan aku. Aku terus memandang ke arahnya.
"No. Aku dengar Stella panggil kau Yell..." dia gelabah, macam buat salah. Aku senyap. Aku tak marah, tapi kenapa dia gelabah lebih."Kita cukup rapat ke yang kau nak panggil nickname aku?" Soalku. Niat aku mahu bergurau; tapi wajah Ryan jadi lain. Dia kemudian garu kepala. Tapi, memang aku niat nak melawak!
"Ada apa?" Soalku. Aku cuba tukar nada agar jadi lembut. Dia mendengus. Kemudian dia senyum pada aku.
"Aku ingat kau...errr, kau marah," ucapnya perlahan.
"Oh, aku memang macam ni," dengan selamba aku membalasnya, sudah cukup untuk mematikan perbualan antara kami.Di hujung mesyuarat, Samantha yang bertindak sebagai pengacara majlis mengalu-alukan aku dan Ryan sebagai ahli baharu.
Cuma kami berdua sahaja."Dah nampak dah muka handsome calon Presiden kita nanti!" Ujar salah seorang senior. Disebabkan Ryan seorang sahaja lelaki jadi semua pelajar memandang ke arahnya. Aku turut sertai mereka sebelum menepuk tangan. Memang sah-sah semua orang akan tolak Ryan ke jawatan Presiden pada masa akan datang.Ryan menjeling aku, nampak sangat dia tak selesa dengan jawatan yang disebut. Secara amnya, disebabkan Ryan adalah lelaki dan orang baru, semestinya mereka nak lantik dia jadi calon Presiden untuk semester mendatang. Takkan nak lantik aku pulak kan!? Tambah lagi dia ada pengalaman, kali itu kalau ada ahli baharu, tak siapa boleh tandingi tempat Ryan di kerusi Presiden.
"Oi...oi," Ryan mencuit bahu aku seraya tersengih pada semua yang hadir.
"Dia orang tolak tanggungjawab kat aku ke hah?" Soalnya. Walaupun semester depan masih lambat, tetapi wajah para senior perempuan dengan penuh pengharapan pada Ryan sebentar tadi sudah cukup untuk memberikan tekanan. Bahkan, kalau aku yang ada di tempat Ryan, boleh buat aku rasa macam nak tarik diri serta merta."Nampak gaya macam tu," komen aku.
Ryan juga bukannya tak sibuk. Dia pelajar double degree, jadi secara amnya dia lebih sibuk berbanding kami. Dia belajar kursus sains komputer dan perniagaan, jadi sudah pasti assignment dan group work berkali ganda dengan kami.***
Vlin menyediakan file bewarna hitam. Di dalam itu ada pelbagai jenis deko yang sesuai mengikut citarasa. Yang paling penting, customer sudah tetapkan bahawa dia mahu rumah itu digayakan dengan konsep minimalis aesthetic, khas untuk anak sulungnya yang bakal pulang setelah melanjutkan pelajaran di luar negara.Mereka bertemu di sebuah kafe. Vlin memandang ke kiri dan kanan. Dia sering kali berurusan dengan Joe, pembantu kepada client nya. Hari ini, katanya client itu sendiri akan turun berjumpanya.
Bagi Vlin, dia tak adalah kisah sangat sama ada berjumpa dengan Joe Si Pembantu ataupun boss kepada Joe, asalkan kerjanya siap."We meet again," ujar satu suara. Steve.
Vline tersenyum.
Steve duduk di hadapan Vlin. Memandang wanita itu atas bawah. Gaya wanita itu tidak sama seperti sebelum ini.
Vlin mengenakan blouse merah jambu lengan panjang, seluar slack putih dan cermin mata yang agak tebal. Gayanya tak nampak terlalu menonjol dan tak terlalu berlebihan. Cuma biasa-biasa sahaja, sangat lain kalau dibandingkan dengan malam mereka di bar tempoh hari. Rambutnya diikat kemas, gaya seperti seorang yang sangat serius dengan kerjanya."Oh! Hi there!" Tegur Vlin. Dia mengurai rambut yang menutup telinga ke belakang. Steve tersenyum. Aneh dan menarik.
Macam dua orang yang berlainan."You're quite interesting," komen Steve. Beberapa hari lalu di bar dia lihat wanita itu dengan gaya yang cukup berbeza.
"Buat apa kat sini?" Tegur Steve. Walaupun dia memegang jawatan Vice President Chia Group, namun dia tak kelihatan seperti orang kaya-kaya yang ada bodyguard 24 jam. Dia lebih biasa, tak seperti adik beradiknya, Natasha yang merupakan CEO Chia Group. Boleh dikatakan dia agak humble dan tak mengada-ngada.
"I tunggu client. Katanya nak deko rumah," kata Vlin.Steve tersenyum.
"I cakap dengan Joe yang I sendiri nak pilih deko," kata Steve. Vlin senyum, tahulah dia bahawa client yang dimaksudkan ialah Steve.Vlin senyum lagi sebelum menghulurkan fail. Tahu lah bahawa Steve merupakan client yang di tunggu.
"You nak deko macam mana? Kat sini ada contoh, ataupun you nak I pergi rumah dan design lain?" Soal Vlin.
Steve diam dan berfikir."Rumah tu sebenarnya untuk anak perempuan I," kata Steve.
Vlin angguk.
"I pun tak tahu. You buat lah," katanya. Steve sendiri bingung apabila melihat contoh deko di dalam fail tersebut.
Vlin kerut dahi."You percaya I ke?" Soal Vlin.
"Joe cakap deko office Mr Zhang you yang reka. So, I rasa I boleh percaya you," kata Steve.
Vlin senyum dan angguk."Take your time. Penthouse tu tahun depan baru anak I nak balik duduk," kata Steve.
"And...i tak kisah pasal amaun, you cakap je kos berapa," kata Steve. Vlin angguk, lelaki itu benar-benar sayangkan anak perempuannya."Thank you Mr Steve," jawabnya ikhlas. Vlin dan Steve berpandangan. Saat mereka sedar bahawa mereka sedang memandang satu sama lain, cepat-cepat mereka mengalih pandangan.
![](https://img.wattpad.com/cover/303492056-288-k556859.jpg)
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...