136

15 2 0
                                        

Melihat Stella makan ais krim adalah sesuatu yang tak pernah dilihat Genie. Tambahan lagi ais krim sejuk itu bukan sekadar ais krik kon, masalah Satu tupperware!
Sebelum ini, dapat iklan Basken Roben pun ditolak kerana alasan tak makan ais krim, tak nak lihat fake kononnya! Alasan Stella tak suka makan ais krim ialah gigi sensitif!

Sekarang, Stella tengah makan ais krim dalam tupperware!

"Stella, you betul-betul okey?" Soalnya. Stella angguk. Akhir-akhir ini dia selalu craving benda manis dan kelaparan.
"I dah cakap dengan Miss Diana. You kena shoot untuk majalah ElleWoman, then boleh rehat," kata Genie.

Stella masih lagi makan ais krim.

"Bila?" Soalnya.
Genie melihat kalendar dalam tablet.

"Majalah ElleWoman je tak boleh postpone. Yang lain semua dah tolak dan cancel," katanya. Stella senyap.
"Shooting majalah je kan," soalan Stella membuatkan Genie angguk.

Genie hanya biarkan sahaja Stella makan ais krim. Selalu dia akan halang kerana kandungan kalori dalam ais krim agak tinggi dan Stella kena jaga badan. Tapi, dia baca internet, stress membuatkan seseorang craving benda-benda manis, jadi dia biarkan sahaja Stella makan! Lagi baik kalori dia naik daripada dia stress di kemudian hari seterusnya akan menyusahkan Genie!

***

Melihat nama model yang dinyatakan oleh pihak majalah, Danny angguk sahaja. Lagipun, bukan dia seorang, ada dua orang pembantu jurugambar lagi yang akan membantunya.

"Stella ni member kau kan?" Soal salah seorang pembantunya. Danny angguk.
"Kami satu uni dulu," jawab Danny.

Terus terang, kalau boleh dia nak lari dari Stella! Peristiwa malam itu masih berbekas di fikiran. Walau dia cuba lupakan, rasa bersalah takkan pernah padam dari lubuk hatinya.

"You didn't tell us that she's quite daring you know!" Bisik salah seorang pembantu.
"Daring?" Soal Danny terkebil-kebil.

"She's kind that sleep around with men," bisiknya. Danny jadi panas telinga. Mukanya merah padam. Stella yang naif macam tu dituduh mereka tak senonoh! Memang dia pernah tertidur dengan Stella, namun waktu itu mereka berdua mabuk.

"She's not that way!" Nafi Danny. Dia masih ingat waktu remaja mereka di mana Yellena dan Ryan berusaha selamatkan Stella! Takkan dia lupa waktu itu. Satu tendangan Yellena kepada penjahat membuatkan dia jatuh cinta dengan Yellena! Bunyi macam kelakar, namun waktu itu Yell nampak sangat cool dan cantik pada mata lelakinya.

"Kawan kepada kawan aku yang cakap. Aku pun tak tau sangat," komen pembantu itu. Danny mencebik mendengar perkataan kawan kepada kawan!

"Kau hati-hati sikit. Silap cakap dia boleh sue kau for defamation. Pencemaran nama baik dan fitnah," tegas Danny. Kedua pembantunya tekup mulut.

***

Tak diterima. Buah fikiran Abraham untuk buat diskaun 50% untuk semua barangan atas talian Shopa memang ditolak mentah-mentah oleh Ryan.

"But Pres! At least we can survive longer, right now...kalau kita tak ada dana, kita boleh bertahan tiga bulan to the max!" Jelas Abraham. Aku diam.

Tiga bulan. Tempoh jangka hayat Shopa yang dinyatakan oleh Abraham. Mungkin akan berkurang, mungkin akan bertahan. Masalah kami, tak siapa boleh ramal masa depan.

"50% diskaun. Kita nak rugi berapa banyak? Cashflow yang ada pun cukup nak bayar duit pekerja. We can't afford to lose more," ujar Ryan. Kali ini aku berpihak Ryan.

Keadaan syarikat yang tak menentu. Pekerja yang semakin berkurangan dan aku yang tak fokus kerja sebab teman lelaki aku balik.

"Yell, kau pun setuju dengan Ryan?" Soal Abraham.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang