143

13 2 0
                                    

Hampir dua aku tiada pekerjaan. Aku masih mencari kerja di internet. Namun, semuanya tak panggil aku untuk interview. Mungkin tangga gaji yang aku letak mahal, namun itulah apa yang aku dapat sepanjang aku kerja di Shopa.

Dan sekarang...

Aku sedang mengelap kamera Danny dengan kain baldu di studio miliknya.

Danny letakkan air lemon ais di hadapan aku. Tersengih, aku masih berhati-hati mengelap kamera. Ini kalau jatuh pecah, mau aku kena gadai buah pinggang.

"How's your job seeking journey?" Danny tanya aku. Dengan pantas, aku letakkan kamera di atas meja, tersandar di kerusi dan pura-pura tidur sambil berdengkur. Danny hanya ketawa melihat reaksi aku. Aku buka sebelah mata, memandang ke arah Danny.

"Not going well?" Soalnya. Aku mendengus dan menggeleng.
"Tak ada yang panggil lagipun," aku mendengus. Danny pandang aku tenang.

"How about working with me?" Soalnya. Aku sengih.
Kau nak suruh aku jadi tukang lap kamera?

"No," tolakku.

"I tak reti photography," balasku. Dia anggukkan kepala.
"Part time boleh lah," ujarku.

Danny kerutkan dahi.

"You nak jadi full time housewife ke?" Dia pandang aku. Aku sengih ke arahnya.
Oh,no way!

Tiba-tiba, aku teringat yang aku cuma ada tempoh sebulan untuk menerima lamaran Danny. Boleh minta tangguh tak eh? Sekarang nak terima...
Dah lah jobless.

"Maybe I boleh minta kerja dengan Stella, mana tau boleh jadi assistant dia ke?" Soal ku. Cakap pasal Stella, aku dah dekat sebulan cuma mesej dia sahaja. Dia cakap dia tak sihat, tapi bila aku nak melawat, dia cakap dia tak nak jumpa aku. Jadi kami video call dan mesej sahaja.

Aku mencebik.

"About reviewing your proposal, boleh ke nak minta tempoh lagi?" Soalku pada Danny. Namun, muka Danny jelas tak gembira. Aku ketap bibir.
"You see, I'm jobless," tambahku.

"I bukan nak suruh you sara hidup I," tegas Danny. Mungkin dari satu aspek dia faham yang aku mahu jadi wanita bekerjaya. Aku mendengus.
"I don't mind waiting, take your time. But don't make me wait to long. I already wait too long you know," ujarnya perlahan.

"Danny..." Aku panggil nama teman lelaki aku.

"I don't mind if you don't want to work too you know," komennya. Aku angkat kening. Sengaja aku tersenyum nakal, dapat idea baru untuk menyakat Danny.

"Siapa yang nak kahwin dengan you?" soalku menjelirkan lidah. Terbeliak mata Danny mendengar komen aku. Aku gelak mengekek, terhibur dengan reaksi Danny. Dia mendekatkan hidungnya dengan pipi aku.

"Didn't you said you're reviewing my proposal positively?" Komennya, semakin dekatkan wajahnya ke arah aku. Muka aku merona merah, serta merta cuba menolak Danny. Aku bergerak ke belakang tak suka apabila dia mendekati aku.

"Yell..." Seksi suaranya. Mata kami bertaut, dia merenung bibir aku. Aku ketap bibir, teragak-agak dengan perbuatan Danny.

"Right now you just need to close your eyes..." Begitu seksi dia menggoda aku. Danny memegang aku kemas. Aku gerakkan kepala kebelakang dan memejamkan mata. Terasa hangat nafas Danny semakin mendekat dengan aku. Aku pejam mata tenang sambil buka sedikit mulut...

Dan...

Tit tit tit...

Telefon aku berbunyi. Aku dan Danny terkejut, serta merta buka mata melihat telefon aku di atas meja. Nama Presiden tertera di skrin telefon.

"Apahal pulak dahhhh!!!" Aku menggerutu. Kacau daun betul! Aku tengah on the mood kot dengan Danny. Mendengar dan melihat aku merengus berkerut tak puas hati menerima panggilan dari Ryan, Danny pula ketawa mengekek. Aku menjawab telefon, sementara Danny menatap aku.

Sesekali aku jeling Danny, mana tahu dia cemburu...
Nampak macam tak...

"Apa mau?" Soalku tegas apabila menjawab panggilan Ryan. Tak ada mukadimah, terus tepat tanya soalan.

"Yell, I got a job for you! Esok datang iv," dia terus letak telefon. Aku nganga, tercengang melihat panggilan yang dah diletak.

"Why?" Soal Danny.

"Ryan said he got me a job?" Aku pun macam tak pasti dengan apa yang terjadi.

***

"You ni gila lah!" Marah Genie. Dia beleter sebab terlampau kecewa dengan Stella. Stella duduk di atas sofa, memeluk kakinya. Dia menggigit kuku dan mencebik.

Genie kemudian mendengus. Dia kemudian duduk melutut memandang Stella yang termenung di atas sofa.
"We should tell Diana Chia, our big boss..." katanya.

"I won't finished right?" Soal Stella. Dia risau kalau-kalau selepas ini dia perlu bersara dari dunia hiburan. Stella menggaru kepala, habis berguguran rambutnya. Dia menunjukkan rambur yang gugur itu kepada Genie.

"I will try my best to protect you," katanya. Stella gigit kuku. Dia pun tak yakin dengan diri sendiri, macam mana nak yakin dengan Genie.

"You tak nak bagitau Ryan?" Soalnya.

"Kenapa nak kena bagitau Ryan?" Soalan Stella membuatkan Genie bungkam. Stella memandang Genie.

***

Petang itu, Ryan dan Johnny makan mee goreng bungkus bersama.

"Awal balik kerja, selalunya lambat," komen Pak Cik Johnny. Sejak mulai bekerja di Chia Storeline, kerap sekali Ryan datang melepak di kedai jahitnya. Ryan duduk bersila di atas kerusi, tampak berselera betul makan.

"Tak ada kerja sangat," kata Ryan. Sejak Natasha ambil alih Shopa, dia dipindahkan ke ibu pejabat Chia Storeline, berperanan sebagai timbalan pengarah. Namun, dia dapat rasakan dia sekadar wujud sahaja di situ. Kerja semuanya diberi kepada Natasha.

Banyak juga bunyi-bunyi asing mengatakan Ryan tak sepatutnya duduk di Chia Storeline sedangkan anak-anak Natasha, Nick dan Nash berada di Chia Group. Chia Storeline cuma syarikat rangkaian sahaja, jauh beza keuntungan dengan Chia Group.

"Pak Cik," panggil Ryan.
"Danny dah melamar Yellena," Ryan memberitahu. Johnny diam sahaja.

"Oh..." balasnya.

Ryan pandang wahah tua itu.
"Yell tak terima lagi, I'll tell you once she decide," kata Ryan.
"Yell probably going to tell me first before tells anyone," Ryan yakin.
Yell mesti akan cakap dengan dia dahulu. Dia kenal Yellena dah lama!

"Pak Cik dah sudah makan ke?" Tanya Ryan melihat orang tua itu makan tak habis.
"Dah tua memang makan tak habis," balas Johnny. Dia kemudian memberi bahagian yang masih belum disentuhnya kepada Ryan. Ryan makan seperti orang kelaparan. Seharian dia tak makan, dia cuba cari kerja namun tak ada apa yang perlu dia buat. Akhirnya; dia habiskan masa dengan semak dokumen-dokumen yang ada. Itu pun entah apa-apa sahaja.

"Dekat office tak ada rest hour ke?" Soal Johnny, kelakar sebenarnya melihat Ryan melahap makanan. Habis comot mulutnya dengan kicap mee goreng. Ryan sengih, masih lagi makan. Dia pun tak tahu apa yang dia buat seharian, sedar sahaja dah tiba waktu pulang.

"Kalau kerja kat situ tak seronok, nak kerja dengan uncle? Gaji cukup makan, tapi tak stress," kata Johnny.
Ryan sengih. Dia nak kerja dekat kedai jahit ayah Yellena? Sebagai apa? Tukang ukur atau tukang potong kain? Kedua-duanya dia tak berkemahiran. Mungkin patut belajar.

"Boleh ke saya ambil job tukang potong kain?" Soal Ryan, macam serius bunyinya. Johnny buat muka terkejut, namun Ryan mengekek ketawa.

"Yell dah dapat kerja baharu?" Soal Pak Cik Johnny. Ryan diam. Dia dah janji dengan Pak Cik Johnny untuk tengok-tengokkan Yellena. Ryan bungkam. Sepatutnya kedua beranak itu ada untuk satu sama lain. Ini tidak...

"Quite hard to start again," kata Ryan. Muka Pak Cik Johnny kelihatan risau.

"Tapi kat office ada satu vacancy, might ask Yell if she wants," kata Ryan. Inilah saat di mana dia boleh jadi orang "dalam". Dia tak risau sangat, Yell dah bekerja lama. Buruk baik kerja Yell semua dia tahu. Dan Yell juga orang paling faham cara kerja Ryan.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now