95

10 4 1
                                    

Ryan berkeras untuk bermalam di rumah aku. Pembetulan. Rumah Vlin. Terus terang, Ryan sebenarnya tak perlu pun nak teman aku, sebab aku bukan kategori wanita yang memerlukan perlindungan seorang lelaki. Aku dah tunjuk piala-piala seni bela diri aku, tapi Ryan cakap kemahiran aku dah berkarat sebab aku dah lama tak turun gym. Lagi satu, andai kata stalker itu betul-betul nak datang dan buat sesuatu, Ryan cakap, stalker itu takkan berani sebab ada lelaki dalam rumah.

Ini satu hal. Aku tak faham kenapa dengar sahaja ada 'lelaki' dia jadi seoalah-olah lebih selamat? Maksud aku, stalker itu akan takut kalau ada lelaki dalam rumah.

Tak faham jugak aku dengan Ryan. Ikut logik cerita penulis, aku lagi kuat berbanding Ryan. Aku johan muay thai kot.

Okey. Sebab lelaki. Mungkin stalker itu akan takut.

Walaubagaimanapun, kehadiran Ryan pada malam itu bukan sahaja buat stalker itu takut, bahkan turut buat aku sendiri takut. Memang Ryan bukan stalker! Dia cuma boss merangkap kawan baik aku.

Tak.

Dia ialah boss dan TEMAN LELAKI KAWAN BAIK AKU. Kalau Stella tahu yang Ryan bermalam dekat rumah aku sebab ada stalker tengah ikut aku, lebih baik aku mati sahaja. Puas aku suruh Ryan balik, tapi katanya aku tak selamat selagi stalker itu masih bebas. Ya lah! Aku tak kenal suspek, tapi suspek kenal aku. Memanglah aku dalam bahaya. Kita akan sentiasa dalam bahaya bila kita tak tahu musuh akan menyerang dari mana. Aku mendengus.

Malam itu, Ryan tidur di sofa. Aku berikan dia selimut, dan seluar track besar untuknya agar dia selesa. Setelah itu, aku beri hoodie Pak Cik Daston yang ada dalam simpanan Vlin kepada Ryan untuk dia tukar baju. Nasib baik Ryan tak banyak tanya, tidak jenuh pula aku hendak menjawab mengenai hoodie dan tracksuit tersebut.

Kepala aku berdenyut. Ni kalau Danny dapat tahu, mahu dia merajuk dengan aku setengah bulan. Masih ingat kes main paintball tempoh hari? Walaupun tak nampak macam Danny merajuk, tapi dia tak bercakap seharian dengan aku sebab marah aku dan Ryan memenangi game tersebut.Kadang, lelaki kalau merajuk dia lebih daripada perempuan.

Aku cuba pejamkan mata. Aku tak boleh lelap.

***

Ryan tidur-tidur ayam di sofa. Esok pagi, dia pakai baju yang sangkut tadi pergi kerja pun tak apa. Dia berbaring di atas sofa seraya menarik selimut. Pelbagai persoalan muncul dibenak fikiran. Siapa stalker yang ikut Yellena? Orang-orang Jennifer? Tak mungkin. Jennifer bukan jenis yang akan campur urusan orang.

Dah kenapa orang-orang Jennifer nak bagi makanan sedap untuk Yellena? Tak logik.

Ada satu fakta lagi mengenai dumpling tersebut yang menarik minat Ryan.

Dumpling itu bukan berasal dari kedai-kedai berdekatan rumah Yell mahupun tempat kerja mereka. Dumpling itu khas dibeli dari bandar yang letaknya kira-kira 45minit perjalanan dengan teksi dari rumah Yellena. Sewaktu Ryan meneliti plastik makanan itu, dia sempat cari info mengenai kedai dumpling itu di laman net. Kedai itu merupakan kedai tradisi turun temurun yang terkenal dari dahulu lagi.

Maknanya, stalker itu dah tahu yang makanan itu sedap, sebab itu dia bagi Yellena.

Okey. 1 mata di situ.

Mata yang kedua ialah, stalker itu beli dumpling tiga hari berturut-turut untuk Yell. Jelas sekali yang stalker itu sangka bahawa Yell suka makan dumpling itu. Sebab itu, dia sanggup meredah tempoh 45 minit perjalanan demi membeli makanan untuk Yellena. Mata kedua di situ.

Persoalan sekarang ini, siapa?

Siapa yang sanggup pergi jauh-jauh semata untuk bagi Yellena cuba rasa makanan yang sedap. Siapa yang sanggup bersusah payah buat semua itu. Macam mana stalker itu boleh salah info, sedangkan Ryan juga tahu makanan kegemaran Yellena ialah Nasi Goreng Cina, bukannya dumpling! Apa yang membuatkan stalker itu sangka Yell suka makan dumpling? Ryan masih berteka-teki.

Klak. Bunyi pintu. Yellena.

Ryan segera buka mata. Mereka berpandangan. Yell memakai baju tidur bewarna pink pastel dengan seluar baggy, warna purple. Baju pink, seluar purple. Rambutnya disanggul kemas, dan dia tidak memakai kaca mata.

"Ambil air," ujarnya. Ryan angguk, masih baring di sofa.

Kriekkk...kriukkk...

***

"Seriously?" Soal Vlin.
Dia melihat gambar dari telefon Steve. Perkembangan Danny di Afrika. Kelihatan Danny dan beberapa orang lagi sukarelawan lelaki bersama penduduk kampung pedalaman itu sedang menggali perigi untuk dapatkan sumber air bersih.

"Should I go there too?" Soal Steve. Vlin kemudian berbaring di atas katil.
"Kenapa? You pun nak jadi volunteers jugak," soal Vlin. Dia tak berniat untuk menyindir, sebaliknya dia lebih berminat untuk kenali Steve dengan lebih mendalam.

"Nah, I'm busy," ujar Steve. Vlin angkat kening.

Dalam bilik kau tak sibuk pulak!

***

"Orang kan tu?" Serentak aku dan Ryan berpandangan. Aku melonggarkan otot-otot bahu. Kalau orang, sama ada penumbuk atau penendang, memang jadi makanan dia.
Dah beberapa kali dia cuba pecah masuk rumah aku.

Kami berjalan ke pintu.

"Yell, stay behind me," arah Ryan, menarik tangan aku kebelakang. Aku sedikit tersentak.
Saat itu, aku merenung piala-piala seni bela diri milikku.
Ah! Ryan ni...kalau nak ikut siapa kuat, macam aku je yang kuat lagi...

Tapi tak apalah.

Aku berdiri belakang Ryan.

Ryan suruh aku senyap. Dia pegang tombol pintu.
Segera, aku mencapai penyapu yang ada di belakang almari kasut.

Dalam kiraan tiga, Ryan merentap pintu itu kuat.

Seorang lelaki. Pakai topi lusuh. Aku tak nampak mukanya dengan jelas. Melihat aku dan Ryan, dia segera berlari. Ryan dan aku segera keluar untuk mengejar.
"Yell! Stay back!!!" Jerkah Ryan. Aku yang sedang memegang batang penyapu tersentak.

Lelaki itu lari menerusi tangga kecemasan. Ryan mengekorinya. Melihat tangga yang tinggi, aku segera berlari ke arah lif sambil memegang penyapu. Mana dia nak lari kalau bukan ke tingkat 1. Itu sahaja tempat yang dia boleh lari.

***

Tak sangka, walaupun tua, lelaki itu ternyata jauh lebih pantas dan cergas berbanding Ryan. Namun, disebabkan Ryan muda, dia berjaya menarik kolar baju lelaki itu. Lelaki itu tercampak ke dinding, segera Ryan merentap kolar bajunya.

Seorang lelaki tua. Wajahnya garang. Barangkali sebaya dengan Abang sulungnya.

"Kau siapa?" soal Ryan.

Dia berjaya mengejar lelaki itu ke tingkat parkir. Laju betul lelaki itu berlari. Ryan menarik topi yang menutup muka lelaki itu. Namun, lelaki itu ternyata lebih kuat, sekali pusing sahaja, lelaki itu menukar posisi. Ryan yang tersandar pada dinding sambil kolarnya direntap kuat. Lelaki tua itu seakan-akan mahu menerkam Ryan. Ryan yang tercengang, langsung tidak sempat memberi apa-apa reaksi.

Terdiam.

"Kau yang siapa? Kenapa kau dekat rumah anak aku tengah-tengah malam macam ni!" jerkahnya.

Ryan nganga.

Anak?

Silap orang ke orang tua ni. Yell mana ada parents, dia dari kecil tinggal dengan Vlin.

"Ha?" soal Ryan. Dia pula yang bingung dengan orang tua tersebut.

"Saya boss tempat kerja dia, kawan baik Yell.." ujarnya. Lelaki itu ternganga, dia segera melepaskan kolar baju Ryan.

"Oh! Kawan...sorry-sorry," lelaki itu tidak putus meminta maaf. Dia melepaskan kolar baju Ryan, sambil mengusap habuk yang ada di bahu Ryan. Lelaki tua itu kemudian menyambut kedua belah tangan Ryan.

"Terima kasih sebab jaga Yell," ujarnya. Ryan tercengang.

"Pak cik ni...." Ryan masih bingung dengan lelaki itu.

"Pak Cik Johnny. Johnny Suh. Ayah kandung Yellena Suh," ujarnya. Ryan senyap.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now