Hujung minggu itu aku berkunjung ke rumah Stella. Rozy tak dapat hadir kerana ada check up bulanan, jadi aku dan Stella sahaja catch up sambil makan keropok dan tonton movie. Dah lama kami tak bersua muka. Mana tidaknya, aku sibuk dengan kerja, manakala Stella pula syuting tak menentu. Nasib dia dah habis pengambaran Hi! Youth! Jadi, dia dah tak sibuk! Di kesempatan itu, aku mula buka cerita tentang projek 11.11 syarikat.
"You're not angry meh?" Soalku. Aku pandang Stella yang sedang minum air lemon madu. Dia pandang aku sambil berkerut.
"Buat apa nak jelous. It's for work kan," Stella cuba tenangkan aku. Aku merengus. Walaupun iklan 11.11 kami tak ada dialog, tapi tetap sahaja aku dan Ryan jadi watak utama. Ryan dah setuju, jadi aku pun ikutkan sahaja.
Tak ada skrip. Aku pun tak perlu berlakon teruk-teruk melainkan biarkan Ryan sarungkan kasut ke kaki aku sambil acah terpaling bahagia. Please note, kami guna Kasut Cantik sebagai medium promosi ya!"Yell~kalau I ni jenis cepat cemburu, mesti dah lama aku tak jadi pelakon," ujarnya. Aku senyap. Ada betulnya. Kerja Stella lagilah memerlukan dia berinteraksi dengan pelakon lelaki.
Stella tunjukkan skrip filem terbaharunya kepada aku.Bundar mataku apabila lihat ada adegan ranjang 18+ yang akan dia lakonkan dengan watak lelaki utama. Peran Stella dalam movie itu adalah sebagai wanita pembantu watak utama yang cuba merampas suami orang. Gila! Macam mana kau boleh setuju nak bawa watak sundal macam ni? Kalau aku; mahu fikir sepuluh kali.
Berkaitan perkataan sundal. Tiba-tiba aku telan air liur sendiri.Siapa perempuan yang cium Ryan waktu kena kejar dengan orang-orang baju hitam?
Tak. Itu kesilapan, bukannya aku menyundal atau cuba rampas kekasih orang. Aku pun dah ada teman lelaki, tak perlu rasanya aku nak rembat pak we orang lain betul tak? Lagipun, aku dan Ryan dah setuju untuk tak ungkit lagi kes itu.
"By the way Yell, since you tak ada pakwe ni, ada tak mana-mana orang cuba try you?" Stella korek rahsia. Aku cepat menggeleng.
"You tak try two timing Danny ke~mana tahu dekat sana dia curang, kau kena balas Yell!" Stella menekan aku. Aku kerutkan dahi. Takkanlah Danny nak curang dengan aku.
Kalau kes cium Ryan tempoh hari dikira curang, adakah aku dan Ryan dah dikira curang? Eh..
Tak.
Aku kan dah nak lupakan kes itu."I sayang kot dengan Danny," ujarku.
Stella angguk."You pun sama, tolong I tengok-tengok Ryan tu sikit, bukan boleh percaya," ujar Stella.
"Kenapa tak boleh percaya? He loves you so much," ujarku.
"Yell, you don't have to cover for him just because he's your boss!" Tegas Stella.
"I think he had another woman behind my back," ujar Stella. Aku cepat-cepat geleng. Ryan setia orangnya.
"I tak back up sebab he's my boss. I'm stating the facts! Ryan bukan orang yang akan curang," ujarku."He's so nice and loyal. Besides, sebagai orang kanan dia, I can assure you, no girls dare to be with him," tegasku. Stella senyum nipis.
"Yakin nya~" dia sekadar membalas. Aku pun tak pasti apa yang dia cuba sampaikan.
"Yea! Besides me, tak ada Setiausaha ke any girls yang dekat dengan Ryan dekat office," aku biat laporan. Stella sengih.
"Among the girls...You lah yang paling close to him," ayat Stella bunyi macam soalan, tapi kedengaran bunyi ayat penyata. Aku tak pasti, tapi aku angguk.
Stella nampak macam tak kisah sangat."By the way Yell, I saw your Aunty and papa Danny dekat Paris, you know anything? Like, are they talking about your marriage or something?" Soalnya.
Aku telan air liur.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...