46

17 3 0
                                    

Akhir-akhir ini Stella banyak luangkan masa dengan Ryan. Hari ini sahaja kami dapat bertemu beramai-ramai, itupun disebabkan Ryan cakap dia nak belanja kami semua makan ikan bakar.

Dan...aku rasa ada benda yang Stella nak cakap dengan kami semua.
Kebelakangan ini dia banyak mengelak daripada aku. Masanya di habiskan dengan Ryan. Malahan, waktu makan pun dia makan dengan Ryan, tak makan dengan aku, atau Rozy atau Danny.

"Yell, jom," Danny memanggil aku setelah tamat ulangkaji di perpustakaan.
Disebabkan cuti semester sebelum masuk Tahun 3, kami luangkan masa bersama untuk belajar. Lagipun, aku dan Danny satu course, kelas pun sama. Stella mestilah belajar dengan Ryan. Rozy, Fiq dan Jean pula tak ambil kos kami, jadi kelas kami berbeza. Sedar tak sedar, dah hampir penghujung Tahun 2.

Team A masih lagi try and error dalam mereka permainan video terbaru. Aku pula sudah siap dengan plan budget dan pelbagai kerja lagi termasuk persiapan untuk patenkan game mereka. Aku kemas beg, Danny kemudian memandang aku.

"You tahu ke apa yang membuatkan Ryan nak belanja makan?" Soalnya. Aku geleng. Manalah aku nak tahu, aku dan Ryan jumpa atas hal kerja sahaja. Kalau tak hal persatuan, hal Team A. Sejak kebelakangan ini, Ryan banyak habiskan masa dengan Stella, jadi aku tak begitu ambil berat tentangnya.

"Aku tak tahu," balasku. Danny kemudian mengekori aku keluar dari perpustakaan. Perubahan yang agak ketara dengan Danny ialah dia kini lebih low-profile dan diam. Kerja sampingan sebagai videografer orang kahwin di hujung minggu, dan tak lagi muncul di tabloid akibat kena gambar dengan paparazi kalau dia ke bar dan sebagainya.

Mungkin kes Jessica membuatkan dia lebih matang dan tak sesuka hati mainkan perasaan perempuan.
Aku tak tahu.

Aku naik kereta Danny. Jika Ryan menggayakan BMW putih, kereta Audi Hitam milik Danny tak kurang hebatnya. Danny memandang aku.
"Restoran tu kat mana?" Soalku memasang gps. Aku taip nama restoran yang letaknya sedikit jauh dari universiti.

"Sedap jugak makan ikan bakar kan," kata Danny. Aku angguk setuju.
Dah lama aku asyik makan makanan kafe, sekali sekala nak juga rasa makanan luar.

"Ada abalone tak?" Soal Danny. Aku ketawa sinis. Lebih sudu dari kuah. Orang nak belanja ikan bakar, kau siap nak request fresh abalone lagi! Mahal kot! Dah la pak cik kau yang belanja! Kami berdua tunggu di dalam kereta. Tidak lama, Rozy, Fiq dan Jean muncul.

Mereka duduk berhimpit di belakang. Rozy duduk di tengah, di apit oleh Jean dan Fiq. Aku pula duduk di depan, dan Danny memandu.
"Apa yang Ryan dengan Stella nak cakap dengan kita?" Soal Fiq.

Diam. Kami masing-masing tak tahu apa yang Ryan dan Stella nak cakapkan. Katanya ada hal penting.

"Yell, kau kan roomate Stella, dia tak cakap apa-apa ke?" Soal Fiq. Fiq memang selamba macam tu, main cakap lepas.
"Tak cakap apa pun," balasku perlahan.
"Cubalah kau ambil berat sikit pasal member," komen Fiq, barangkali tak suka dengan jawapan aku.

"Eh! Kau ingat Yell jenis nak menyibuk hal orang ke? Kau lainlah," perli Danny. Aku mencuri pandang ke arah Danny yang sedang mengerling aku dengan ekor mata. Okelah! Dia tolong pertahankan aku.

"Kau kerja backup Yell!" Tak puas hati Fiq menyuarakan isi hatinya. Danny angkat kening sambil tersenyum nakal pada aku. Aku gigit bibir.
"Haa! Dia main mata pulak!" Fiq memerli kami.

"Sudahhh!!!" Rozy cuba tukar topik. Danny menguatkan radio supaya kami semua diam tak bercakap.

***

Vlin memperkenalkan Gurami, wakil Kingsoft Gaming Corporation kepada Steve. Gurami sudah lama kenal dengan Vlin, ketika Vlin bekerja sebagai pereka hiasan dalaman lagi.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now